Jual Nama Calon Perdana Menteri Sudah Tidak Relevan




Gabungan parti politik perlu ubah pendekatan untuk memenangi hati pengundi, bukan lagi dengan hanya menonjolkan calon Perdana Menteri semata-mata, kata Pengarah Komunikasi Research for Social Advancement (REFSA) Raja Ahmad Iskandar Fareez Raja Shamsul Kamal.
Jelas beliau, apa yang boleh dilakukan oleh mana-mana pakatan yang ingin memenangi hati pengundi ialah, menyediakan barisan kepimpinan berkaliber yang berpotensi menerajui kerajaan.
Dengan cara itu, katanya, ia dapat membantu pengundi membuat anjakan paradigma dalam membuat pilihan pada pilihan raya kelak.
"Kalau kita lihat sistem berparlimen kita yang beracuan Westminster, walaupun sosok atau karektor pemimpin Perdana Menteri itu sangat baik, tetapi kalau Kabinet tidak berfungsi, maka kepimpinannya akan diandaikan sebagai gagal.
“Jadi kalau kita nak lihat bagaimana satu kerajaan boleh diunjurkan untuk bergerak dengan efisien maka komposisi cadangan Kabinet itu sendiri mestilah mantap daripada segi kebolehan dan latar belakang mereka,” katanya baru-baru ini
Katanya lagi, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, negara ini telah menyaksikan pertukaran struktur parti memerintah yang agak radikal, berbanding zaman Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.
Pakatan Harapan (PH), selepas memenangi proses demokrasi itu, telah meletakkan calon Perdana Menteri yang bukan dari parti komponen terbesar, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketika zaman BN, calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lazimnya datang dari parti UMNO, menjadikan parti itu sentiasa dominan dalam merangka dasar serta hala tuju negara.
Lebih menarik, Perikatan Nasional (PN) menyaksikan UMNO tidak lagi mempunyai dominasi dan pengaruh besar memandangkan Perdana Menteri ialah Presiden Bersatu sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata, tempoh lebih 60 tahun berada bawah pentadbiran BN yang ditunjangi oleh UMNO, menyaksikan rakyat Malaysia terbiasa dengan dominasi hegemoni parti politik tunggal.
Beliau berkata, semua pihak harus sedar tiada lagi satu parti yang dominan dalam kerajaan, baik semasa era pentadbiran PH mahupun PN.
“Bagaimana pun, masih ramai lagi ahli politik yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa landskap politik Malaysia sudah berubah,” katanya.
Iskandar mendakwa, ketidakstabilan pentadbiran Muhyiddin hari ini lahir daripada persaingan antara Bersatu dan UMNO untuk menjadi ‘abang besar’ dalam gabungan PN.
Ini, katanya, akan memberi impak kepada bentuk kerjasama atau mungkin 'percakaran pendapat' pihak itu pada PRU akan datang.
Menuju ke hadapan, beliau berkata, parti-parti politik di Malaysia harus menginsafi perkembangan semasa dan membina semula gabungan yang lahir daripada semangat kerjasama, bukan 'dominasi abang besar'.
“Bagi gabungan politik, ini bermakna mereka harus mengetengahkan sekumpulan (cohort) pemimpin yang berketerampilan dan berkebolehan demi memastikan kelangsungan mereka.
“Kepelbagaian bakat dengan mencampurkan nama baharu dan personaliti-personaliti yang berpengalaman mungkin berupaya menjadi kunci untuk memikat para pengundi di masa hadapan,” katanya lagi.
Sumber: AstroAwani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/02/jual-nama-calon-perdana-menteri-sudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri

Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 213 hits
blogtunm blogspot com Tun M 1 Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang 2 Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Men...
50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

50 Rakyat Malaysia Bakal Dapat Vaksin Covid 19 Secara Percuma Perutusan Khas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 255 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan khas berkenaan situasi semasa negara dalam melawan penyakit berjangkit Covid 19 Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan berjaya menempah vaksin penghat...
Pejabat Perdana Menteri Dakwa Muhyiddin Jalani Kuarantin Nafi Fitnah Puad Zarkashi

Pejabat Perdana Menteri Dakwa Muhyiddin Jalani Kuarantin Nafi Fitnah Puad Zarkashi

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 268 hits
nbsp KUALA LUMPUR nbsp Pejabat Perdana Menteri menafikan fitnah oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk Menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan oleh kerajaan k...
Bila Agaknya Malaysia Akan Dapat Perdana Menteri Yang Mampu Ubah Segala Persepsi Buruk Orang Politik

Bila Agaknya Malaysia Akan Dapat Perdana Menteri Yang Mampu Ubah Segala Persepsi Buruk Orang Politik

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 236 hits
Awal tahun ini saya dapat posting yang jadi viral memasuki banyak grup wasap Posting berkenaan Angela Merkel seorang wanita ahli fizik yang memimpin Jerman selama 18 tahun dengan cemerlang Terlalu banyak pujian diberikan kepada wanita hebat...
Https Shahbudindotcom Net 2021 02 14 Annuar Musa Perdana Menteri Masa Depan Malaysia Html

Https Shahbudindotcom Net 2021 02 14 Annuar Musa Perdana Menteri Masa Depan Malaysia Html

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 283 hits
X PM Najib PM lepas Mahathir PM menanti AnwwarPM sekarang Muhyiddin PM masa depan Annuar PM sudah Tak mungkin Ku Li Azmin tok Mat Najib Hishamuddin antara sebutan layak pm dan PM semula Hadi PM memungkinkan jika PAS menang besar PRU15 Shafi...
Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri 4 Februari 2021

Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri 4 Februari 2021

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 390 hits
Panjang lebar Bapa Perutusan Negara baca teks petang ni mcm bentang bajet plak Dia sedar tak yang dia berdiri tu sebagai PM tanpa majoriti Dia kata hentikan tohmahan kepada Agong tentang pengistiharan darurat Siapa yang buat tohmahan kepada...
Usul Tidak Percaya Kepada Yab Perdana Menteri

Usul Tidak Percaya Kepada Yab Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 253 hits
blogtunm blogspot com Tun M SAYA telah bercadang untuk membawa usul tidak percaya terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat Tetapi Kerajaan menentukan usul ini tidak akan dikemukakan dan dibahas dengan...
Bila Rakyat Doakan Menteri Dihinggapi Covid 19

Bila Rakyat Doakan Menteri Dihinggapi Covid 19

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 270 hits
TAUFEK YAHYAAda satu cerita yang tular di media sosial tentang tidak berkesannya Prosedur Operasi Standard kerajaan bagi membendung wabak Covid 19 yang melonjak ke empat angkat sejak Januari lalu Cerita itu mengisahkan tentang sekumpulan ka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa