Jom Kurus Lakukan Senaman Secara Kosisten
Ramai yang tanya ‘Apa kau buat boleh kurus camni?’. Jawapan aku mudah saja ‘Nekad’. Pendek je. Hahaha…
Sebab kalau tanya aku bila kita dah nekad dalam lakukan sesuatu hal kita tak akan berpatah balik lagi. Begitu juga bila aku nekad untuk kurus, aku buat terus.
Aku bukan manusia yang ada perancangan yang teliti, aku ni jenis redah je sebenarnya. Bila aku cakap aku nak buat aku terus buat. Tak ada nak ada jadual senaman atau jadual pemakanan, seperti yang aku tulis dalam entri sebelum ini ‘Tiada diet khusus untuk kurus’.
Selama ni aku ada bersenam tapi mungkin tak cukup untuk badan aku. Jadi aku tambahkan lagi senaman, aku tambahkan aktiviti jogging. Kalau ada kesempatan selepas waktu pejabat aku akan keluar jogging.
Tak Perlu Ke Gym…
Aku tau tak semua orang mampu ke gym. Banyak sebab lah antaranya tiada modal, tiada masa, malu sebab badan gemuk dan lain-lain.
Sebenarnya bila dah putuskan nak kurus. Tak payah segan segan. Buat je. Kalau nak ke gym terus pergi ke gym yang korang rasa selesa. Persetan apa kata orang sekeliling. Kalau kau nak masuk kelas tarian ke, zumba ke, muay thai ke, atau gym besi pun… Buat je.
Tapi kalau dah tiada masa nak ke gym. Just lakukan je di rumah masing masing. Kalau boleh beli peralatan pun ok kalau tak ada pun ok sebenarnya. Tapi setkan masa sekurangnya 45minit hingga 1jam sehari masa untuk korsng bersenam.
Ok ni aku share sikit aku punya jadual senaman yang aku buat secara harian di rumah. Ni adalah sasaran aku untuk masa sehari:
Push-up 20 kali
Sit-up 50 kali
Russian twist 20 kali
Squat 20 kali
Lunges 20 kali
Bridge 20 kali
Plank 30 saat x 3 kali
Semua senaman ni aku lakukan at least sekali sehari di rumah. Tapi ada kelapangan aku akan buat 2-3 kali. Target aku nak lakukan senaman ni 5 kali sehari lepas ni. Insyallah…
Semua senaman kat atas ni lagi bagus kalau boleh tambahkan weight, tak kisah lah guna dumbell, kettlebell, ataupun weight plate je.
Nak kurus… No excuse beb. Lakukan senaman secara kosisten. Kita semua boleh lakukan.
Pengalaman Bersama Malindo Flight
Kalau dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang suka melancong, tak kiralah dalam atau luar negara.
Jom Kurus Tanpa Ada Diet Khusus… Hidup Sihat Hanya Kawal Makan Dan Senaman
Aku memang jenis malas bersenam sebenarnya, dari zaman belajar memang aku malas senaman. Sekadar sesekali
Jatuh Cinta Pada Muay Thai
Muay Thai sekarang ini semakin mendapat liputan meluas di dunia. Kalau tengok pun TV1 pun
Harga Diri Yang Tinggi
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, seseorang itu perlu meletakkan harga diri yang tinggi. Dalam hidup
The post Jom Kurus… Lakukan senaman secara kosisten appeared first on DaddyDee.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://daddydee.net/2018/12/jom-kurus-lakukan-senaman-secara-kosisten/