Peminggiran Terancang Melayu Dan Bumiputera


harakahdaily.net
February 22, 2025
Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA)

KUALA LUMPUR: PAS Johor menegaskan pendirian menolak Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) kerana ia memberi tekanan kepada pemilikan hartanah orang Melayu dan Bumiputera di bandar.

Pesuruhjayanya, Ustaz Abdullah Husin berkata, penolakan terhadap akta itu bukan bermaksud menolak pembangunan, sebaliknya kerana URA memberi ruang kepada pemaju dan kerajaan untuk mengambil alih tanah serta kediaman rakyat atas nama pembangunan.

“Namun, realitinya selepas projek siap, harga rumah meningkat mendadak dan penduduk asal, terutamanya golongan B40 Melayu dan Bumiputera, tidak mampu untuk kembali ke kawasan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, URA membuka ruang besar kepada pemaju untuk mengambil alih kawasan yang dihuni majoriti Melayu dan Bumiputera dengan alasan pembangunan semula, namun akhirnya bertukar menjadi kawasan kediaman elit yang hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya dan pelabur hartanah.

“Kami menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, yang membantah pelaksanaan akta ini kerana ia memberi kuasa kepada pemaju untuk mengambil tanah rakyat tanpa jaminan bahawa pemilik asal akan terus memiliki hak ke atas kediaman mereka,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun kerajaan menyatakan pemilik asal akan diberikan unit baharu, tiada jaminan bertulis bahawa mereka tidak akan dikenakan bayaran tambahan, selain tiada kawalan terhadap kenaikan harga rumah selepas pembangunan.

“Kos penyelenggaraan dan cukai hartanah yang lebih tinggi akan membebankan pemilik asal. Akhirnya, mereka yang tidak mampu akan terpaksa menjual rumah mereka kepada golongan kaya, menyebabkan peminggiran semakin ketara,” katanya.

Abdullah menolak dakwaan bahawa kebimbangan terhadap URA sekadar mitos perkauman atau tuduhan politik, sebaliknya melihatnya sebagai satu peminggiran terancang terhadap rakyat Melayu dan Bumiputera melalui mekanisme undang-undang yang kelihatan sah tetapi berat sebelah.

“Jika kerajaan benar-benar mahu menjaga kepentingan rakyat, mengapa masih tiada jaminan konkrit bahawa pemilik asal tidak akan kehilangan hak milik akibat kenaikan harga rumah dan kos penyelenggaraan?” soalnya.

Justeru, PAS Johor katanya menuntut kerajaan menolak URA yang memberi kelebihan kepada pemaju dan memberi tekanan kepada rakyat Melayu dan Bumiputera, selain mendedahkan mekanisme pelaksanaan pembangunan semula secara telus serta memastikan pemilik asal diberikan unit baharu tanpa bayaran tambahan yang membebankan.

Mereka turut menggesa kerajaan mengawal kenaikan harga rumah bagi mengelakkan spekulasi hartanah yang mengakibatkan peminggiran penduduk asal serta menjamin skim bantuan dan subsidi bagi golongan B40 yang terkesan akibat pembangunan semula.

“Kami menyokong pembangunan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, tetapi menolak sebarang bentuk undang-undang yang menindas, terutama terhadap Melayu dan Bumiputera. Jika URA dibenarkan, ia hanya akan menjadi alat kepada pemaju dan pelabur untuk mengaut keuntungan atas tanah yang asalnya milik rakyat biasa,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pendirian PAS Pusat dalam membantah URA kerana ia tidak memihak kepada kepentingan rakyat, sebaliknya memberi kelebihan besar kepada pemaju dan pelabur hartanah.

“Akta ini membuka ruang kepada peminggiran dan ketidakseimbangan pemilikan hartanah di bandar, yang akhirnya menekan rakyat Melayu dan Bumiputera,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 22/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/peminggiran-terancang-melayu-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wordwall Bina Latihan Bahasa Melayu Spm

Wordwall Bina Latihan Bahasa Melayu Spm

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 91 hits
Lama dah tidak bertandang ke blog ni kerana hari hari masa diisi dengan aktiviti menambahkan ilmu sepanjang PKP ni Salah satu ilmu baru yang dipelajari ialah menyediakan bahan pdpc menggunakan apps Wordwall Memang seronok menggunakan apps n...
Edpuzzle Video Pdpc Bahasa Melayu Yang Menarik

Edpuzzle Video Pdpc Bahasa Melayu Yang Menarik

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 97 hits
Jom kita gunakan video edpuzzle di dalam kelas Tentu kelas kita ohsem
Soalan Percubaan Spm 2020 Percubaan Bahasa Melayu Spm 2020

Soalan Percubaan Spm 2020 Percubaan Bahasa Melayu Spm 2020

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 129 hits
kredit maya picture https www mysumber com assets 2018 09 Soalan Percubaan SPM 1 png Saban tahun bulan November merupakan bulan kritikal bagi calon SPM termasuklah guru guru bagi calon SPM Namun kehangatan dan tahap kritikal untuk calon SPM...
Rpt Bahasa Melayu Lengkap Tingkatan 4 2020

Rpt Bahasa Melayu Lengkap Tingkatan 4 2020

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 93 hits
Mungkin ada cikgu yang macam akak masih ternanti2 belas ehsan cikgu yang baik hati berkongsi RPT BAHASA MELAYU LENGKAP TINGKATAN 4 2020 Nasib baik ada group KSSM bersama JU dan beberapa orang guru daerah Klang yang sanggup mengorbankan masa...
Saya Bukan Menteri Besar Untuk Melayu Dan Islam Sahaja Muhammad Sanusi

Saya Bukan Menteri Besar Untuk Melayu Dan Islam Sahaja Muhammad Sanusi

papar berkaitan - pada 17/2/2025 - jumlah : 107 hits
bharian com myOleh Februari 17 2025 Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan bergambar bersama Muhammad Sanusi pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Negeri Kedah di sini malam tadi Foto NOORAZURA ABDUL RA...
Treasure Hunt Digital Dalam Pdpc Bahasa Melayu

Treasure Hunt Digital Dalam Pdpc Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 102 hits
Pada 2 4 Disember yang lalu telah diadakan Digital Classroom Bootcamp tapi akak hanya berpeluang menghadiri bootcamp tersebut pada 2 3 Disember sahaja kerana 4 5 Disember akak akan mengikuti bengkel lain aka nak makan epal di Menara CIMB An...
Simpan Dan Kita Lihat Siapa Yang Tidak Menghormati Raja Raja Melayu Hanya Politik Bukan Bangsa Lain Pun

Simpan Dan Kita Lihat Siapa Yang Tidak Menghormati Raja Raja Melayu Hanya Politik Bukan Bangsa Lain Pun

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 105 hits
Harun ShahSimpan untuk anak cucu bukan golongan kita yang tak menghormati Raja Melayu tapi sebaliknya walaun yang tidak menghormati dan derhaka kepada Raja Melayu Kalau suatu masa nanti terjadi apa apa kepada institusi Raja Raja kita jangan...
Masjid Kampung Melayu Majidee

Masjid Kampung Melayu Majidee

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 138 hits
Lokasi Masjid Kampung Melayu Majidee Alamat Jalan Masjid Kampung Melayu Majidee 81100 Johor Bahru Johor Waktu Operasi Tidak Diketahui Tarikh Lawatan 27 Januari 2025 Masjid Kampung Melayu Majidee menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepa...
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Note 50s 5g 50x 5g Menyertai Siri Infinix Note 50 5g

Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global