Ni meja recept Causeway Cafe.MY ni jarang jarang pergi buffet sebab anak masih kecil kecil.Kelam kabut jadinya.Sekarang anak dah besar sikit.Alhamdulillah la..Boleh la bergerak sikit.Nak makan makan kat luar pun dah senang sikit,Tinggal nak jaga adik Mijan sorang je.Yang lain dah pandai cedok lauk sendiri..hahaha...
Alahai gelap pula gambar dari Insta360 X2 ni.Luas selesa ya nak catwalk sambil tatang pinggan.Tak payah elak elak meja kerusi orang.
Ni meja kami kelmarin. Alhamdulillah dapat meja yang tak berapa jauh dari meja buffet.Anak anak pun kejap hilang dari meja..Kejap kejap hilang dari meja.Dah tu takde la gambar kami sekeluarga di meja makan sebab asyik tak cukup korum je.Anak anak asyik mengulang ambil makanan aje.
Merasa la meja ada nama MY kann...Sebab MY yang call untuk reservation.
Saja ambil gambar panjang panjang gitu,Nak tunjuk pemandangan belakang sekali.
Gembira budak kecil ni sekali sekala makan kat luar.
Cakk...siapa boleh teka siapa gadis kecil molek sebelah Mama Yan ni?
ambil nasi ayam, tapi nak nasi dengan ayam dengan telur rebus.Taknak sup, taknak sambal, ulam ulam semua taknak.
Anak sulung MY ni memang hantu dessert.Kerja dia ambil dessert je.Tak makan nasi pun.Ko jangan lah ikut mama sangat bang...adoila...
Ni anak MY yang nombor 3,Nasi ayam sepinggan penuh tu habis,
Lepas tu ambil aiskrim pulak
Kalau kat rumah sampai kecut lisut buah buah dalam peti ais,Kat hotel boleh pulak masing masing mengokak epal.
Susahnya nak dapat gambar yang elok sikit dengan suami MY ni
comel tak kami 4 dara ni?4 dara duduk di tepi sungai...ha masokk...
Kakak kawasan sedang meronda ronda cari habuan perut.
Jalan jalan lagi...Tengok makanan..Ambil gambar..Siapa suruh datang lambat.Orang dah ramai,Susah nak ambil gambar.
Ni satu satunya anak perempuan MY,MY temankan untuk ambil makanan sebab dia rendah..Susah nak cedok sendiri.
Chocolate Butter Pudding with Strawberry Sauce.Subhanallah.. yang ni memang sedap sangat sangat.Tak tipu tau..Rasa nak tambah lagi, Rasa menyesal letak sikit,Nak bangun tambah sebenarnya,Tapi suami pulak hulur sepiring udang.Tak jadi bangun nambah.Hummh.. takkan nak repeat demi sepiring puding.
Macam ni lah makanan utama anak anak...Ni main dish diorang,Tapi dia punya side dish...adoi..Kalah ayahnya makan.
Nasi ayam ni Hainanese chicken rice..dia ada roasted chicken, roasted duck, adalah sayur dan sos sos yang disediakan.Tapi anak taknak semua tu.
Ada coffee machine.Moq mula mula sampai dah buat kopi sendiri.2 cawan kopi kot dia minum..Mula mula tak reti lagi guna mesin,terlebih susu kata dia,Kali kedua tu dia kata perfect.Sayang takde lak gambar dia mengerjakan mesin kopi tu.
Nasi ayam dia ni memang sedap ye.Ayahhnya letak nasi sampai penuh pinggan anak,habis.
Roasted duck.
Yang sebelah kiri Pasta Aglio-olio.Sedap sangat. Sebab MY ambil yang ni.Sebelah pastu tu,Nut Breaded Chicken Finger namanya.Ada kuah pencicah Orange Sweet Saucenya sekali
Yang ni pun sedap,Soft Shell Crab with Spicy Chilli Coriander Dip. Patutnya masa MY ambil tu,Kena tuang kuahnya sekali atas pinggan.Barulah boleh buat orang jeles.Ehh..niattt.. tak harum betul!
Firecracker Sausages namanya.
Ada bahagian Snacks..Suami MY sampai sampai terus ambil Cucur ikan bilis, samosa, popia semua tu.Tekak orang Jawa kan..Sebelum makan yang berat...Nak makan cemilan dulu
Ni ruangan Composed Salad dan gathered garden green,Macam macam jenis salad ada.
ada Kerabu ayam berkerisik, ada spicy Young Mango Salad, dan macam macam lagi.
Buttermilk Chicken...
Mee Goreng Mamak pun ada.
Ada ruangan seafood on ice,Entah berapa ekor Tiger Prawn ni masuk perut MY.Ada pelbagai jenis sauce juga yang disediakan.Pilih je nak apa.
Ni apa ya nama villagenya... kupang kann?
Braised Mixed Vegetable with Garlic Oyster Sauce.
Beef beriyani
Ni meja dessert.ada lagi kat sebelah nu,video huduh pulak.Ada New York Cheese Cake, Creme caramel, California Carrot Walnut, Fruit Tartlet, Mini Opera Cake, Mango Mouse dan banyaklah lagi.Rambang mata anak MY yang nombor syatu tu.
Swiss roll
Yang ni pun swiss roll jugak
Hazelnut Cream Puff
Classic Black Forest
Vegetarian wrap & roll..sedap pulak. Tapi ambil satu aje. Buat raso raso.Nanti buat sendiri la..
Rojak buah in the house...Ada buah jambu, timun, buah epal, mangga muda, dan Sos rojak petisnya sekali.Ambil bahan bahan,letak dalam besin besi kecik tu,letak sos, pastu,kacau kacau..yummyy...lazai bergizai
Ni area Live Noodle Corner.Ada asam laksa dan ada lagi satu jenis laksa...Kuah dia fresh panas panas ok.Tapi MY tak ambil pun...Banyak layan anak je...
ABC Corner.boleh buat ABC sendiri ya.. dalam mangkuk tu semua ABC tu punya condiments.ada pearl jellies, Cincau, kacang kacang, agar agar lepas tu bagitau nak letak apa lagi..nak letak syendols, susu, sirap atau apa apa lah...
Ni chef di Causeway Cafe ni ya...Chef Zaman namanya...|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |