Jom Makan Sama Sama Di Kedai Ayamas


 JOM MAKAN SAMA-SAMA DI KEDAI AYAMAS
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Baru-baru Zumal beritahu Zumal nak pergi GM Klang kan? Ya, inilah kisahnya. Zumal ke Kedai Ayamas di GM Klang. Pergi Kedai Ayamas mestilah nak makan. Tak gitu.


LATAR BELAKANG

Zumal cerita sedikit tentang KEDAI AYAMAS. KEDAI AYAMAS adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk berasaskan ayam dan dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd, anak syarikat KARA Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Johor Corporation.
KEDAI AYAMAS adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang  lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.
Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”.
Kini terdapat 61 rangkaian KEDAI AYAMAS di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS.
Produk-produk  mereka dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Produk di Kedai Ayamas dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang Ayamas diperap daripada bahan-bahan segar, berkualiti dan semestinya dijamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi
Selain KEDAI AYAMAS, mereka juga terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.
KONSEP KEDAI AYAMAS
1. KEDAI - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
2. KIOS - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.
3. RESTORAN - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan di restoran.

REVIEW KEDAI AYAMAS GM KLANG

Kenapa GM Klang? di sini tempat yang tak asing bagi Zumal sekeluarga tau sebab dulu keluarga Zumal tinggal di Pulau Indah dan kerap juga datang ke GM Klang. Kedai Ayamas di sini juga tak asing bagi kami sekeluarga. Tapi selalu kami hanya order ayam, yes ayam panggang. Setelah dapat tahu ada pelbagai menu lain di Kedai Ayamas rasa excited pula nak try.
Zumal datang ke cawangan Kedai Ayamas GM Klang bersama Ijoy aka Faizul merupakan housemate Zumal. Zumal masih baru tinggal bersama Ijoy. Jarang berkesempatan makan sama-sama walaupun tinggal serumah. Inilah peluangnya untuk bersama housemate yang juga kawan lama sejak belajar di Sintok lagi. 
Kedai Ayamas GM Klang ini berada di bahagian hadapan bangunan utama GM Klang, kalau anda parking di hadapan Blok B pasti anda nampak Kedai Ayamas yang berada di lot tepi sekali sebelah kiri Blok B GM Klang. Kedai Ayamas ini pada pandangan pertama pun dah menarik. Ia sangat cantik dan membuatkan kita rasa nak singgah. 
Cawangan ini juga bersesuaian buat anda ingin adakan majlis seperti sambutan hari jadi, jamuan pejabat dan pelbagai majlis kecil.

Setelah masuk ke outlet, kami berkenalan dengan supervisor outlet iaitu Encik Kamarul dan staf-stafnya yang sangat peramah. Kami diceritakan tentang outlet dan menu-menu yang ada. Setelah itu kami dihidangkan dengan pelbagai menu yang sangat menggoda.

Di cawangan ini juga anda boleh memilih untuk makan di dalam restoran dengan suasana hawa dingin ataupun boleh memilih makan di luar restoran dengan suasana terbuka.

MENU UTAMA DI KEDAI AYAMAS
Ayam panggang Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dalam tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu ‘Golden, Pepper dan Percik”

Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu

Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat

Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.

Dalam ketiga-tiga jenis hidangan ayam ini, Zumal suka sangat Ayam Pepper, walaupun nampak rupa ayam agak putih tapi rasanya sangat mengagumkan. Sebab ianya telah diperap sebat dengani rasa lada hitam. Selain ini nasi ayam di sini juga disertakan ayam pepper.
KEUNIKAN AYAM PANGGANG KEDAI AYAMAS
Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba.

HIDANGAN LAIN 
Kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Ini memberi peluang kepada pelanggan kami untuk merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain itu mereka juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.




Dalam hidangan sampingan ini Zumal sangat suka dengan roti bersama meat ball di Kedai Ayamas ni. Kalau tengok pada pandangan pertama mesti kita anggap roti ini banyak mayonnaise tapi tanggapan Zumal meleset sama sekali kerana rupanya ianya dilimpahi oleh kentang putar yang buat rasanya lebih sedap dan menyelerakan. Selain itu pasta di Kedai Ayamas tak kurang hebat rasanya. Memang terbaik!

PROMOSI DI KEDAI AYAMAS
Untuk pengetahuan anda Kedai Ayamas adakan promosi setiap bulan iaitu “15th and 30th offer” yang menawarkan diskaun harga Ayam Panggang, promosi “Thursday special” dan promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja. 

KHIDMAT PENGHANTARAN
Bagi anda yang tidak mempunyai masa ke Kedai Ayamas, anda juga boleh memilih untuk menggunakan khidmat penghantaran seperti grab food  dan food panda. 

KEDAI AYAMAS BRINGBACKMEMORIES & MAKANSAMASAMA CAIMPAIGN


Selama lebih 30 tahun ini, pasti pelbagai kenangan anda bersama Kedai Ayamas. Terus mencipta kenangan bersama Kedai Ayamas dengan kongsikan gambar anda menikmati hidangan kami dan hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. 

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
PENJUALAN SECARA BORONG

Sila hubungi mereka di talian untuk maklumat lanjut berkaitan belian secara borong. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Mr Hisham-+60 19-323 0478
Mr Ricky- +60 12-387 4133
Mr Ganesh- +60 19-371 5121
Mr Khairudin - +60 19-277 1785
Puan Khadijah - +60 19-661 6159

FRANCISE 


KEDAI AYAMAS sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. Sila hubungi mereka ditalian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI AYAMAS.
Mr Iswazi - +60 19-267 6200
Mr Zulhilmi - +60 13-393 2465

Ikuti KEDAI AYAMAS di FB , INSTAGRAM & YOUTUBE 
Facebook: Kedai Ayamas – Ayamas Roasters 
Instagram: kedai_ayamas
Youtube: Kedai Ayamas Roasters 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://duniazumal.blogspot.com/2020/12/jom-makan-sama-sama-di-kedai-ayamas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Moreh Makan Sampai Kenyang Di Restoran Amalina Jeli Kelantan

Jom Moreh Makan Sampai Kenyang Di Restoran Amalina Jeli Kelantan

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 359 hits
Jom Moreh Makan Sampai Kenyang di Restoran Amalina Jeli Kelantan Sep awok ter Nok moreh mano male nih Bila habis solat terawih mesti nak moreh kan Jadi untuk kali ini aku nak share satu restoren yang berada di jeli kelantan yang menyediakan...
Ustaz Tunjuk Kedai Makan Waktu Siang Bulan Puasa Dimekah Reaksi Bell Buat Ramai Berdekah

Ustaz Tunjuk Kedai Makan Waktu Siang Bulan Puasa Dimekah Reaksi Bell Buat Ramai Berdekah

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 173 hits
Sejak membawa watak Barkoba dalam filem Allahyarham Mamat Khalid nama Bell Ngasri sering diperkatakan ketika tiba bulan Ramadan Bukan kerana bakat lakonan namun dirinya yang dianggap sebagai ikon plastik hitam
Pelanggan Complaint Kedai Makan Haqiem Rusli Indah Khabar Dari Rupa

Pelanggan Complaint Kedai Makan Haqiem Rusli Indah Khabar Dari Rupa

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 301 hits
Kebanyakan selebriti Tanah Air ketika ini dilihat meceburi pelbagai bidang perniagaan sebagai satu bentuk pelaburan di masa hadapan Kerap kita dengar yang mereka memilih bidang F amp B seperti membuka restoran kedai makan ataupun stall mema...
Lelaki Didenda Rm1 700 Kerana Ponteng Puasa Makan Nasi Di Kedai Runcit

Lelaki Didenda Rm1 700 Kerana Ponteng Puasa Makan Nasi Di Kedai Runcit

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 150 hits
Lelaki Didenda RM1 700 Kerana Ponteng Puasa Makan Nasi Di Kedai Runcit TUMPAT Mahkamah Rendah Syariah Tumpat pada Rabu menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1 700 ke atas seorang lelaki selepas mengaku bersalah kerana tidak berpuasa Tertuduh...
Resipi Udang Celup Tepung Yang Rangup Sedap Rasa Sama Macam Makan Di Restoran Tom Yam

Resipi Udang Celup Tepung Yang Rangup Sedap Rasa Sama Macam Makan Di Restoran Tom Yam

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 215 hits
Selalunya bila makan di restoran tom yam antara menu yang dipesan ialah Udang Celup Tepung Perasan tak Udang Celup Tepung di restoran tom yam sedap sangat Bila buat di rumah tidak pula dapat rasa sama macam itu Rahsia sedap Udang Celup Tepu...
Sambal Kacang Daging Ni Lain Macam Sedapnya Sesuai Sangat Makan Dengan Ketupat

Sambal Kacang Daging Ni Lain Macam Sedapnya Sesuai Sangat Makan Dengan Ketupat

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 196 hits
Kuah Kacang mesti ada semua rasa dan tekstur Masam masin manis dan pedas Kacangnya jangan dikisar terlalu halus Biar kasar kasar sedikit Sedap bila tergigit Daging pula menambah kesedapan Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging Ini r...
Sedap Rangupnya Maruku Patawali Tak Sedar Makan Habis Sebalang

Sedap Rangupnya Maruku Patawali Tak Sedar Makan Habis Sebalang

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 138 hits
Maruku antara snek atau kudapan yang wajib ada di atas meja hidangan ketika hari raya Tak nafikan memang ramai peminat maruku tidak kira usia daripada kanak kanak hinggalah dewasa Berbual bual sambil makan maruku sangatlah mengasyikkan Tak ...
5 Cara Mudah Tambah Selera Makan Anak

5 Cara Mudah Tambah Selera Makan Anak

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 267 hits
Hi korang Assalammualaikum Okay aku paham nak menambat selera anak anak ni memang susah Macam macam perangai dan alasan diorang akan bagi untuk melarikan diri tatkala kau start cakap jom makan Sama lah struggle aku nak bagi Aqilah suka maka...
Dakwaan Bella Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Cili Adalah Rekaan Semata Mata Peguam Siti Bainun

Dakwaan Bella Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Cili Adalah Rekaan Semata Mata Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 239 hits
Foto Utusan MalaysiaDalam prosiding kes kanak kanak perempuan sindrom down Bella yang dilaporkan didera oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyaksikan peguamnya menegaskan saksi pendakw...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv