Madani Teguh Pertahan Melayu Pn Angkat Agenda Ekonomi Pun Tidak Mampu




HarapandailyFebruary 21, 2025Oleh FAIZ FADZIL




Malaysia dibina atas konsep segmentasi selari dengan kemajmukan rakyatnya. Lantaran itu, parti politik pra-merdeka ditubuhkan atas konsep ini dan menjadi antara parti terbesar termasuk Umno dan Pas.
Namun, apabila berlaku pelbagai cabaran politik dan ekonomi dalam negara, pemikiran politik rakyat terutama orang Melayu mula berubah kepada politik nilai berasaskan konsep ‘multi-racial’ dengan kehadiran parti baharu seperti PKR dan Amanah.
Kekuatan parti ‘multi-racial’ ini telah membentuk kerajaan pada PRU-15 lalu, namun dijatuhkan melalui pintu belakang berpaksikan politik “Melayu terpinggir”.
Benarkah orang Melayu terpinggir hanya kerana kekuatan parti ‘multi-racial’, sedangkan asasnya adalah politik nilai.




Politik nilai ini merangkumi kepentingan negara (nationalist) berbanding politik identiti (kaum).


Bukankah menjaga kepentingan negara juga membawa maksud menjaga orang Melayu yang membentuk kaum terbesar?
DNA politik identiti adalah sentimen, manakala DNA politik nilai adalah idea.
Menuju PRU-16, sudah pasti perang antara politik identiti vs politik nilai.
Justeru, orang Melayu perlu membuat peniaian dan pilihan tepat demi menjamin kehidupan yang sejahtera.
Kehidupan yang sejahtera bergantung kepada kedudukan ekonomi negara. Saya yakin Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha sedaya upaya membina kekuatan ekonomi negara kita.
Tidak mampu diangkatPN pula sibuk berpolitik sehingga agenda ekonomi Melayu tidak mampu diangkat. Gerakan SG4 yang kononnya akan memajukan empat negeri bawah PN juga telah menyepi.
Tiada sebarang pelaburan yang dibawa masuk untuk memajukan penduduk yang majoritinya Melayu di 4 negeri ini.
PN mempunyai 68 ahli Parlimen, namun tiada suara konstruktif? Isu dasar sosioekonomi Melayu tidak diangkat di Parlimen, kalau adapun, sekadar mengkritik tanpa fakta kukuh.
Lihat sahaja isu harga padi dan beras, Kerajaan MADANI yang mencari solusi termasuk menaikkan harga, sedangkan tiada apa-apa cadangan penyelesaian, apatah lagi tiada tindakan dibuat sepanjang PN menjadi kerajaan.
Belanjawan negeri 2025 yang dibentangkan oleh PN di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis pula tiada langsung “x-factor” bagi menyelesaikan pelbagai masalah asas SG4.
Tatkala PN terus bermain isu sentimen, Kerajaan MADANI bergerak pantas memartabatkan sosioekonomi Melayu tanpa meminggirkan pembangunan rakyat Malaysia bukan Bumiputera.
Misalnya, jumlah keluarga miskin tegar telah dikurangkan hampir 98% antara Disember 2023 hingga November 2024. Penerima manfaat terbesar adalah kaum Bumiputera-Melayu.
Manakala, dalam 9 bulan pertama 2024, kerajaan MADANI telah membawa masuk RM254.7 bilion pelaburan diluluskan, termasuk RM34 bilion ke Kedah.
Dianggarkan sebanyak 159,347 pekerjaan baharu akan diwujudkan menerusi pelaburan RM254.7 bilion ini.
Penerima manfaat terbesar sudah tentunya adalah kaum Bumiputera-Melayu kerana kita adalah golongan rakyat terbesar.
Kerajaan MADANI juga berusaha membina lebih banyak usahawan dan kontraktor Bumiputera yang berjaya.
Contohnya, Belanjawan 2025 telah memperuntukkan RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1 hingga G4 khususnya Bumiputera.
Belanjawan 2025 juga memperuntukkan RM800 juta menerusi MARA dan PUNB untuk membiayai perniagaan usahawan Bumiputera.
Ini hanyalah sebilangan kecil contoh inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sosioekonomi kaum Bumiputera-Melayu supaya tidak terus bergantung kepada subsidi dan projek kerajaan semata-mata.
Penerima manfaat terbesarTindakan Kerajaan MADANI melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau PuTERA35 adalah bukti terbaik hasrat kerajaan memantapkan pemilikan kekayaan Bumiputera di Malaysia. Sudah pasti, orang Melayu penerima manfaat terbesar.
Kerajaan MADANI tidaklah sempurna, namun sedang berusaha memulihkan ekonomi dan pentadbiran negara.


Hasilnya, ekonomi Malaysia telah berkembang melebihi jangkaan pakar untuk 4 suku tahun berturut-turut! Malah, pada tahun 2024, Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan pelaburan terbaik dalam 12 tahun!
Orang Melayu jangan lupa bahawa Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pernah mentertawakan orang Melayu yang mengangkat bendera putih merayu bantuan makanan ketika musibah Covid-19.
Benarkah kerajaan PN menjadikan program Jana Wibawa sebagai payung ekonomi orang Melayu sedangkan dakwaan menunjukkan labanya ke poket parti, malah lebih teruk projek juga didakwa diperolehi syarikat bukan Bumiputera.
Semasa menjadi pembangkang, Pas dan PN juara ‘BMF’, tetapi bila menjadi kerajaan, tidak langsung diangkat sebagai agenda ekonomi kerajaan. Sampai bila, PN dan Pas boleh menipu orang Melayu?


Justeru, hakikat kehidupan di Malaysia ini tidak boleh lari daripada kerjasama dan muamalat antara orang Melayu dan bukan Bumiputera.
Mana-mana kerajaan yang pernah mentadbir negara ini tetap berkoalisi dengan parti bukan Bumiputera. Ironinya, Pas berkempen untuk calon Gerakan ketika PRU-15 yang lalu.
Oleh itu, suara ‘pertahan Melayu’ hanyalah permainan politik semata-mata, sedangkan hakikatnya tidak berlaku.
Hakikatnya, kerajaan yang mampu menguruskan ekonomi negara dengan baik yang sebenarnya menjaga orang Melayu.






*FAIZ FADZIL merupakan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH).






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/02/madani-teguh-pertahan-melayu-pn-angkat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertahan Hak Islam Dan Kedaulatan Raja Raja Melayu

Pertahan Hak Islam Dan Kedaulatan Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 121 hits
harakahdaily netFebruary 24 2025KUALA LUMPUR Umat Islam negara ini diseru untuk hadir ke himpunan solidariti kepada Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang akan diadakan pada 27 Februari ini bertempat di Ma...
Masjid Kampung Melayu Majidee

Masjid Kampung Melayu Majidee

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 136 hits
Lokasi Masjid Kampung Melayu Majidee Alamat Jalan Masjid Kampung Melayu Majidee 81100 Johor Bahru Johor Waktu Operasi Tidak Diketahui Tarikh Lawatan 27 Januari 2025 Masjid Kampung Melayu Majidee menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepa...
Nak Hapuskan Melayu Kata Pengepos Namun Hakikatnya Negara Berjaya Pecahkan Monop

Nak Hapuskan Melayu Kata Pengepos Namun Hakikatnya Negara Berjaya Pecahkan Monop

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 183 hits
Explore more in Video Nak hapuskan Melayu kata pengepos namun hakikatnya negara berjaya pecahkan monopoli dan wujudkan persaingan sihat Tak pasti jangan kongsi biarbetul The post appeared first on
No Need For Think Tank To Study Christianisation Agenda Says Na Im

No Need For Think Tank To Study Christianisation Agenda Says Na Im

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 143 hits
Religious affairs minister Na im Mokhtar said Institut Kajian Strategik Islam Malaysia was formed in 2014 to conduct strategic studies to support the development of Malaysia in line with Islamic principles PETALING JAYA Religious affairs mi...
Wibawa Pm Anwar Angkat Martabat Malaysia Selaku Pengerusi Asean 2025 Di Wef

Wibawa Pm Anwar Angkat Martabat Malaysia Selaku Pengerusi Asean 2025 Di Wef

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 138 hits
Menurut Trinth ASEAN di bawah kepengerusian Anwar mesti menunjukkan nilainya sebagai kuasa pengantara mempengaruhi dialog dan menggalakkan kerjasama dengan rakan luar untuk memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini Foto Facebook Anwa...
Simpan Dan Kita Lihat Siapa Yang Tidak Menghormati Raja Raja Melayu Hanya Politik Bukan Bangsa Lain Pun

Simpan Dan Kita Lihat Siapa Yang Tidak Menghormati Raja Raja Melayu Hanya Politik Bukan Bangsa Lain Pun

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 103 hits
Harun ShahSimpan untuk anak cucu bukan golongan kita yang tak menghormati Raja Melayu tapi sebaliknya walaun yang tidak menghormati dan derhaka kepada Raja Melayu Kalau suatu masa nanti terjadi apa apa kepada institusi Raja Raja kita jangan...
Edpuzzle Video Pdpc Bahasa Melayu Yang Menarik

Edpuzzle Video Pdpc Bahasa Melayu Yang Menarik

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 94 hits
Jom kita gunakan video edpuzzle di dalam kelas Tentu kelas kita ohsem
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green