Anzalna Nasir memakai Rouge Signature “I Rule” (105)Sambutan Hari Raya merupakan satu momen yang paling bermakna untuk kita semua kerana ketika ini lah kita mengambil peluang untuk berkunjung dan menziarahi antara satu sama lain bagi merapatkan ikatan ukhuwah. Tujuan kunjung-mengunjungi pada Hari Raya ini juga untuk merapatkan silaturrahim dan saling bermaafan bersama keluarga, sahabat atau sesiapa juga kenalan kita yang pastinya akan menjadi saat yang sangat istimewa. Oleh itu, kaum wanita terutamanya, mesti mahu lebih menyerlah di hari terindah ini kan?
Source: L'Oréal Paris MalaysiaRouge Signature telah mengeluarkan 10 rona lipstick matte yang menarik seperti I Enjoy, I Rule, I Don’t, I Represent, I Am Worth It, I Explore, I Dream, I Choose, I Embrace dan I Play. Tekstur lipstick matte yang baharu ini adalah lebih ringan, nampak soft dan boleh tahan lama akan membuat penampilan korang nampak lebih kemas bagi memberikan keselesaan yang berpanjangan pada bibir korang sepanjang hari pada Hari Raya tahun ini.
Rouge Signature “I Explore” (116) Source: L'Oréal Paris MalaysiaUntuk kaum wanita yang sering berasa bimbang kerana lipstick matte kebiasaannya akan rasa terlalu kering untuk bibir, yang menyebabkan rasa kurang selesa khasnya apabila dipakai untuk jangka masa yang lama, korang boleh cuba lipstick matte yang baru ini daripada Rouge Signature. Rouge Signature akan berkekalan sepanjang hari tanpa perlu di touch up yang pastinya menjimatkan masa korang. Malah, ia juga akan melembapkan bibir korang yang menjadikannya selesai dipakai. Tiada lagi bibir kering, kusam, lesu, dan pucat yang pastinya membuatkan korang jatuh cinta.
Anzalna Nasir memakai Rouge Signature “I Represent” (114) Source: L'Oréal Paris MalaysiaNampaknya, sambutan hari raya tahun ini akan lebih bermakna untuk korang dengan hadirnya 10 lipstick matte daripada Rouge Signature yang boleh mengenakan dengan pakaian korang dan makeup korang. Maklumlah, semasa hari Raya ini tak sah kalau tak pergi 10 rumah terbuka dalam satu hari. Lebih-lebih lagi, korang nak upload gambar di social media, untuk nampak cantik macam Anzalna Nasir kan? Anzalna Nasir pun menggunakan lipstick daripada Rouge Signature, code I Explore tau.
Anzalna Nasir memakai Rouge Signature “I Explore” (116) Source: L'Oréal Paris Malaysia| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |