Jom Puasa 9 Zulhijjah Banyak Manfaatnya
Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat-sahabat semua. Semoga baik-baik belaka bersama keluarga tercinta. Esok adalah hari Arafah yang di galakan berpuasa kerna hadis Rasullullah kata siapa yang berpuasa hari Arafah dapat menghapuskan doa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Subna Allah, inilah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua kepada mereka yang mengejar pahala daripada Allah. Ganjaran pahala kelak kita akan dapat di akhirat kelak. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala berlipat gandanya. Insha Allah.
Ramai hendak tahu bukan, kelebihan berpuasa hari Arafah kan? Naim paste jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus melalui account fan page facebook Ustaz :-
KELEBIHAN PUASA SUNAT ZULHIJJAH
SOALAN :
Apakah kelebihan berpuasa sunat awal bulan zulhijah ustaz?
Apakah puasa sunat zulhijah berbeza dari puasa sunat arafah?
JAWAPAN :
Antara puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah puasa sunat Zulhijjah dan masanya bermula pada satu haribulan Zulhijjah sehingga sembilan haribulan Zulhijjah dan puasa pada sembilan Zulhijjah ini ialah puasa arafah. Puasa Zulhijjah ini ganjarannya seperti berpuasa selama setahun.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw bersabda :
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِي الحِجَّةِ؛ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ، وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ القَدْرِ
Artinya : “Tiada dari hari-hari yang dikasihi oleh Allah supaya dilakukan ibadah pada hari-hari tersebut daripada sepuluh hari yang awal dari bulan Zulhijjah yang mana ganjarannya menyamai berpuasa setiap hari daripadanya selama setahun dan mendirikan ibadah pada setiap malam daripadanya menyamai beribadah pada malam lailatul qadar.” (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Dan adapun puasa sunat arafah artinya berpuasa pada 9 haribulan Zulhijjah selain bagi orang yang mengerjakan haji yang mana ganjarannya adalah dihapuskan dari orang yang berpuasa akan segala kesalahannya selama dua tahun yaitu setahun yang sebelumnya dan setahun yang selepasnya.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda :
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Artinya : “Puasa hari arafah sangat berharap aku atas Allah bahawa menghapuskan kesalahan setahun yang sebelumnya dan setahun lagi yang selepasnya.” (Hadith riwayat Tirmizi)
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Semoga ia memberi galakan kepada anda semua ya,Jangan lupa niat berpuasa dan bersahur esok.. :)
Sumber dan rujukan :-
Keleibihan Berpuasa Hari Arafah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2020/07/jom-puasa-9-zulhijjah-banyak-manfaatnya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)