Perempuan Ada Misai Banyak Bulu Puncanya Hormon Testosteron Tinggi Ke


Testosteron merupakan hormon androgen yang signifikan bagi kaum lelaki. Hormon inilah yang membezakan lelaki dan perempuan dari segi fizikal. Namun, tahukah anda hormon penyebab tumbuhnya otot, janggut dan juga punca suara menjadi dalam ini sebenarnya bukan terhad kepada lelaki sahaja.
Perempuan Ada Misai, Banyak Bulu,  Puncanya Hormon Testosteron Tinggi Ke?
Malah, perempuan juga ada hormon testosteron di dalam badan! Jadi, jangan anggap hormon ini ada pada kaum adam sahaja ya.
Wanita ada hormon testosteron?
Sebenarnya, semua wanita mempunyai sedikit hormon testosteron di dalam badan. Ovari wanita merembeskan kedua-dua hormon testosteron dan estrogen ke dalam salur darah.Testosteron bersama-sama dengan estrogen (hormon seks wanita) berfungsi untuk mengekalkan kesihatan tisu reproduktif wanita.


Selain itu, hormon ini juga memastikan tulang dan juga otot kekal kuat selepas baligh. Hormon ini juga penting untuk mengekalkan libido wanita pada tahap normal. Kadar testosteron yang normal dalam badan lelaki ialah sebanyak 300 – 1000 ng/dL. Manakala, bagi wanita pula adalah sebanyak 9 – 55 ng/dL.
Jika kadar testosteron anda melebihi kadar normal, anda mungkin akan mengalami pelbagai masalah seperti tumbuh bulu secara abnormal ataupun mengalami jerawat yang teruk pada wajah.
Tanda-tanda hormon testosteron tinggi
Jika seseorang perempuan itu mempunyai kadar testosteron yang tinggi di dalam badan, dia mungkin akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan juga kesihatan secara umum.
Antara tanda-tanda testosteron tinggi di dalam badan ialah:
Banyak jerawat Mempunyai suara yang dalam Tumbuh banyak bulu pada kawasan muka Haid tidak teratur Penambahan otot pada badan Rambut gugur Payudara mengecil
Testosteron yang terlalu tinggi dalam badan wanita boleh mengakibatkan obesiti dan kemandulan. Oleh itu, jika anda mengalami simptom-simptom ini, penting untuk anda berjumpa dengan doktor pada kadar segera.
Anda mungkin menghidap PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik yang boleh mengakibatkan kemandulan.
Namun, jika simptom-simptom yang dialami adalah teruk, mungkin anda sebenarnya menghidap penyakit yang anda tidak tahu! Jangan sesekali anggap tumbuh bulu pada muka seperti misai ataupun janggut adalah normal dan hanya disebabkan oleh faktor genetik semata-mata.
Berikut merupakan 3 penyakit yang sering dikaitkan dengan kadar testosteron yang tinggi dalam kalangan wanita.
1. Hirsutism Penyakit hirsutism akan membuatkan wanita mengalami pertumbuhan rambut dan bulu secara abnormal dan menyerupai lelaki. Pesakit yang menderita dengan kondisi ini mungkin akan mengalami virilisation. Virilisation ialah kondisi di mana perempuan akan mempunyai ciri fizikal seperti lelaki.
Wanita tersebut akan mula tumbuh janggut ataupun misai dan tumbuh bulu secara abnormal pada badan. Penghidap hirsutism mungkin mengalami PCOS, tetapi tidak semua. Ada juga di antara penghidap hirsutism yang lahir dengan folikel rambut yang sensitif terhadap hormon androgen.
2. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Wanita yang mempunyai kadar testosteron yang tinggi mungkin menghidap polycystic ovarian syndrome atau Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), satu penyakit hormon yang pada akhirnya boleh mengakibatkan kemandulan.
Polisistik bermaksud ‘banyak cyst’. Ini merujuk kepada folikel-folikel yang terdapat dalam ovari. Folikel ini yang menyebabkan ovum tidak dapat berkembang dan tidak dapat dilepaskan secara normal. 70% daripada wanita penghidap PCOS tidak pernah didiagnosis. 10% daripada wanita yang mempunyai kadar testosteron yang tinggi pula mempunyai PCOS.
Wanita yang mengalami PCOS akan mengalami simptom yang sama seperti simptom kadar testosteron tinggi seperti rambut gugur, jerawat, dan period yang tidak stabil. Penghidap PCOS juga mungkin menghidap obesiti. Oleh itu, pesakit PCOS selalunya akan turut mengalami penyakit lain seperti diabetes dan sakit jantung. Hirutism juga merupakan salah satu simptom PCOS.
3. Congenital adrenal hyperplasia (CAH)                         CAH ialah kondisi genetik yang menyebabkan kelenjar adrenalin tidak dapat menghasilkan hormon kortisol, Mineralocorticoids dan androgen seperti testosteron. Jika salah satu hormon tidak dapat dihasilkan, pesakit CAH akan membuat hormon lain untuk menggantikan hormon tersebut.
CAH ialah sejenis kondisi yang tidak mempunyai penawar. Namun, penghidap CAH boleh mengalami kehidupan yang normal seperti orang lain.
Diagnosis
Doktor boleh menentukan punca masalah hormon testosteron tinggi dalam kalangan perempuan dengan 3 cara:
1. Pemeriksaan fizikal Doktor akan memeriksa perubahan fizikal pada badan pesakit seperti kehadiran jerawat ataupun bulu pada badan dan muka. Doktor juga mungkin bertanya tentang libido, kitaran haid, ataupun sebarang perubahan dari segi mood.
2. Pemeriksaan darah Doktor akan mengambil sampel darah untuk mengetahui kadar testosteron dalam darah anda. Ujian akan dilakukan pada waktu pagi di mana kadar testosteron adalah paling tinggi.
3. Ultrasound Penyakit seperti PCOS yang menyebabkan kadar testosteron yang abnormal boleh dikesan melalui ultrasound. Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, berjumpalah dengan doktor untuk rawatan lanjut.
#kredit hellodoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/07/perempuan-ada-misai-banyak-bulu-puncanya-hormon-testosteron-tinggi-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kerap Muncul Di Kaca Tv Tak Semestinya Banyak Tawaran Ayu Damit Akui Masih Laku Dalam Pasaran

Hiburan Kerap Muncul Di Kaca Tv Tak Semestinya Banyak Tawaran Ayu Damit Akui Masih Laku Dalam Pasaran

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 297 hits
Mesipun namanya agak suram dalam industri muzik tanah air kini namun penyanyi Ayu Damit tetap bersyukur kerana masih menerima tawaran nyanyian biarpun jarang muncul di kaca televisyen Mengakui kini tampil tanpa sebarang produk baharu Ayu me...
Foodpanda Beri Banyak Faedah Kepada Rider Bagi Memastikan Keselamatan Mereka Terpelihara

Foodpanda Beri Banyak Faedah Kepada Rider Bagi Memastikan Keselamatan Mereka Terpelihara

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 184 hits
Mesti ramai antara korang yang menggangap bila jadi rider foodpanda ni sangat bahaya dan berisiko betul tak Kalau korang nak tahu foodpanda ni sangatlah mementingkan rider rider mereka siap menyediakan banyak faedah yang diperuntukkan khas ...
Tak Pakai Masker Didenda Rp 250 Ribu Pengendara Banyak Yang Coba Nego

Tak Pakai Masker Didenda Rp 250 Ribu Pengendara Banyak Yang Coba Nego

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 221 hits
Melalui Pergub 51 Tahun 2020 tentang Pelaksanaan Pembatasan Sosial Berskala Besar pada Masa Transisi Menuju Masyarakat Sehat Aman dan Produktif Bisa dipastikan bagi pengendara nakal yang tidak mengenakan masker bakal kena sanksi sebesar Rp ...
Lebih Banyak Langkah Fiskal Diperlukan Bantu Golongan Terdedah Dr Jomo

Lebih Banyak Langkah Fiskal Diperlukan Bantu Golongan Terdedah Dr Jomo

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR 16 JULAI Lebih banyak langkah fiskal diperlukan di Malaysia yang mensasarkan golongan yang terdedah dan pekerja di sektor bukan formal untuk membantu segmen ini daripada krisis ekonomi disebabkan penularan Covid 19 Langkah lang...
Untungnya Orang Yang Banyak Berselawat

Untungnya Orang Yang Banyak Berselawat

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 484 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Hari ini Penghulu hari iaitu hari JUmaat Semoga hari ini memberi kebaikan kepada sahabat sahabat semua Jangan di lupa untuk bersiap siap bagi kaum lelaki untuk bersedia untuk pergi solat Ju...
Bawaslu Jabar Temukan Banyak Bacalon Independen Tak Penuhi Syarat Dukungan

Bawaslu Jabar Temukan Banyak Bacalon Independen Tak Penuhi Syarat Dukungan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 209 hits
Diketahui lima bakal pasangan calon perseorangan akan berkontestasi di ajang Pilkada Serentak 2020 di empat kabupaten di Jabar yakni yakni Kabupaten Indramayu Kabupaten Tasikmalaya Kabupaten Karawang dan Kabupaten Cianjur
Ais Krim Inside Scoop Ada Banyak Pilihan Perisa Yang Sedap

Ais Krim Inside Scoop Ada Banyak Pilihan Perisa Yang Sedap

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 337 hits
Assalamualaikum Bulan lepas Fiza join satu peraduan diberi nama Colevent X Inside Scoop Road to Influencer Contest Rezeki bila terpilih oleh pihak Inside Scoop untuk review ais krim dorang nie Jadi dorang bagi baucer code untuk tebus ais kr...
Majoriti Tipis Kerajaan Pn Akan Lebih Banyak Diuji Ph

Majoriti Tipis Kerajaan Pn Akan Lebih Banyak Diuji Ph

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 221 hits
Keputusan melantik speaker di Dewan Rakyat kelmarin yang berakhir dengan Perikatan Nasional hanya mendapat majoriti 111 undi bernading 109 diperolehi Pakatan Harapan akan menyukarkan kerajaan untuk berfungsi Menurut bekas menteri Umno Ahmad...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment