Pilihan Lain Sebelum Jual Aset Negara


TAHUN 2019 akan menjadi tahun yang lebih mencabar. Ini adalah kerana ketidaktentuan ekonomi dan ketidaktentuan pendapatan kerajaan akibat harga minyak yang tidak menentu.

Terdapat ramalan yang mengatakan harga minyak akan kembali naik ke paras AS$70 setong pada 2019. Jika ini benar, Alhamdulillah.

Namun demikian, saya tidak berapa percaya kepada ramalan-ramalan sebegini.

Ini kerana penganalisa-penganalisa yang sama juga telah membuat ramalan sebelum ini bahawa harga minyak pada akhir tahun lepas akan meningkat melebihi paras AS$80, namun apa yang berlaku ialah harga minyak menjunam sehingga paras AS$50.

Saya pernah bekerja di Unit Perancang Ekonomi dalam sektor tenaga. Dan saya juga pernah bekerja menganalisa sektor tenaga di New York beberapa tahun lalu.

Dalam zaman sekarang, harga minyak dunia kini tidak lagi hanya ditentukan oleh kadar pengeluaran minyak seperti dalam buku teks ekonomi, tetapi ia juga banyak ditentukan oleh pasaran kewangan.

Sebab itu apabila OPEC memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak untuk meningkatkan harga minyak, harga minyak tidak banyak berubah

Sebab itu juga apabila Banl Pusat Amerika Syarikat (AS), Federal Reserve Bank mengambil keputusan untuk menaikkan kadar faedah, harga minyak turun menjunam walaupun pengeluaran minyak telah diturunkan.

Sukar meramal
Jika kadar faedah AS naik lagi tahun depan, maka besar kemungkinan harga minyak dunia akan terus rendah kerana perkembangan ekonomi yang dijangka perlahan dan penjualan aset-aset kewangan berasaskan minyak.

Siapa yang mengikuti dan memahami realiti makroekonomi pasaran ini tahu yang adalah sukar untuk meramal apa yang Bank Pusat AS akan buat. Kesimpulannya, tiada siapa yang tahu sama ada harga minyak akan naik atau turun tahun ini.

Jika harga minyak dunia naik, maka kerajaan kita perlu menaikkan harga minyak di stesen minyak. Akibatnya inflasi akan meningkat dan kos sara hidup rakyat juga meningkat. Jika harga minyak dunia turun, kerajaan akan hilang pendapatan untuk berbelanja.

Dalam keadaan begini, kerajaan berada dalam keadaan kalah-kalah, kedua-dua senario tidak menyebelahi kita malah ekonomi negara kita bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh kuasa luar seperti OPEC, negara-negara pengeluar minyak besar yang lain dan Bank Pusat AS.

Kerajaan Barisan Nasinal (BN) dahulu sudah tahu lama perkara ini. Sebab itu kita perkenalkan GST untuk menstabilkan pendapatan kerajaan supaya kita tidak bergantung atau memperjudikan ekonomi negara kepada turun naik harga minyak dunia atau keputusan OPEC dan Bank Pusat AS yang umpama menyerahkan untung nasib rakyat Malaysia ke tangan kuasa luar.

Saya pasti ahli-ahli pakar dalam Council of Eminent Persons tahu akan hal ini tapi mengapa mereka kini berdiam diri?

SST ada impak?
Setelah GST dihapuskan dan digantikan dengan SST, kita berbalik kepada masalah lama yang sebenarnya telah kita selesaikan.

Keadaan ekonomi merudum kini bukanlah sebab legasi kerajaan lama, namun adalah kerana hasil tangan kerajaan baru ini sendiri.

Apabila mereka membuat keputusan untuk menghapuskan GST dan memperkenal SST, harga barang tetap naik namun hasil kerajaan hilang berbillion ringgit akibat ketirisan pendapatan kerajaan oleh peniaga yang lari dari membayar cukai.

Akibatnya kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak meningkat. Apabila harga minyak dunia turun, hasil kerajaan berkurangan dan rakyat tidak dapat bantuan.

Ekonomi jadi huru hara dan tidak menentu. Ini semua bukan salah hutang kerajaan dahulu atau 1MDB. Juga, dalam keadaan ini, sekiranya ekonomi semakin teruk tahun ini, kerajaan tidak akan ada duit untuk membuat pakej rangsangan ekonomi. Ini akan memburukkan lagi keadaan.

Potong, Pinjam, JualSebelum ini saya pernah berkata kerajaan kini ada tiga pilihan untuk menangani masalah kewangan negara:

Pertama, memotong bantuan dan perbelanjaan kepada rakyat;

Kedua, meminjam dan menambah hutang negara untuk terus berbelanja;

Dan ketiga, menjual aset negara yang ada untuk menampung perbelanjaan. Ketiga-tiga pilihan di atas adalah pilihan yang tidak baik.

Menjual aset pada masa sekarang adalah pilihan yang paling teruk daripada ketiga-tiga pilihan tersebut.

Kita sepatutnya menjual aset pada waktu harga tinggi bukan waktu harga rendah, terutama apabila aset-aset ini adalah harta syarikat-syarikat awam yang telah kita bina selama puluhan tahun.

Aset yang selama ini milik rakyat kini dijual ke tangan persendirian dengan harga murah. Ini yang sedang berlaku kepada Tabung Haji.
Aset-aset kerajaan atau syarikat berkenaan kerajaan ini adalah umpama harta pusaka rakyat. Apabila kita menghadapi masalah kewangan semasa, kita tidak terus jual harta pusaka kita, kita perlu cari opsyen lain dahulu

Menjual harta pusaka adalah pilihan terakhir. Sebabnya apabila kita jual harta ini kepada milikan persendirian adalah amat sukar untuk kita dapatkannya kembali.

Sebenarnya ada pilihan yang lebih baik sebelum kita menjual harta pusaka negara: iaitu mengembalikan GST supaya pendapatan kerajaan tidak bergantung kepada harga minyak dan faktor kuasa luar, dan untuk mengekang ketirisan cukai bagi menstabilkan pendapatan kerajaan.

Kembalikan GST
Selama setengah tahun ini kita sudah nampak bahawa SST menaikkan harga barang dan lebih memudaratkan daripada GST kerana ketirisan hasil cukai SST hanya menguntungkan tauke-tauke perniagaan yang lari cukai tetapi merugikan negara dan rakyat keseluruhan.

Oleh itu eloklah jika GST dikembalikan supaya mengurangkan mudarat atau menjadikan keadaan lebih baik daripada sekarang.

Saya faham jika Kerajaan PH membuat u-turn dan mengembalikan GST, mereka terpaksa menelan ego mereka. Saya juga tahu jika saya cadangkan ini mereka tidak akan buat kerana sebab yang sama.

Namun rakyat adalah lebih penting dari ego mereka. Ini bukan lagi soal politik, ini soal menjaga kebajikan rakyat dan negara. Seperkara lagi, semasa kita sedang memikirkan tentang keadaan ekonomi yang malap dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ke mana perginya Menteri Ekonomi kita?

Saya dengar beliau pergi bercuti ke luar negeri lagi. Rakyat tengah susah. Baliklah buat kerja. Ini bukan masa untuk bercuti

Oleh : Isham Jalil

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/01/pilihan-lain-sebelum-jual-aset-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lencun50 Masih Ingat Kah Fitnah Sebelum Pru14 Negara Akan Bangkrap

Lencun50 Masih Ingat Kah Fitnah Sebelum Pru14 Negara Akan Bangkrap

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 251 hits
Sebagaimana manifesto bukan kitab PH juga banyak menabur fitnah sebelum PRU14 kononnya keadaan ekonomi Malaysia adalah sangat teruk di bawah BN untuk tempoh 10 tahun yang lalu ini Selepas menang mereka juga terus menggunakan propaganda baha...
Sebelum Hantar Anak Ke Pengasuh Cuba Elakkan Yang Ini Jika Tiada Pilihan Kena Sedikit Curiga

Sebelum Hantar Anak Ke Pengasuh Cuba Elakkan Yang Ini Jika Tiada Pilihan Kena Sedikit Curiga

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 330 hits
Bukan senang menjadi ibu lagi lagi yang harus bekerja atas tuntutan tertentu Sebelum anak lahir lagi ibu sudah berfikir siapa yang harus menjaga anak dan adakah anak akan selamat dan selesa Dilema ini kadang kadang buatkan ibu jadi berbelah...
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina Ydpa Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 413 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum IniKetua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Membuat Kenyataan Tentang Tiga Individu Yang Menghina YDPA Sebelum Ini
Darmin Percepatan Penyelesaian Transaksi Bei Dahului Negara Lain

Darmin Percepatan Penyelesaian Transaksi Bei Dahului Negara Lain

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 219 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Darmin Nasution mengatakan Bursa Efek Indonesia telah mencatatkan kinerja yang baik sepanjang tahun 2018 Itu salah satunya ditunjukan melalui keberhasilan percepatan penyelesaian transaksi dari T 3 me...
Adakah Satu Lagi Aset Milik Negara Bakal Dijual Tidak Lama Lagi

Adakah Satu Lagi Aset Milik Negara Bakal Dijual Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 350 hits
Jika lapangan terbang kedua terbesar di Kuala Lumpur iaitu KLIA2 di jual 100 kepada syarikat asing pada masa BN memerintah sudah tentu ini akan dituduh sebagai jual negara oleh PH sebelum PRU14 Tetapi ini tidak berlaku Sebaliknya Malaysia t...
Divonis Bayar Uang Pengganti Rp 85 Miliar Pt Nke Bakal Jual Aset

Divonis Bayar Uang Pengganti Rp 85 Miliar Pt Nke Bakal Jual Aset

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 226 hits
PT Nusa Konstruksi Enjiniring Tbk divonis denda Rp 700 miliar atas korupsi pengerjaan proyek pembangunan rumah sakit khusus infeksi Universitas Udayana tahun anggaran 2009 dan 2010 PT NKE juga dikenakan pidana tambahan berupa uang pengganti...
Nenek Tular Jual Asam Keping Dapat Bantuan Zakat Bulanan Rumahnya Sebelum Ini Lebih Daif Maik

Nenek Tular Jual Asam Keping Dapat Bantuan Zakat Bulanan Rumahnya Sebelum Ini Lebih Daif Maik

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 662 hits
Che Munah menyara hidupnya dengan menjual asam keping di Pasar Besar Siti Khadijah SELEPAS laporan mengenai seorang nenek yang hidup dalam keadaan daif tular di media sosial timbul persoalan tentang bantuan yang sewajarnya disampaikan kepad...
Kepada Kaki Travel Ke Luar Negara Khususnya Inilah Nama Panggilan Lain Daging Babi Yang Harus Anda Ketahui

Kepada Kaki Travel Ke Luar Negara Khususnya Inilah Nama Panggilan Lain Daging Babi Yang Harus Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 600 hits
Bagi orang Islam melancong ke luar bandar atau ke luar negara mempunyai cabaran tersendiri terutamanya soal makanan Lebih lebih lagi jika bandar atau negara mempunyai majoriti masyarakat bukan Islam Mereka mesti memilih dengan teliti apakah...
Khairy Lihat Anwar Pilihan Terbaik Satukan Negara Akibat Politik Kaum

Khairy Lihat Anwar Pilihan Terbaik Satukan Negara Akibat Politik Kaum

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 304 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin terbaik untuk menyatukan negara yang kini terpecah oleh politik perkauman kata Khairy Jamaluddin Anwar bercakap bahasa kemodenan dan beliau bercakap bahasa tradisi terutamanya mengenai Islam dan juga identi...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah