Jual Aset Th Kepada Spv Selesai Tetapi Ph Masih Tidak Jawab Kenapa Th Mengalami Defisit Rm4 1 Bilion


Melihat perkembangan semalam dan pagi ini, Tabung Haji (TH) akan mengumumkan hibah untuk tahun 2018 tidak lama lagi tetapi kadar hibah dijangka akan sangat rendah.

Pada tempoh pengumuman hibah ini, kerajaan PH tentu membuat pelbagai cerita untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu sebagai alasan kadar hibah rendah.

Bagaimanapun, sebab utama sebenar ialah penurunan besar dalam pelaburan TH di dalam pasaran ekuiti selepas PRU14.

Kita boleh lihat kejatuhan ketara pelaburan ekuiti TH ini di dalam lampiran dari media Bloomberg yang menunjukkan nilai pelaburan TH pada permulaan tahun 2018 sebelum PRU14 berbanding nilai pada awal bulan Disember.

Baca : TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak

Banyak lagi pelaburan TH dalam syarikat-syarikat yang lain turut rugi tetapi tidak ada dalam pengiraan ini.

Sudah tentu kadar hibah TH tahun ini akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

Ini sebab utama mengapa hibah rendah untuk tahun 2018. Bukan kerana defisit atau apa-apa penyelewengan.

Baca : Seperti dijangka, semua isu termasuk TH berakhir dengan JUAL ASET

Di dalam sidang akhbar TH semalam juga, mereka mengesahkan bahawa proses pernjualan aset TH bernilai RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan telah selesai dan melibatkan 106 ekuit dan 20 buah hartanah.

RM19.9 bilion merupakan 26% dari seluruh aset TH bernilai RM74 bilion.

SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset-aset TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun.

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak - bermakna ianya hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu.

Tetapi kerajaan PH masih tidak dapat memberi jawapan mengapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion apabila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH tetapi tidak mengalami sebarang defisit bila aset-aset yang sama ialah di bawah nama SPV.

Adakah ini dengan cara "creative accounting"? 

Baca : Isu TH : BN TIDAK Merompak TH, TAPI kejam Kerana TERLEBIH Bayar DIVIDEN

Semalam juga, TH mengumumkan bahawa mereka bukan lagi sebuah syarikat pengurus dana dan hanya akan mentadbir dana sahaja bermula tahun ini.

Fokus pelaburan mereka telah berubah dari pelaburan di dalam ekuiti kepada pelaburan pendapatan tetap.

Baca : TH buat laporan polis terhadap Rafizi

Pada saya, ini tidak salah tetapi pulangan dari pelaburan pendapatan tetap biasanya ialah dari bon atau sukuk kerajaan yang memberi pulangan di bawah 4% setiap tahun.

Melihat pulangan yang dibayar untuk sukuk SPV hanya 2.5% dan pulangan untuk baki aset TH di dalam pelaburan pendapatan tetap ialah di bawah 4% setiap tahun, jumlah pendapatan kasar TH untuk tahun-tahun mendatang akan rendah di sekitar.RM2.5 bilion setahun.

Sebagai bandingan, pendapatan kasar TH untuk tahun 2016 ialah RM3.4 bilion dan hibah tahun itu 5.75%.

Pendapatan kasar TH tahun 2017 pula ialah RM4.5 bilion dan TH membayar hibah 6.25%.

Dengan mengambil kira kaedah pelaburan yang baru, kos operasi TH dan kos untuk subsidi haji setiap tahun, saya menganggarkan kadar hibah TH untuk tahun-tahun mendatang akan di bawah 3.5% setiap tahun.

Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2019/01/jual-aset-th-kepada-spv-selesai-tetapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pilihan Lain Sebelum Jual Aset Negara

Pilihan Lain Sebelum Jual Aset Negara

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 343 hits
TAHUN 2019 akan menjadi tahun yang lebih mencabar Ini adalah kerana ketidaktentuan ekonomi dan ketidaktentuan pendapatan kerajaan akibat harga minyak yang tidak menentu Terdapat ramalan yang mengatakan harga minyak akan kembali naik ke para...
Che Ta Jawab Dakwaan Jual Beg Tangan Harga Mahal

Che Ta Jawab Dakwaan Jual Beg Tangan Harga Mahal

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 259 hits
Kebelakangan ini gigih Rozita Che Wan mempromosikan beg tangan keluarannya yang berharga RM249 Tapi ada pula cakap cakap mengatakan keuntangan Che Ta perolehi The post appeared first on
Divonis Bayar Uang Pengganti Rp 85 Miliar Pt Nke Bakal Jual Aset

Divonis Bayar Uang Pengganti Rp 85 Miliar Pt Nke Bakal Jual Aset

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 236 hits
PT Nusa Konstruksi Enjiniring Tbk divonis denda Rp 700 miliar atas korupsi pengerjaan proyek pembangunan rumah sakit khusus infeksi Universitas Udayana tahun anggaran 2009 dan 2010 PT NKE juga dikenakan pidana tambahan berupa uang pengganti...
Peluang Guru Duka Lara Pulang Ke Semenanjung Masih Ada

Peluang Guru Duka Lara Pulang Ke Semenanjung Masih Ada

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 398 hits
Gambar hiasanKUALA LUMPUR 5 Jan Hanya tiga negeri di Se menanjung masih mem punyai kekoso ngan untuk menempat kan guru guru yang me ngajar di Sabah dan Sarawak Menurut pegawai khas yang mengendalikan penempatan gu ru guru di Kementerian Pen...
Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli Siti Saleha

Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli Siti Saleha

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1818 hits
Drama Jika Masih Ada Rindu Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha Drama Jika Masih Ada Rindu ini mempunyai 15 episod dan sudah disiarkan di slot Samarinda TV3 sejak 19 Disember 2018 yang lalu setiap Isnin hingga Rabu jam 10 malam Aku suka tengo...
Mengejutkan Ada Al Qur An Dan Jenazah Yang Masih Utuh Dan Bersih

Mengejutkan Ada Al Qur An Dan Jenazah Yang Masih Utuh Dan Bersih

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 150 hits
Ada kejadian di luar nalar dan logika saat dilakukan evakuasi korban longsor di Kampung Cimapag Garehong RT 05 04 Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Sukabumi Selain duka yang mendalam bencana yang terjadi pada 31 Desember lalu itu juga menyi...
Suami Aneh Yang Lebih Suka Cd Kendor Dan Meninggalkan Istri Yang Masih Kenceng

Suami Aneh Yang Lebih Suka Cd Kendor Dan Meninggalkan Istri Yang Masih Kenceng

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 402 hits
Baru menikah dengan Karin 26 Donwori 30 sudah ketahuan selingkuh sana sini Anehnya semua selingkuhannya adalah STW alias perempuan setengah tua Rupanya perempuan yang sudah matang dan berpengalaman lebih menggoda Donwori ketimbang perawan k...
Graeme Souness Dan Jamie Carragher Yakin Liverpool Masih Calon Utama Juarai Epl

Graeme Souness Dan Jamie Carragher Yakin Liverpool Masih Calon Utama Juarai Epl

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 255 hits
Liverpool tetap merupakan calon utama juara Liga Perdana Inggeris pada musim ini Itu ramalan dari dua bekas pemain Liverpool Graeme Souness dan Jamie Carragher yang percaya bahawa pasukan itu masih memiliki kelebihan dalam pemburuan kejuara...
Trump Perintahkan Penarikan Pasukan As Masih Bombardir Isis

Trump Perintahkan Penarikan Pasukan As Masih Bombardir Isis

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 211 hits
Lebih dari dua minggu setelah Donald Trump menyatakan kemenangan atas ISIS di Suriah dan mengumumkan penarikan pasukan Amerika Serikat perencana militer bersikeras penarikan itu didasarkan pada situasi di lapangan dan bukan berdasar batas w...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi