Jualan Gempak Raya Antara Amalan Bakti Bn Kepada Rakyat Abdul Mutalib
Jualan Gempak Raya Antara Amalan Bakti BN Kepada Rakyat – Abdul Mutalib
Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya, Datuk Mutalif Abdul Rahim berkata, antara inisiatif UMNO Barisan Nasional (BN) untuk mendekati pengundi kawasan Petaling Jaya ialah dengan adanya Jualan Gempak Raya 2022 di Tapak Pasar Pagi PJS 2D Taman Medan disamping memberi potongan harga 50 peratus bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
“Ini adalah kawasan pembangkang dan saya sendiri bukanlah wakil rakyat di sini namun inisiatif-inisiatif membantu rakyat dan berbakti ketika masyarakat susah sudah menjadi amalan UMNO dan BN sejak dulu lagi,” kata beliau kepada media.
Selain itu, Mutalif juga menegaskan tidak mahu bercakap politik mengenai jualan ini memandangkan tujuan utama inisiatif tersebut adalah bagi meringankan beban masyarakat setempat dan yakin rakyatnya kini semakin celik membuat pilihan
Menurut Mutalif lagi, program Jualan Gempak Raya yang diadakan kali ini adalah kali kedua kerana beliau juga pernah mengadakan program yang sama pada 2017 yang lepas daripada itu, dunia politik menjadi tidak stabil dan berterusan sehingga hampir tiga tahun rakyat tidak menyambut perayaan kerana pandemik Covid-19.
“Kita tidak beza-bezakan mereka walaupun tidak undi kita, kita teruskan semua usaha kita tanpa berputus asa atau memberi alasan. Contohnya program Jualan Gempak Raya ini bukanlah yang baharu sebaliknya ini kali kedua,” kata beliau.
Mutalif juga mengatakan inisiatif program tersebut yang juga mendapat galakkan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob adalah amalan yang diamalkan oleh semua pemimpin BN UMNO bagi meneruskan khidmat bakti dan menyumbang kepada golongan yang lebih memerlukan pada setiap masa.
Dalam masa yang sama, Mutalif menanam harapan dengan adanya program ini akan dapat meringankan bebanan disamping memberi manfaat kepada rakyat walaupun harga ayam masih dikawal.
“Walaupun harga ayam itu dikawal namun ianya tetap naik lagi-lagi ketika musim perayaan. Subsidi harga sehingga 50 peratus harap membantu,” ujar Mutalif lagi.
Mutalif juga berkongsi rasa terujanya kerana kehadiran penduduk dengan jumlah yang ramai serta melahirkan rasa syukur dan terima kasih.
Beliau menganggarkan sekurang-kurangnya 1,000 keluarga yang bakal mendapat faedah daripada program ini yang akan berakhir pada bila-bila masa berikutan seawal 7 pagi sudah ramai penduduk yang menunggu.
Disamping itu, Mutalif juga berbangga kerana rakyat kini sudah lebih celik dan menghargai jasa-jasa UMNO BN berikutan sambutan penduduk kepada parti itu amat menggalakan walaupun berbeza kaum dan latarbelakang.
“Mereka pastinya akan memilih BN pada pilihan raya akan datang, ramai serik dan tampil meluahkan perasaan ketika kami turun padang bertemu mereka, mendengar sendiri isi hati mereka.
Disamping itu, Mutalif berkata Kerajaan Negeri Selangor turut mengadakan inisiatif jualan murah barang keperluan namun tidak sehingga 50 peratus tidak tetap dan ianya hanya tertakluk untuk empat barangan sahaja.
Berbeza dengan program di Petaling Jaya yang mempunyai 13 barang dan tetap mendapat potongan 50 peratus.
“Tapi tidak apalah, kita hendak bantu rakyat tidak boleh cakap politik. Insya Allah, rakyat tahu,” ujar beliau lagi.-BNNews
Jualan Gempak Raya Antara Amalan Bakti BN Kepada Rakyat – Abdul Mutalib
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
Fasha Sandha Teruk Dikecam
30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
Mawar Karim Akui Sedang Bercinta
Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)
The post Jualan Gempak Raya Antara Amalan Bakti BN Kepada Rakyat – Abdul Mutalib appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/24/jualan-gempak-raya-antara-amalan-bakti-bn-kepada-rakyat-abdul-mutalib/