Jovi Dhea Keyring Tote Bag Dari Blogger Anak Omak
Satu lagi entry hadiah tertangguh yang saya dapat bulan lepas dari blogger Anak Omak. Siapa yang tak kenal dengan blogger anak omak kan. Kak Ret kottt..
Bukan sekali, bukan dua kali mahupun tiga kali. Dah banyak kali dapat hadiah dari Kak Ret
Inilah buktinya
kurma safawi jumbocustomize pouch with namebath & body works pocketbac cleansing hand gelgretel cling
Kali ni dengan tak sangkanya dapat hadiah special lagi. Hadiah ni saya dapat sempena terpilih salah seorang top komentator blog Anak Omak bulan April 2022. Rezeki tengah rajin tinggalkan komen. Sekarang masa cemburu betul dengan saya. Tak bagi peluang nak tinggalkan sepatah dua kata.
Takpe, lepas ni saya balas dendam okay. Sejak 2-3 bulan ni dah terkeluar carta pengomen tegar dah. Bagi peluang pada diri sendiri berehat seketika
Buka je parcel, WOW! Apeni apeni? Macam menarik je. Excited tau nak buka gift box yang luxury macam ni. Dahlah gift box cantik, warna mengancam. Siap kad lagi tu
Dibungkus dalam kotak keras dengan warna riben yang menarik. Sesuai sangat bagi gift pada seseorang. Pandai Kak Ret pilih hadiah menawan hati saya. Ini yang sayang lebih ni. hehe...
Dalam kotak hadiah dibalut dengan kain baldu merah. Lagi berdebar debar nak buka tak sabar nak tahu apakah???
Tadaa! Inilah dia hadiah yang tersorok dalam kotak tu. JOVI Dhea Keyring. Warna pink, warna idaman kalbu dan tertulis nama disitu. Suka suka suka! Exclusive dan luxury sangat ni Kak Ret. Bukan setakat suka dengan warna pink tu. Glittering tu nampak glamour teruk.
Sayang pula nak guna benda cantik cantik macam ni. Simpan buat kenangan je aci tak
Yang menariknya, saya baca ni website JOVI yang Dhea Keyring ni menggunakan glittery leather yang istimewa untuk menyerlahkan lagi aesthetic design tu. Diperbuat 100% daripada kulit lembu asli. Bahagian metal boleh custom dengan ukiran nama
Bukan itu sahaja ye kawan-kawan. Saya dapat juga tote bag Melaka. Wahhh..Sekali dapat 2 hadiah terus tapi parcel asing-asing. Kak Ret kata dah niat nak bagi dua hadiah. Alhamdulillah..rezeki dapat hadiah lebih
Terima kasih Kak Ret, jalan-jalan Melaka ingat lagi nak beli hadiah untuk rakan blogger. Berjuta juta Terima kasih untuk Kak Ret berkongsi rezeki dengan kami seorang blogger. Kalau dah rezeki kita, tetaplah rezeki kita. Memang tak pernah salah alamat.
Cuma 2 3 bulan ni mood merundum kejap. Pause! atas banyak faktor. Banyak urusan family. Kotak komen kemain cemburu lagi kalau kita komen banyak-banyak. Sikit sikit nak bagi kita problem tak boleh nak komen lebih-lebih. Sabar je lah
Untuk Kak Ret,
Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia. Aamiin..
Jom singgah blog Anak Omak : anakomak6.blogspot.com. Lama tak baca kisah Uyum. Terhibur tau baca kisah Uyum dalam blog Kak Ret. Dalam blog Kak Ret banyak kisah jalan-jalan, makan-makan. Kadang boleh terpengaruh. Jaga-jaga.
Doa murah rezeki yang melimpah ruah, perkongsian NeelofaYa Allah yang Maha Pemurah,
Maha Perancang,
berikanlah aku rezeki seluas langitMu,
rezeki yang berkat,
rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu,
rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu,
rezeki yang membawa kebaikan,
yang membawa aku ke syurgaMu,
rezeki yang tidak disangka-sangka,
rezeki yang menjangkau akal-fikiran,
rezeki yang membantu aku untuk berdakwah,
rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke syurga.
Aamiin...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/07/jovi-dhea-keyring-tote-bag-dari-blogger.html