Ayam Goreng Kfc Mcd Di Hari Jadi Izzat


 Assalamualaikum wbt
KALAU selalu kongsi potong kek hari jadi dengan ibu, nampaknya kali ini, sepupu Iman, Izzat Iskandar dapat potong kek secara solo. Ini kerana cuma dua hari sahaja perbezaan tarikh hari lahir Izzat dan Ibu (Angah), jadi nak senang, potonglah kek sekali arung, haha. Khamis lepas, hari jadi Angah, Cik Ani dah bawakan Kacang Pool, kali ini, Izzat cakap dengan ibunya, beli KFC jer dan tak payah belikan kek, gituhhhh!
          
Tak tahu cerita pasal Izzat tak mahu kek tu. Petang, balik dari Kenduri Kahwin di Taman Nusantara tu, Sk ajak Iman ke The Morso untuk surprise Izzat dengan Mini Cake. Iman cadangkan bagi sekali Chocolate Bouquet yang elok tesusun atas Cake Showcase Chiller di The Morso tu. Masa Hari Jadi Zulaikha hari tu, Sk ingat nak bagi jugak Mini Cake ni, tapi masa tu, tak ada sebab chiller tu rosak, sorry Zulaikha, haha


Tahun ini dah 22 tahun. Bulan 10 nanti dah kena balik kampus bagi menyambung pengajian dalam bidang Unde-Unde. Selamat hari lahir, Izzat Iskandar. Semoga diberi keafiaatan, dipanjangkan usia, dipermudahkan urusan dan berjaya dalam mencapai cita-cita, berbahagia serta sejahtera selalu, Amiiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnn


Sebagai anak sulung, Izzat wajar menjadi teladan kepada adik-adiknya. Semoga Ilham dan Indah dapat ikut jejak abangnya ke menara gading. Oh, kan Izzatnya kata, tak nak kek, tapi ibunya fikir tak best pulak. Jadi, dia minta Sk tolong belikan. Masa tu, Sk dah pun belikan Mini Cake tu. Tapi tak apa, sebab jalan nak ke Senai tu, boleh masuk pekan Kangkar Pulai beli kek dari Cafe SDS. Tetiba teringat cerita Hari Jadi Indah yang ke 6 Tahun, hahaha


Parti Ayam Goreng. Restoran Ayam Goreng KFC depan rumah jer tapi kena pergi McD jugak untuk belikan nenek burger ikan sebab ibu (nenek) tak makan ayam. Terlanjur tu, ibunya beli jugak Ayam Goreng McD. Bila makan ayam dari kedua-dua restoran ini serentak, di tekak Sk dan Pak Inche, ayam goreng KFC ternyata lebih sedap dan terasa keaslian rempah ratusnya


Campak belakang.. masa Izzat dan Iman kecik-kecik, tak silap, Izzat empat tahun dan Iman tiga tahun. Kedua-duanya dibesarkan dan diasuh nenek sejak tapak kaki selebar dua jari. Sebab tulah, mereka berdua ni sangat rapat macam adik-beradik. Sk masa kecik-kecik dulu, tak ada sepupu lelaki yang rapat, semuanya dah tua-tua dan garang-garang, hahaha

         
Angah suruh gayakan semula. Puaslah dua beradik ni terteleng kepala dan buat senyum masa gambar kecik-kecik dulu sampai kita pun ikut lenguh sekali


Baik-baik juga, bergaduh pun boleh tahan jugak. Iman la suka menyakat, Izzat pulak suka menjerit. Nanti Imannya tarik puting dari mulut Izzat lepas tu bawa lari. Ish ish ish

          
Sampai Izzat masuk Tahun 1, barulah bawa haluan masing-masing. Izzatnya sekolah di Senai dan Iman pula sekolah di Bandar Baru Uda. Bila masuk sekolah menengah, Izzat ambil aliran agama (SMA) dan Iman pulak di SMK. Ada satu cerita kelakar masa kecik-kecik dulu, Misteri Telur Ayam angkara nak sangat tengok anak ayam, maklumlah, budak bandar, tahu-tahu jumpa ayam dah jadi lauk, hahaha


Penutup sambutan hari lahir bulan Jun nampaknya. Baru perasan, bulan Jun ada tiga orang punya besday, Zulaikha, Angah dan Izzat. Nanti bulan Julai dan bulan Ogos, hari jadi Cikwa dan Indah pulak. September pulak hari jadi Along, lepas tu boleh rehat sampai tahun depan, hahaha. Kalau tak, asyik makaaaaannnnn aje kerjanya. Oh, KicKers tu, hadiah wallet dari Iman untuk Izzat. Untunglahhhhhh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/06/ayam-goreng-kfc-mcd-di-hari-jadi-izzat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Cili Kering Ayam Kfc

Nasi Goreng Cili Kering Ayam Kfc

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 348 hits
Assalamualaikum wbtBUNTU nak buat sarapan apa pagi ni Mula ingatkan nak menjala Masih ada semangkuk kecil kari daging yang Sk masak Jumaat lepas Tapi macam tak cukup aje Nampak pulak ada nasi lebih lebih yang dikumpul dua tiga kali Terus ca...
Murah Rezeki Abang Video Lelaki Beri Anjing Jalanan Makan Pizza Ayam Goreng Buat Netizen Terharu

Murah Rezeki Abang Video Lelaki Beri Anjing Jalanan Makan Pizza Ayam Goreng Buat Netizen Terharu

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 260 hits
Sebagai manusia kita bukan sahaja perlu berbuat baik kepada manusia lain tetapi kita juga perlu berbakti kepada ciptaan tuhan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan Haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing amat memerlukan penjagaan daripa...
Awani Ringkas Ayam Berharga Rm9 40 Bermula Hari Ini

Awani Ringkas Ayam Berharga Rm9 40 Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 290 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Cuba Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Ni

Cuba Ayam Goreng Kunyit Mat Rock Ni

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 444 hits
Kat area pejabat k fiezz ada satu food truck 1 je Ha ah korang tak salah baca Memang satu je hehe Baru juga lagi food truck ni menjual kat area pejabat k fiezz ni Ada sekali pegawai k fiezz belanja ayam goreng kunyit yang beli kat food truc...
Ayam Bakar Air Fryer Bekal Hari Ini

Ayam Bakar Air Fryer Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 458 hits
Assalamualaikum Hi korang Hari ni macam yang SA mention pagi tadi SA bawak bekal jugak pi kerja dah terbiasa makan pukul 12 30pm ikut waktu makan masa kat hospital cukup pukul 12 tengahari mula la SA terasa lapar Nak tau tak untuk bagi SA h...
Resepi Ayam Goreng Berempah Lebih Halia Dan Serai Lagi Sedap

Resepi Ayam Goreng Berempah Lebih Halia Dan Serai Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 424 hits
GAMBAR AYAM GORENG BEREMPAH LEBIH SERAI DAN HALIA Resepi Ayam Goreng Berempah Lebih Halia Dan Serai Lagi Sedap Saya dah cuba macam macam cara nak buat ayam goreng berempah ni Akhirnya saya jumpa satu cara yang amat mudah dan sedap pulak tu ...
Cara Daftar Marrybrown App Percuma Ayam Goreng Dan Diskaun 40 Untuk Pengguna

Cara Daftar Marrybrown App Percuma Ayam Goreng Dan Diskaun 40 Untuk Pengguna

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 416 hits
Cara Daftar Marrybrown App Percuma Ayam Goreng dan Diskaun 40 Untuk Pengguna Untuk dapatkan penjimatan berganda bila nikmati Marrybrown anda bolehlah muat turun aplikasi terbaru iaitu Marrybrown App Antara tawaran menarik yang menanti pengg...
Mcd Lagi Murah Pelanggan Beli 2 Burger Ayam Special Berharga Rm23 Mengvndang Reaksi Netizen

Mcd Lagi Murah Pelanggan Beli 2 Burger Ayam Special Berharga Rm23 Mengvndang Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 280 hits
BURGER sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia Apabila bercakap mengenai menu ini boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang ter...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material