Jom Nikmati Makanan Jepun Di Fu Rin Japanese Restaurant Glenmarie Hotel Golf Resort


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dah lama Maha tak makan makanan Jepun yang halal kat Malaysia ni. Walaupun sekarang ni ada banyak tapi tak semua menggunakan bahan yang betul-betul membuatkan rasa makanan Jepun tu seperti negara asalanya. Susah nak dapat yang macam ni. Tapi Alhamdulillah Maha dijemput untuk Food Review di Fu-Rin Japanese Restaurant yang terletak dalam Glenmarie Hotel & Golf Resort Shah Alam



Maha pun baru tahu pasal tempat ni walaupun sebenarnya restoran Jepun ni dah beoperasi lama kat hotel ni. Jangan bimbang kat sini Chef yang menyediakan makanan Japanese ini adalah muslim dan pastinya sumber dan rantaian pembekal adalah mereka yang mempunyai Halal demi nak bagi makan kepada pelanggan mereka yang pelbagai bangsa dan agama ni. Maha pun berjumpa dengan Chef Abdul Ghani bin Sulaiman atau lebih senang disapa dengan panggilan Chef Gan. 


Beliau yang bertanggungjawab menyediakan dan  memastikan semua bahan yang digunakan adalah Halal dan juga berkualiti. Sebab tu makanan Jepun kat sini rasa seperti makan kat negara matahari terbit tu sebijik. Suasana dalam restoran ni pun sangat tenang jer dengan ruang yang gelap malap membuatkan kita berselera nak makan bersama dengan kawan atau juga nak bawa business partner makan sini pun sesuai juga





Hari tu Maha datang bersama rakan blogger hebat iaitu Kifli Mally yang sudi temankan Maha makan. Kami dihidangan dengan pelbagai jenis makana yang dimulakan dengan Rainbow Maki. Kalau korang tengok kenapa ia dipanggil rainbow sebab ada pelbagai warna dalam maki ni seperti penggunakan daging Salmon segar, lepas tu ada daging maguro, isi ikan herring, buah avocado dan ikura macam caviar juga lah. 
Rainbow Maki


Maha tak pandai sangat nama-nama makanan Jepun ni semua tapi chef ada terangkan faham lah sikit-sikit. Makan Rainbow Maki ini didatangkan dengan sos masih dan sesetengah orang suka campur dengan wasabi nak bagi tak berapa rasa makanan mentah. Kalau Maha tak minat nak campur wasabi ni. Makan dengan sos masin atau yang manis tu dah cukup

Anago Tempura

Lepas tu pula menu kedua kami dihidangkan dengan Anago Tempura. Iaitu makanan yang Maha suka dalam banyak-banyak makanan Jepun ni sebab ia digoreng garing dan rangup. Dalam tempura ni ada gorengan seperti clean-tasting eel atau belut yang telah dibersihkan, sayur capsicum, sayur daun oba, daikon atau hirisan lopak putih dan datang dengan mellow tempura sauce



Sedikit info yang chef kongsikan kepada kami semasa makan tu bahawa Anago sebagai alternatif kepada unagi di mana belut air laut ini sesuai untuk menggoreng, manakala unagi air tawar lebih sesuai untuk barbeku. Juga Anago mempunyai kalori yang jauh lebih sedikit daripada unagi, jadi sesetengah pakar pemakanan menganggapnya sebagai pilihan yang lebih sihat. Banyak ilmu yang dapat dari chef ni bagus lah

Hamaguri Osuimono

Kemudian pula kami dihidangkan lak dengan Hamaguri Osuimono iaitu lebih kepada sup sihat dimana dalamnya ada makanan laut segar seperti Clams, kombu and katsuobushi dan juga cendawan. Makan sup ni kalau waktu sejuk mesti sedap selera jer. Akhir sekali kami dihidangakan pula dengan set paling lengkap dalam hidangan yang ada kat sini. Ia dipanggil Fu-Rin Bento dimana semua yang Maha dah cuba tadi ada dalam set ini serta ada tambahan lain juga



Dalam set ini ada daging ikan salmon segar, daging maguro segar dan butterfish diperap dengan sikit minyak zaitun dan ada juga shioyaki saba yang dimasak dengan shoyu atau kicap ini Maha paling suka. Setengah fillet ikan tenggiri yang hanya memerlukan sedikit perahan lemon untuk menyerlahkan kesedapan tapi Maha makan macam tu dengan nasi dah cukup. Ada juga tempura moriawase udang dan sayur-sayuran juga ada chawanmushi ramai suka ni telur yang dikukus lembut jer. Ada juga teriyaki ayam dengan sup miso ditambah lagi dengan pelengkap nasi dan salad

Fu-Rin Bento - RM99

Satu set ini cukup melengkapi dan menjelmakan intipati masakan Jepun sebenar. Harga untuk satu set Fu-Rin Bento ni adalah RM99 untuk satu orang makan. Ni sahaja dah cukup kenyang tak perlu lagi side dish ala-cart yang lain kalau bagi Maha lah. Makan pula dengan Japanese Teh yang sejuk dengan ais perhh best terangkat. Semua hidangan ini kalau korang nak cuba boleh nikmati waktu makan tengah hari dan makan malam. Restoran ini beroperasi setiap hari kecuali Isnin tutup. Ia buka dua sesi iaitu dari jam 12pm-2:30pm makan tengahari dan 6:00pm-10pm untuk makan malam



Jadi macam mana rekemen makanan Japenese Maha kali ini buat korang berselera tak. Kalau nak cuba datang lah bawa kawan atau keluarga. Juga suasana sesuai untuk makan bersama dengan rakan perniagaan nak bincang business dan makan-makan. Parking pun banyak sini luas tak bimbang tak perlu bayar pun parking. Nanti kalau korang dah cuba komen kat sini ok. Selamat menjamu selera semua. 
Sebarang update promosi atau juga nak buat tempahan boleh hubungi:Tel: 03-7802-5200IG : https://www.instagram.com/glenmariehotelFB : https://www.facebook.com/glenmariehotel








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/11/jom-nikmati-makanan-jepun-di-fu-rin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Makan Lamb Pizza Jom Try Kat Paradise Reyan Restaurant

Nak Makan Lamb Pizza Jom Try Kat Paradise Reyan Restaurant

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum Ingatkan hari nie boleh la cuti kan lepas mengundi nampaknya tak kena la kerja macam biasa Korang mengundi tak Untuk PRU15 kali ini Fiza memilih untuk menunaikan tanggungjawab di Sek Men Keb Bentong Datang mengundi sambil te...
Hotel St Regis Perjumpaan Pn Bn

Hotel St Regis Perjumpaan Pn Bn

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 71 hits
Pemimpin Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis Kuala Lumpur Satu sumber terdekat Umno mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini Ada perjumpaan antara BN dan PN di Hotel St Reg...
Makan Di Ong Shun Restaurant

Makan Di Ong Shun Restaurant

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 91 hits
Assalamualaikum WBTKISAH malam tadi makan di Petang tu ingatkan nak tapau tapi tutup pulak kedainya Kemudian kami ke Sk tanya dulu lama tak siap Serik sebelum ni tunggu lama jadi sebelum kena sidai kita tanya dulu 45 minit dia kata Hurmm aj...
6 Potret Kamar Hotel Tempat Menginap Raffi Ahmad Dan Keluarga Di Qatar Mewah Abis

6 Potret Kamar Hotel Tempat Menginap Raffi Ahmad Dan Keluarga Di Qatar Mewah Abis

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 115 hits
Raffi Ahmad dan keluarganya kini tengah berada di Qatar untuk menyaksikan Piala Dunia 2022 Di sana mereka menginap di sebuah hotel mewah Intip beberapa potret kamarnya berikut ini
Les Morilles French Restaurant By Tanzo Space Design In Beijing China

Les Morilles French Restaurant By Tanzo Space Design In Beijing China

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 161 hits
Project Les Morilles French Restaurant Architects Tanzo Space Design Location Beijing China Area 2 368 sf Year 2021 Photographs by Ricky Les Morilles French Restaurant by Tanzo Space Design Les Morilles hiding in the office building The pos...
Causeway Cafe St Giles Hotel Southkey

Causeway Cafe St Giles Hotel Southkey

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 192 hits
Kelmarin Mama Yan dan suami bawa anak ke ke Weekend High Tea Buffet di Causeway Cafe St Giles Hotel Southekey Johor Bahru Saja lah kan Sebab hari Ahad tu cuti Kalau tak memang tak merasa nak berjalan hari Ahad Kat Johor kan Hari Ahad hari k...
Pemimpin Ph Dan Bn Berjumpa Di Hotel Seri Pacific Kl Pagi Ini Adakah Anda Teruja Atau Sebaliknya

Pemimpin Ph Dan Bn Berjumpa Di Hotel Seri Pacific Kl Pagi Ini Adakah Anda Teruja Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 158 hits
Pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dilaporkan akan mengadakan perjumpaan pada jam 10 pagi Isnin di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur namun tidak dinyatakan tujuan perjumpaan itu diadakan Menurut sumber Saya diberitahu memang ada pe...
Anwar Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Bertemu Pemimpin Bn

Anwar Tiba Di Hotel Seri Pacific Untuk Bertemu Pemimpin Bn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 181 hits
Perlumbaan menawan Putrajaya semakin rancak dengan kedua dua Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin masing masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan Yang di Pertuan...
Ken Chan Curry Japanese Omelette Beef Rice Boss Belanja

Ken Chan Curry Japanese Omelette Beef Rice Boss Belanja

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 155 hits
Assalamualaikum Korang nak tau x hari ni SA kena paksa makan Japanese food ni of course la boss belanja of course jugak SA kena pi tolong beli hari ni semua nak makan Japanese ngan Korean berdua SAa dan Shikin pergi beli tadi sebenarnya SA ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation