Jpa Tubuh Pasukan Kaji Sistem Kerja 4 Hari Seminggu


KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem kerja 4 hari seminggu di Malaysia.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian itu antara lain akan melihat bidang mana dalam perkhidmatan awam yang bersesuaian untuk pelaksanaan tempoh masa kerja berkenaan serta jumlah waktu bekerja dalam sehari.
Katanya, kajian akan turut melihat aspek pulangan pelaburan, sama ada tempoh waktu bekerja itu relevan untuk dilaksanakan atau tidak.
“Kita sedang buat kajian dan perlu melihat jumlah waktu bekerja, kalau dulu kerja Sabtu, sekarang bagi cuti. Seperti di Eropah, dulu ada dilaksanakan, namun tengok bidang. Ada tuntutan pelbagai pihak untuk kerajaan kaji semula dan kita menubuhkan pasukan bagi tujuan itu.
“Kita ada kadar kerja yang perlu dilihat dan kadar pulangan pelaburan. Tempoh kajian sekejap sahaja, kita minta bahagian dasar turut melihat perkara ini sebelum kenyataan dikeluarkan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Modul Integriti Penguatkuasa (MIP) anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini, beliau berkata, waktu kerja 4 hari seminggu antara lain memerlukan pekerja pengganti kerana mereka tertakluk kepada jumlah maksimum dan minimum bekerja.
Bagaimanapun, Mohd Shafiq menjelaskan, perubahan tempoh waktu bekerja dalam seminggu tidak memerlukan sebarang pindaan akta sedia ada, namun ia harus berpandukan kepada garis panduan.
Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah IIM, berkata kerajaan sentiasa ingin memudahkan bidang tugas perkhidmatan awam, namun mereka masih tertakluk kepada keperluan memberi maklum balas terhadap rakyat berdasarkan keanjalan masa bekerja yang diamalkan selama ini.
“Hospital dan klinik, (kakitangan) kena kerja, tak boleh tutup awal kerana di Malaysia, kesihatan adalah di bawah perkhidmatan awam, ada di negara luar, ia (kesihatan) tidak masuk (perkhidmatan awam). Begitu juga dalam aspek pendidikan, kita tidak boleh juga buka sekolah terlalu awal, jam 6 pagi contohnya.
“Jadi semua itu perlu dikaji dan kita perbaiki keadaan tertentu seperti pelaksanaan sistem bekerja dari rumah ketika pandemik COVID-19 sebelum ini,” katanya.
Baca juga:
Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) Mulai 1 September 2022Perintah Gaji Minimum – Warta Kerajaan Persekutuan (Mulai 1 Mei 2022) Pada 21 Jun lalu, media melaporkan sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu.
Ia hasil tinjauan oleh Qualtrics, syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian.
Menurut Qualtrics, pekerja bersikap terbuka terhadap minggu bekerja empat hari seminggu dengan dua pemacu utama kejayaan bagi cara bekerja baharu ialah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan serta memastikan pekerja berjaya dalam persekitaran fizikal dan jauh.
Ketika ini, Seksyen 60A Akta Kerja 1955 memperuntukkan majikan tidak boleh memaksa pekerja bekerja lebih 12 jam sehari, termasuk kerja lebih masa atau melebihi 10 jam secara berterusan, serta tidak melebihi 48 jam seminggu (dikurangkan kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan).
Bagi penjawat awam, Perintah Am Bab G 1974 memperuntukkan waktu bekerja penuh adalah dari 8 pagi hingga 4 petang (tidak termasuk satu jam 15 minit rehat) dan tidak boleh melebihi 12 jam sehari, manakala perubahan waktu bekerja perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Antara negara yang sudah mula melaksanakan sistem bekerja empat hari seminggu adalah Belgium, Iceland, Scotland, Sepanyol, Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sumber : Berita Harian Via Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sistem-kerja-4-hari-seminggu-jpa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sistem-kerja-4-hari-seminggu-jpa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Masa Buat Kajian Kerja 4 Hari Seminggu Untuk Penjawat Awam Cuepacs Bidas Jpa

Buang Masa Buat Kajian Kerja 4 Hari Seminggu Untuk Penjawat Awam Cuepacs Bidas Jpa

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 186 hits
Jabatan Perkhidmatan Awam minggu lalu memaklumkan akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu susulan terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang mahu kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci Bagai...
Majoriti Pekerja Malaysia Sebulat Suara Mahu Kerja 4 Hari Seminggu

Majoriti Pekerja Malaysia Sebulat Suara Mahu Kerja 4 Hari Seminggu

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 136 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN DALAM ARTIKEL INI HANYA SEKADAR HIASAN Sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiliti sepanjang empat hari bekerja seminggu demikian mengikut tinjauan oleh syarikat pengurusan pe...
62 Rakyat Malaysia Bersetuju Untuk Kerja 4 Hari Seminggu Waktu Kerja Pula Dijangka Lebih Panjang

62 Rakyat Malaysia Bersetuju Untuk Kerja 4 Hari Seminggu Waktu Kerja Pula Dijangka Lebih Panjang

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 170 hits
SEBUAH firma pengendali tinjauan dalam talian Qualtrics telah mengeluarkan satu data dimana 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibiti sepanjang empat hari bekerja seminggu Qualtrics juga telah mengeluarkan peratusan...
Waktu Bekerja Empat Hari Seminggu Di Malaysia Ini Komen Presiden Cuepacs

Waktu Bekerja Empat Hari Seminggu Di Malaysia Ini Komen Presiden Cuepacs

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 153 hits
Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini menurut Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan h...
Filem Bertema Keagamaan Cinta Subuh Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Filem Bertema Keagamaan Cinta Subuh Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 352 hits
Falcon Pictures telah mengeluarkan treler untuk filem Cinta Subuh sebuah filem yang diarahkan oleh IndraGunawan Diterbitkan oleh Falcon Pictures Production House filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 30 Jun 2022 Berdasarkan novel web ...
Wanita Ditinggalkan Lepas 3 Hari Nikah Diceraikan Setahun Kemudian Sebab Mentua Nak Menantu Kerja Doktor

Wanita Ditinggalkan Lepas 3 Hari Nikah Diceraikan Setahun Kemudian Sebab Mentua Nak Menantu Kerja Doktor

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 162 hits
Setiap pasangan yang bercerai itu pasti adalah sebab yang tersendiri Seperti kisah dari negara seberang ini yang mendapat perhatian ramai warganet di aplikasi TikTok var currentUrlTwo window location hostname window location pathname con
Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

Bangang 6 Bulan Harga Barang Naik Baru Tubuh Pasukan Khas Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 196 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan sebagai bangang apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang Mema...
Ayam Goreng Kfc Mcd Di Hari Jadi Izzat

Ayam Goreng Kfc Mcd Di Hari Jadi Izzat

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum wbtKALAU selalu kongsi potong kek hari jadi dengan ibu nampaknya kali ini sepupu Iman Izzat Iskandar dapat potong kek secara solo Ini kerana cuma dua hari sahaja perbezaan tarikh hari lahir Izzat dan Ibu jadi nak senang poto...
Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Projek Perumahan Lumira Di Eka Heights Menawarkan Sentuhan Moden Dan Tema Reka Bentuk Avant Garde

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Zim Zim Ala Kazim

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Selamat Hari Ibu

Holy Spirit Fire Igniting Your Passion For Jesus And His Purpose

Ph Mendahului Kiraan Undi Awal Polis Tentera

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu

Prk Kkb Undi Polis Tentera Swing Kepada Ph