Sakitnya Bersalin Anak Kedua Ezzaty Abdullah Siap Siap Mengucap Mohon Maaf Pada Suami Teringat Nak Mati


Pelakon cantik Ezzaty Abdullah yang baru lima bulan melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ahmet bercerita pengalamannya melalui fasa kelahiran anak kedua yang jauh berbeza dengan anak pertama.
Menurutnya pengalaman dalam bilik bersalin selama 28 jam semasa proses melahirkan anak pertama langsung tidak merasai kesakitan walaupun sudah di induce.
“Alhamdulillah masa tu tak sakit sangat. Tak macam orang cerita kalau kena induce sakit sangat. Saya rasa macam period pain je. Masa nak push baby dalam tempoh 40 minit saya siap boleh gelak lagi.
Masa doktor angkat baby dan tunjuk, saya siap cakap boleh beranak lagi doktor,” Ezzaty bercerita pengalaman bersalin anak pertama semasa menjadi jemputan dalam webinar Aku Tak Serik Bersalin anjuran Pa&Ma pada Ahad lepas.

Bagaiamanpun pengalaman melahirkan anak kedua jauh berbeza daripada anak pertama. Katanya dia tidak boleh tidur dan mengalami muntah teruk semasa hampir nak bersalin.
“Oleh sebab doktor yang sama sambut kelahiran anak pertama dulu, jadi doktor nak bagi induce. Saya pun sebab pertama kena induce tak sakit jadi setujulah sebab tak sabar nak keluarkan dia.
Induce pukul 10 malam sempat baca surah Maryam dan surah Yusuf. Tak habis lagi baca surah Yusuf, saya rasa sakit sangat. Tanya nurse ni sakit nak beranak ke? Dia kata tu sakit kontraksi.
Saya memang terkejut sangat rasa sakit tu yang teramat sakit. Sampai pukul 12 malam saya tahan sakit. Minta ubat tahan sakit. Bila doktor cucuk, saya rasa mengantuk sangat.
Pukul 1 pagi terjaga tidur masih lagi rasa sakit sangat. Rasa macam nak mati. Masa tu baru tahu macam ni rupanya sakit kontraksi bila di induce yang orang selalu cerita. Saya suruh suami panggil nurse.
Nurse cakap dah nampak kepala baby dan suruh push. Sebelum tu saya minta maaf pada suami sebab rasa macam dah tak larat sangat dan mengucap siap-siap.”
Lima minit teran, akhirnya bayi keluar dan menurut Ezzaty rasa kesakitan tadi hilang sekelip mata sebaik sahaja bayi selamat dilahirkan dan kali ini dia terus cakap serik dah nak beranak lagi kepada doktor.
“Pengalaman yang sangat berbeza untuk setiap kelahiran anak. Anak pertama 28 jam dalam bilik bersalin, 45 minit proses meneran bayi tapi tak sakit. Anak kedua pula tiga jam sakit kontraksi, lima minit proses meneran tapi sakitnya teramatlah sakit,” demikian ceritanya yang turut diuji kesakitan ketika hamil anak kedua.
Fot: IG Ezzaty Abdullah Tempoh empat bulan melalui fasa ‘mabuk mengandung’ memang benar-benar menguji. Isteri pelakon Azwan Kombos ini turut mengalami sakit yang membuatkan dia sukar untuk duduk, baring, berdiri dan sukar tidur selain kerap muntah. Namun semuanya berakhir selepas empat bulan kehamilan.
Rahsia Kekal Slim Ibu kepada Harum Dahlia dan Ahmet yang murah dengan senyuman ini kekal langsing biarpun baru beberapa bulan melahirkan anak. Ditanya tip kekal slim, rupanya Ezzaty mempunyai keturunan mudah naik berat badan selepas bersalin.
“Mak dan makcik saya sebelum bersalin kurus. Bila bersalin semua berat naik. Saya takut sebab kerjaya saya menuntut saya tampil menarik sentiasa.
Jadinya lepas anak umur setahun saya memang akan cut off sugar dan banyak minum air putih.
Saya makan sehari lima kali tapi dalam kuantiti yang kecil untuk meningkatkan metabolisme badan. Saya terpaksa korbankan makanan kegemaran saya iaitu kek coklat. Tapi bila dah dapat berat badan target saya makan sikit je buat rasa.
Bagi saya paling penting sekali amalan semasa tempoh berpantang. Saya memang sangat tradisional dan menjaga pantang. Kalau adik dan adik ipar saya waktu pantang tak pakai stokin atau bengkung saya akan bebelkan mereka,” menurut Ezzaty yang memakai bengkung 24 jam semasa tempoh berpantang.
Dia yang masih lagi mengamalkan diet sama seperti ketika melahirkan anak pertama, mengakui lama-kelamaan sudah terbiasa dengan minuman tanpa gula.
“Air manis memang tak minum langsung, kalau minum jus atau kopi pun saya tak letak gula. Lama-lama terbiasa,” ujarnya yang naik sehingga 67 kilogram ketika mengandungkan Ahmet.
Gigih Beri Anak Susu Ibu Siapa sangka pelakon drama Andainya Takdir 2 ini seorang ibu yang sangat mementingkan pemberian susu ibu kepada kedua anaknya. Biarpun anak-anaknya tidak mahu menyusu secara terus daripada payudara tetapi Ezzaty tidak menjadikan alasan untuk tidak menyusukan mereka.
“Saya dah jumpa kaunselor laktasi dan dah banyak cara dibuat tapi anak-anak tetap tak nak menyusu direct. Jadinya saya kena pam susu dari anak sulung sampai anak nombor dua.
Foto: IG Ezzaty Abdullah Penat tu memang penat tapi sebab dah niat nak menyusukan anak sekurang-kurangnya sampai mereka umur setahun jadi saya gigih mengepam.
Setiap hari Ezzaty akan rebus kurma cina, longan kering dan gula batu sebagai minuman milkbooster untuk membanyakkan susunya disebabkan dia kerap mengepam susu berbanding ibu lain yang menyusu secara direct maka risiko untuk penghasilan susunya berkurangan akan ada.
Pernah berpengalaman melalui pembedahan payudara kerana mengalami masalah breast abscess disebabkan bengkak susu yang tidak dirawat, Ezzaty kerap berkongsi mesej kesedaran kepada peminat dan sesiapa sahaja bakal ibu yang ditemui.
Justeru nasihat Ezzaty, bakal ibu terutama yang pertama kali kena belajar tetang ilmu penyusuan.
Foto: IG Ezzaty Abdullah “Bengkak susu adalah perkara normal bagi yang baru melahir dan menyusukan anak tapi kalau bengkak lebih dari tiga hari, tolonglah jumpa doktor sebab masa anak pertama saya tak tahu.
Saya rawat sendiri masalah bengkak susu dengan buat macam-macam petua sampai menanggung sakit tiga minggu lamanya.
Lepas tu baru jumpa doktor dan akibatnya breast dah menanah dan perlu dibedah. Jadi masa anak kedua saya alami masalah yang sama tapi tak sampai tiga hari saya terus jumpa doktor dan Alhamdulillah tak perlu sampai dibedah.
Sakit akibat breast abscess tu 10 kali ganda lebih sakit daripada sakit melahirkan anak.
Bila jumpa ibu mengandung saya akan kongsi pengalaman tu sebab tak nak orang lain lalui macam saya,” pesan Ezzaty yang turut mendoakan semua peserta webinar Aku Tak Serik Bersalin melalui pengalaman indah waktu bersalin.

The post “Sakitnya Bersalin Anak Kedua” Ezzaty Abdullah Siap-Siap Mengucap & Mohon Maaf Pada Suami. Teringat Nak Mati appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sakitnya-bersalin-anak-kedua-ezzaty-abdullah-siap-siap-mengucap-mohon-maaf-pada-suami-teringat-nak-mati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

Cuba Larikan Diri Sebab Nak Ikut Lelaki Pembantu Rumah Tinggalkan Dua Anak Ezzaty Abdullah

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 227 hits
Pelakon Ezzaty Abdullah mended4hkan bahawa pembantu rumahnya warga Indonesia membuat cubaan untuk melarikan diri kerana did4kwa ingin mengikut lelaki warga tempatan Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lebih teruk lagi apabila pembantu ruma...
Bakal Timang Anak Lelaki Ariff Bahran Berdebar Nak Temankan Isteri Bersalin

Bakal Timang Anak Lelaki Ariff Bahran Berdebar Nak Temankan Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 209 hits
Mak ayah mana yang tidak berdebar bila mana bakal menyambut kelahiran bayi sulungnya tidak lama lagi Penyanyi Ariff Bahran turut melalui debaran yang sama untuk menanti isterinya bersalin tidak berapa lama lagi Disamping rasa teruja kata Ba...
Baru Nak Maki Suami Bancuh Susu Anak Ketika Kereta Bergerak Rupa Rupanya

Baru Nak Maki Suami Bancuh Susu Anak Ketika Kereta Bergerak Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 172 hits
Sebuah perkongsian TikTok baru baru ini telah mencuri tumpuan netizen apabila seorang lelaki bertindak membuat susu untuk anaknya ketika dia dilihat sedang memandu kereta Ia sekaligus menimbulkan perasaan kurang senang kerana pada awal vide...
Nak Bantu Anak Speech Delay Kena Mulakan Seawal Anak Usia Bawah 3 Tahun

Nak Bantu Anak Speech Delay Kena Mulakan Seawal Anak Usia Bawah 3 Tahun

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 264 hits
Bila anak masuk usia dua tahun ibu ayah mulalah cemas bila mana anak masih tidak mengeluarkan perkataan bermakna Bimbang anak lambat bercakap dan seterusnya delay dalam segala hal Inilah yang membimbangkan ibu bapa Namun tip paling penting ...
Fizo Omar Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Anak Kedua Peminat Berteka Teki Jantina

Fizo Omar Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Anak Kedua Peminat Berteka Teki Jantina

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 244 hits
Pelakon popular Fizo Omar yang sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak kedua daripada perkahwinannya dengan isteri Fazeera Nazri masih belum berkongsi jantina anak yang bakal lahir Pengacara rancangan Roda Panas di Astro ini berkongs...
Kahwin Tahun 1988 Dapat Tiga Anak Tahun 2022 Baru Tahu Perkahwinan Tak Sah Suami Isteri Insaf Mahu Nikah Semula

Kahwin Tahun 1988 Dapat Tiga Anak Tahun 2022 Baru Tahu Perkahwinan Tak Sah Suami Isteri Insaf Mahu Nikah Semula

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 280 hits
TOLONGLAH jangan main main bab wali Demikian pesan pendaftar nikah c3rai Mohd Hasril Saleh 35 menerusi satu bingkisan video yang dikongsi olehnya Dalam video itu dia berkongsi kisah pasangan suami isteri yang mahu bernikah semula selepas 34...
Sebelum Anak Ke Tadika Perlu Tahu Ini Dulu Bukan Nak Pandai Baca Menulis Je

Sebelum Anak Ke Tadika Perlu Tahu Ini Dulu Bukan Nak Pandai Baca Menulis Je

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 157 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak antara usia 3 tahun ke atas sepatutnya perlu lihat kepada perkembangan asas dulu sebelum fokus pada akademik Anak anak usia 3 hingga 6 tahun ini perlu diberi pendedahan mengenai skil urus diri Jika bab ni anak m...
Hari Ni Patutnya Nak Check Jantina Bayi Suami Syukur Jasad Isteri Sempurna

Hari Ni Patutnya Nak Check Jantina Bayi Suami Syukur Jasad Isteri Sempurna

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 255 hits
Walaupun terkilan kerana tak sempat tunaikan permintaan arwah isteri untuk membawanya keluar makan hari ini saya reda dengan apa yang berlaku kata Mohd Khairul Asyraf Nor Azman 24 Menurut Mohd Khairul dia bersyukur apabila jasad ketiga tiga...
Papa Sebak Terus Menangis Baru Scan Muka Anak Suami Mengalir Air Mata Sebak

Papa Sebak Terus Menangis Baru Scan Muka Anak Suami Mengalir Air Mata Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 176 hits
Hati ayah mana yang tidak terharu saat melihat zuriat sendiri di dalam kandungan Apa lagi saat melihat anak di dalam perut yang bergerak gerak aktif Sebak dan terharu terasa hampir tidak percaya Detik terindah lagi mengharukan ini dilalui o...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025