Mcdonald S Malaysia Memperkenalkan Cita Rasa Ala Portugal Burger Ayam Portugal Sempena Kempen Discover The World 2019
Ada berita gembira buat pelanggan setia McDonald's, kini McDonald's Malaysia melancarkan burger baharu iaitu Burger Ayam Portugas (Portuguese Chicken Burger) yang sememangnya sedap dan lazat bersama Sos Piri-Piri yang unik rasanya...yang pastinya uoll tak akan menyesal nanti.....haaaaa
Kalau sebelum tu McDonald's Malaysia menyajikan cita rasa ala Korea menerusi Spicy Korean Burger (Burger Korean Pedas), kini McDonald's Malaysia menghidangkan pula Burger Ayam Portugal (Portuguese Chicken Burger). Pelancaran tersebut diadakan di McDonald's Kota Damansara DT, PJ sempena Kempen 'Discover The World 2019'.
Eugene Lee, Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia and Melati Abdul Hai,
Burger Ayam Portugal ni memang sedap dengan kepingan daging ayam yang digoreng enak gitu....dicelup pulak dalam sos piri-piri unik hingga tak terkata nak cakap...lepas tu dihidangkan pulak bersama campuran sayur-sayuran dan salad segar kemudian diapit dengan ban yang mengandungi emping cili terbaharu, kaya dengan pelbagai letusan perisa dan rempah ratus yang menyerlahkan cita rasa ala Portugal. Aduiii...terbayanglah pulak macam makan kat Portugal kan...!!! Bayangkan yang enak-enak haaaa...
Eugene Lee, Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia berkata,"Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan cita rasa menarik dari negara-negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand kepada pelanggan kami, di mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara tersebut ke dalam menu kami di Malaysia melalui kempen 'Discover The World 2019'. Kali ini, kami menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa dan memperkenalkan Burger Ayam Portugal baharu, yang disajikanm bersama sos piri-piri isitimewa kami.""Apabila menghasilkan item-item menu yang inovatif, McDonald's sentiasa mengutamakan keceriaan para pelanggan kami dan memberi kejutan kepada mereka dengan memperkenalkan perisa-perisa hebat terbaharu dan burger ini pastinya akan membuka selera dengan cita rasa yang lain daripada apa yang telah kami sajikan sebelum ini."
Sempena pelancaran Burger Ayam Portugal baharu, mulai 4 Julai 2019 McDonald's Malaysia memperkenalkan satu permainan 'Augmented Reality' yang dinamakan 'Catching Nonando' di mana pelanggan perlu 'menangkap' sebanyak mungkin ayam Nonando dalam tempoh 60 saat untuk mengumpul mata. Pelanggan akan diberi ganjaran serta-merta berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal. Nampaknya sapa yang terror main games tentu happy sakan betul tak?? Untuk permainan ini pelanggan hanya perlu klik pada pautan Facebook: https://www.facebook.com/My.McDonalds/
Set hidangan Burger Ayam Portugal disajikan dengan French Fries dan minuman pilihan sama ada Fanta Grape, McFreeze atau Coke biasa dengan harga bermula RM16.99 untuk masa terhad sementara stok masih ada...baik cepat beli nanti melepas pulak..!! pencuci mulut pula McDonald's Malaysia juga membawa kembali Dinosaur McFlurry yang penuh dengan pusaran coklat yang enak dan dihiasi bijirin coklat....fuuuuh..sedapnya.
AKTIVIT SEMASA PELANCARANBURGER AYAM PORTUGAL
Untuk Maklumat Lanjut mengenai tawaran dan menu McDonald'ssila lawati:
WEBSITEhttps://www.mcdonalds.com.my/
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/My.McDonalds/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2019/07/mcdonalds-malaysia-memperkenalkan-cita.html