Baru-baru ini Neeza berkesempatan untuk berbuka puasa di Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur anjuran Pacific West Malaysia. Serius ini kali pertama Neeza ke sini dan terpegun dengan kecantikan bandaraya Kuala Lumpur dari view Atmosphere 360. Jangan memain tau dekat sini kalau naik lif bukan guna tingkat lagi dah tapi jarak meter. Siapa boleh teka berapa meter? Hehe
Okay sebenarnya tujuan Pacific West Malaysia ingin memperkenalkan kempen terbaru mereka iaitu Ceria Raya Tampil Bergaya Pacific West yang bermula 15 April sehingga 15 Julai 2019 di mana mereka ingin menghargai para pelanggan yang memberi sokongan padu kepada Pacific West selama bertapak di Malaysia. Kempen ini menggalakkan pelanggan membeli mana-mana produk makanan laut Pasifik West dalam satu resit di mana-mana kedai runcit atau pasaraya dan berpeluang memenangi motosikal baru
Di dalam majlis ini juga, kami disaji dengan sajian bertaraf 5 bintang oleh Chef Atmpshere 360. Menariknya chef telah mengolah dengan menggunakan produk daripada Pacific West. Menarik kan?
Chef dari Atmosphere 360 bersungguh-sungguh menerangkan pada kami olahan menggunakan produk-produk Pacific West dalam sajian yang disediakan. Memang berbezakan layanan restoran bertaraf lima bintang kan. Nak tahu sajian apa? Skroll di bawah
Popcorn Fish Satay with Peanut Sauce, Vietnamese Spring Roll with Breaded Torpedo Prawn and Nuoc Cham
Toast Salmon Nigiri, Salt and Pepper Squid with Mentai Aioli
Cod Fish Fingers with Honey Tomato Sauce, Tempura Prawns and Tempura Natural Calamari Rings with Vegetables Bouquet and Parslied Crushed Potato
Dusted Baby Squid dengan Creamy Prawns BisqueNasiblah dapat meja paling havoc dan riuh. Rindunya dekat korang. Lepas ini tak jumpa lagi dah
Itu sahaja yang Neeza nak kongsikan hari ini. Jangan lupa untuk join okay! Untuk maklumat lebih lanjut,Website: https://www.pacificwestfoods.com.my/ceriarayatampilbergayaFacebook: https://www.facebook.com/pacificwest.my/|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |