Jom Teroka Taiping 10 Tempat Menarik Terkini Di Taiping
Cuti sekolah lepas, kami ke bumi Taiping !
Kenapa pilih Taiping? Suami tanya soalan ini dalam kereta, "Kita nak ke mana ni? Taiping atau Sabak Bernam?"
Lantas juju dan Abg Qi jawab serentak.
' TAIPING !!!! '
Ya, baju dah siap packing, baru buat keputusan dalam kereta. Hahaha. Kami sememangnya jenis tak rancang punya keluarga. Jenis buat keputusan semuanya dalam kereta termasuk tempah hotel. Tak tempah pun, sampai je sana dalam 3 jam baru walk in.
Memang kami jenis suka membiarkan Tuhan atur perjalanan kami semuanya, sebab sepanjang perjalanan kami berdoa semoga selamat pergi dan balik serta dipermudahkan urusan.
Tujuan tak lain dan tak bukan, kami nak lihat apa yang ada di bumi Taiping. Ramai yang mengatakan bumi Taiping "Bandar Paling Bahagia".
#1 Raintree Walk, Taman Tasik Taiping, Malaysia 👌Memang BAHAGIA! Anda datang rasainya sendiri.(Genap 15 minggu mengandung)
Jadi aku nak selidik dengan keluarga. Ternyata, saat melepasi masuk tol Taiping, nampak suasana di kelilingi rumah-rumah kampung dan ternampak dari kejauhan Bukit Larut yang di selaputi kabus.
Suasana mendung dan sedikit dingin, buat hati bertambah sejuk dan menjengah rasa tenang tika berada di Taiping.
Itu baru suasana baru sampai, kami ke Taiping selama 2 hari. Betul-betul nak selami dunia si Taiping.
Kami menginap di Sense Hotel. Walk in, kebetulan jam 6 petang sampai dapat harga bawah RM150 semalam sekali sarapan untuk 2 orang. Selesa menginap di sini. Nanti juju kongsi di entry akan datang.
Dahan pokok-pokok besar disini kebanyakkannya menyembah Taman Tasik Taiping. Betul-betul macam di oversea. Juju suka sangat, anda yang tak pernah ke Taiping kalau datang sini mesti terharu, suasana tu tak dapat di beli dekat mana-mana lah.
Taiping je ada !
Keesokkan paginya, semangat bangun subuh, segar betul. Suami sejak malam tadi nak rancang dengan Abg Qi nak bawa juju banyak tempat menarik di Taiping. Memang juju serahkan 100 peratus perancangan diorang berdua, juju cuma nak tenangkan diri dan ikut sahaja.
Kadang kala kita perlu juga beri peluang buat keluarga, asyik kita je plan kan why not kita mute kan diri dan ikutkan sahaja. Best pulak haha. Okey inilah senarai 2 hari 1 malam kami ke Taiping tau.
10 tempat menarik di Taiping kami sudah jelajahi !
#1 Raintree Walk, Taman Tasik Taiping, Malaysia 👌
#2 Taman Tasik Taiping, Malaysia 👌
#3 Zoo Taiping & Night Safari
#4 Melawat Kilang Antong Cafe Taiping
#5 Kilang Arang Kuala Sepetang Taiping (Charcoal Factory)
#6 Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang, Taiping
#7 Port Weld Kuala Sepetang, Taiping
#8 Pusat Penjaja Taiping (pekena Yong Tau Fo sedap)
#9 Bukit Larut (nikmati panorama hutan dara)
#10 Sarapan kedai Melayu di kaki Bukit Larut
(Nombor 3 hingga 10 akan di ceritakan di blog entry akan datang secara berfasa)
Cantik sungguh pokok-pokok Raintree Walk, ramai orang tapi aku tak nampak ramai tu sebab pokok-pokok di sini sangat menonjol perhatian juju sekeluarga.
Hero-hero, gambar ni cantik sangat, on point taken by me.
Hijau di sana sini, kami pun saje rancang nak pakai hijau supaya hati kami bersemi bersama kecantikkan disini.
#2 Taman Tasik Taiping, Malaysia 👌Fresh picture taken by me. Bunga teratai banyak kat sini. Cantik sangat ciptaan Allah.
Betul-betul pagi di Taiping juju dan keluarga serap dan selami keindahan panorama di sini sebaik-baiknya. Mood sangat cun, segar, ceria dan gembira dengan suasana di sini.
Tunggu akan datang, next entry kisah menarik lagi di Taiping.
Tak sia-sia kami mai Taiping. Gambar selebihnya banyak, boleh klik link di 👉SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2022/06/jom-teroka-taiping-10-tempat-menarik.html