Jom Kita Petik Buah Harumanis Dan Buah Setoi Sentul


SABTU | 28.05.2022
Cerita hujung minggu lalu - saya dan encik suami ke rumah adik ipar (adik perempuan encik suami) yang menetap di Perlis. Mak mentua pun ada di sana, selepas raya di Johor terus adik ipar bawa mak ke Perlis. Bolehlah mak bertukar angin

Menariknya rumah adik ipar saya ni, disekelilingnya dipenuhi dengan pelbagai tanaman yang dijaga rapi. Mereka suami isteri sangat rajin berkebun walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pendidik. Memang saya kagum! Kalau saya dapat kawasan rumah yang luas, belum tentu lagi saya rajin nak berkebun dan sentiasa menjaga rapi begini


JOM PETIK BUAH HARUMANISAntara pokok buah yang ditanam di rumah adik ipar - buah mangga Harumanis. Musim buah Harumanis di Perlis bermula pada bulan April. Dah lama adik ipar ajak kami datang untuk memetik sendiri buah mangga Harumanis di rumahnya, tapi baru sekarang kami berkesempatan datang. Sekarang ni dah berada di penghujung musim buah Harumanis, buah dah tak begitu banyak. 
Buahnya rendah, mudahlah nak dipetik dan sesuai untuk berfoto konon sedang menuai hasil sendiri…hehe. Encik suami dengan gembiranya memetik buah dan saya pulak seronok memotret sana sini

Buah Harumanis yang bersaiz besar - selepas dipetik dan ditimbang beratnya sekitar 800 gram! Menurut tuan punya pokok, inilah buah Harumanis yang paling berat pernah direkodkan

Buah Harumanis ni semuanya dibungkus dengan kertas pembalut berwarna coklat. Selain bertujuan melindungi buah, kertas pembalut berwarna coklat akan menghasilkan kulit buah Harumanis berwarna hijau muda.
Menikmati buah Harumanis yang sedap lemak manis, duduk pulak menghadap pemandangan tanaman yang dijaga rapi dan buah Harumanis pulak orang potongkan. Memang nikmat sangat


JOM PETIK BUAH SETOI / SENTULLepas sesi memetik buah Harumanis, adik ipar ajak petik buah Setoi atau Sentul. Buah apa tu? Nama buah Setoi atau Sentul memang pernah tahu, tapi buah dan pokoknya agak asing bagi saya. Rasanya saya penah makan sekali semasa melalui jalan di Pahang, singgah membeli dari gerai di tepi jalan

[info] Pokok sentul atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Pokok ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenalinya. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang. Pokok yang sederhana besar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m dengan diameter batangnya sehingga 90 cm. Taburan semula jadinya adalah di sekitar Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Pokok sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut. Akar dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. Air rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas. Kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. Selain itu, kayu pokok sentul turut digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah. (Sumber : frim.gov.my)
Encik suami dan adiknya sedang memetik buah Setoi. Tinggi pokoknya dan berbuah lebat

Bukan mudah, sekali memetik dapat sebiji dua buah Setoi. Eh, jaring pemetik buah tu bukan koyak tau, saya ambil foto fokus pada buah jadinya jaring ‘terhilang’ pulak

Inilah buah Setoi atau Sentul. Dan ada beberapa nama panggilan lain mengikut bahasa setempat

Rupa isi dalam buah Setoi - putih, lembut dan ada ulas. Tapi ni dah tak nampak ulas, sebab sebahagian dah masuk mulut. Cara makan pulak macam kita makan ulas manggis yang ada biji besar - kemam dan luah balik. Rasa buah Setoi? Yang saya makan ni rasa masam sikit dan manis sikit. Kira ok lah isi buah Setoi ni, boleh dimakan segar. Kulit buah Setoi ni tebal. Menurut adik ipar, buah Setoi ni biasanya orang buat jeruk dan kulitnya orang buat masak sebagai sayuran

——————————————————-
Ada banyak jenis buah-buahan lain di sekeliling rumah adik ipar. Antaranya buah Nona. Ada juga buah lemon, bersaiz besar cantik. Geram je saya tengok. Memang menjadi sungguh hasil tanaman mereka ni. Tentunya memerlukan usaha yang gigih

Kita selit satu foto selain buah - Sweetie namanya. Dia pun sibuk ke sana ke sini






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2022/06/jom-kita-petik-buah-harumanis-dan-buah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Sira Buah Cermai Resipi Orang Dulu Dulu Yang Sedap Wajib Cuba

Cara Buat Sira Buah Cermai Resipi Orang Dulu Dulu Yang Sedap Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 376 hits
Sedapnya Sira Buah Cermai Rasanya yang masam masam manis sangat membuka selera Buah Cermai sukar dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang masam Oleh itu dengan cara menyira begini ia boleh menjadikan buah ini jadi lebih sedap dan mengelakk...
Pokok Buah Salak

Pokok Buah Salak

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 383 hits
Pokok salak ditanam untuk mendapat buah Pokok salak tumbuh dengan subur di bawah lindungan tumbuhan iaitu dalam keadaan yang lembap dan teduh Buah salak mempunyai rasa yang manis atau masam masam manis dan kelat sedikit biasanya dimakan dal...
12 Tahun Lepas Waktu Baru Mula Niaga Rezeki Mila Jirin Syukur Kini Ada 6 Buah Lori Sendiri

12 Tahun Lepas Waktu Baru Mula Niaga Rezeki Mila Jirin Syukur Kini Ada 6 Buah Lori Sendiri

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 173 hits
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk memiliki lori sendiri akhirnya menjadi kenyataan Menurut Mila dia sebenarnya telah menyimpan hasrat tersebut sejak pertama kali menceburi bidang bisnes sejak l...
Apps Terbaru Marry Brown Dan Cara Dapatkan Deals Menarik Dapat Deals Best Dan Ayam Goreng Free Jom Korang

Apps Terbaru Marry Brown Dan Cara Dapatkan Deals Menarik Dapat Deals Best Dan Ayam Goreng Free Jom Korang

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 216 hits
Mengimbau kembali kenangan masa muda remaja dulu Suka sangat pergi makan nasi ayam sedap kat Marry Brown Aku masih ingat ayam rangup dia dengan papadom perghhhhh pergi dia Bila orang cakap pasal cinta yang susah dilupakan I akan cakap nasi ...
Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib

Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 164 hits
Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak kini mencabar Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya Hari itu saya dengan Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya...
Gara Gara Es Buah Perempuan Muda Dibenturkan Tukang Becak Ke Dinding Hingga Tewas

Gara Gara Es Buah Perempuan Muda Dibenturkan Tukang Becak Ke Dinding Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 116 hits
Kasus pembunuhan terungkap berawal dari salah seorang penghuni indekos lainnya bernama Basri menemukan Ayu dalam kondisi meninggal dunia Saat melakukan pemeriksaan jasad korban ditemukan tanda tanda kekerasan
Pastikan Anak Anak Dapat Makan 5 Jenis Warna Buah Ini Dalam Seminggu Setiap Warna Ada Manfaat

Pastikan Anak Anak Dapat Makan 5 Jenis Warna Buah Ini Dalam Seminggu Setiap Warna Ada Manfaat

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 221 hits
Setiap jenis warna pada buah ada kandungan kimia semulajadi yang bermanfaat untuk tubuh badan mereka Allah dah ciptakan begitu rugi betul kalau kita tak ambil khasiat yang ada Pastikan anak anak kita dapat makan 5 jenis warna buah dalam sem...
Jangan Bagi Anak Makan Sayur Buah Yang Tak Dibasuh Boleh Sebabkan Masalah Cacing

Jangan Bagi Anak Makan Sayur Buah Yang Tak Dibasuh Boleh Sebabkan Masalah Cacing

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 216 hits
Apabila terlihat anak sering menggaru punggung itu tanda ada masalah cacing Jom ketahui apakah jenis cacing dalam perut bersama cara rawatan dan pencegahan yang boleh dilakukan Cacing dalam perut anak Sebelum mengetahui jenis cacing dalam p...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation