Jom Kawan Kawan Bijak Sana Kita Baca Dan Kaji Jangan Ikut Walaun Malas Membaca


 




Ada kawan tanya mana beras tempatan? 


Begini sahabat. Keperluan setahun beras negara kita adalah 2.5 juta metrik tan. Negara hanya produce 65% atau 1.5 juta metrik tan. 1 juta tan lagi kita import. 


Yang 65% tu termasuklah padi huma, padi wangi dan beras istimewa yang lain macam beras Bario. Tinggallah 60% sahaja beras putih.


Yang banyak beli beras tempatan dulu dari pengilang adalah pembekal tender kerajaan untuk kem tentera, sekolah dan sebagainya. Malah bee hoon pun banyak guna beras tempatan sebab kosnya murah. Jadi mereka ni buat kontrak dengan kilang untuk dapatkan beras tempatan. 


Maka tinggallah 30-40% sahaja yang dipasarkan ke pasaraya iaitu lebih kurang 1 juta metrik tan. Sebab itulah kat pasaraya dari dulu yang banyak adalah beras import sebab beras import permintaannya tinggi kerana harganya tidak jauh beza dengan beras tempatan. 


Kita kena ingat pengeluaran padi di negara kita bukan dituai setiap bulan. Setahun hanya dituai 2 kali sahaja. Misalnya musim ini, MADA di Kedah baru tuai 20% padinya. Beras ni pula perlu melalui satu tempoh mengusang supaya kualitinya lebih baik dan tidak mudah basi. 


Sebenarnya harga beras import dunia dah mula naik sejak awal tahun ini tapi kita semua tak perasan sebab Bernas masih kekalkan harga RM2,350 untuk 1 tan. Tapi bila kenaikan harga beras dunia telah naik 60%, Bernas terpaksa buat pelarasan harga kepada RM3200/tan. Jika Bernas tak buat, Bernas kena tanggung kerugian RM800 juta sebulan. Keadaan ini boleh menjejaskan 10 obligasi Bernas kepada Kerajaan.


Bila BERNAS buat pelarasan harga baru kepada RM3200/tan - pengusaha restoran mula beralih ke beras tempatan dan ada yang menempah terus dari kilang. Keadaan ini menyebabkan kenaikan mendadak permintaan beras tempatan dan sebab itulah beras tempatan makin hilang di pasaraya. 


Sebelum harga beras import naik - kita tak ambil tahu sangat jenis beras yang kita beli. Selalunya kita beli ikut brand. Misalnya dulu Beras Import jenis standard harganya sekitar RM2.80/kilo ke RM3.20/kilo. Tak jauh beza dengan beras tempatan. 


Tapi sekarang ni bila harganya jauh berbeza, orang mula cari beras yang lebih murah dan tentulah beras tempatan yang paling murah sebab harganya dikawal RM2.60 sekilo. Isunya sekarang ni orang nak cari beras murah, bukannya sebab beras tempatan atau beras import. Nak beras tu murah je. 


Masalahnya beras murah (tempatan) susah nak jumpa sekarang ni. Memanglah susah nak jumpa sebab yang ada dalam simpanan kilang kebanyakkannya dah diborong awal dan kilang terikat dengan kontrak yang telah dipersetujui. Inilah yang kita kata gangguan pasaran telah berlaku. Permintaan yang naik tak dapat ditampung penawaran yang ada. 


Adakah kerajaan khususnya Menteri Pertanian duduk sahaja dan tidak memikirkan kaedah untuk menyelesaikan isu ini? Jawapannya tidak. 


Menteri telah mengarahkan pelbagai langkah intervensi bagi menyusun semula edaran dan menyusun penggunaan beras tempatan yang memang terhad dari sebelum beliau jadi kerajaan lagi. 


Apa yang Menteri Pertanian sedang buat?


1. Beliau telah hadkan pembelian 100kg untuk seorang supaya belian panik tak berlaku. 


2. Beliau telah meminta pengilang memberikan 20% stok beras mereka kepada FAMA dan LPP untuk dipasarkan terus ke kawasan luar bandar yang banyak kumpulan B40. Yang diviralkan pembangkang adalah video orang beratur menunggu beras di outlet FAMA. Sedangkan kekecohan itu hanya berlaku di 2 daripada 35 tempat dan Menteri telah arahkan stok yang lebih banyak dihantar pada pusingan kedua. 


3. Beliau telah mengarahkan Kementerian Pertanian untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan supaya tender kerajaan menggunakan beras import sahaja.


4. Beliau telah memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli beras import pada harga borong RM3.20 sekilo daripada Bernas. 


5. Yang terkini beliau telah mengarahkan pegawai untuk mengkaji jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan jika Kerajaan ingin mensubsidikan beras import. Jika Kerajaan nak subsidikan 1 juta metrik tan beras import setahun, kerajaan mungkin perlu menanggung sehingga RM1 bilion setahun.  (Kiraan rasmi masih sedang dibuat). Nak laksanakan ini perlu bawa paper ke kabinet dan memerlukan sedikit masa untuk Kementerian mengkaji pros n cons. 


Langkah yang disebut di atas ini hanyalah langkah jangka pendek. 


Yang lebih penting adalah apakah langkah yang perlu diambil untuk memastikan SSR beras negara mencapai 100% dalam tempoh 5 tahun mendatang yang sejak 60 tahun merdeka - usaha mencukupkan beras negara tak dijadikan keutamaan kerajaan. 


Antara langkah jangka panjang yang sedang dibuat oleh Menteri Pertanian adalah:


1. Berjaya mendapatkan bajet lebih RM3 billion untuk memperbaiki saliran di kawasan MADA Kedah supaya padi boleh ditanam 5 musim dalam masa 2 tahun.


2. Sedang menyiapkan paper untuk membuka 200 ribu ekar sawah di Sabah yang mungkin menelan belanja lebih RM3 billion. 


3. Meminta MARDI mempercepatkan kajian benih yang boleh dituai dalam masa 75 hari supaya 3 musim dalam setahun boleh dibuat. 


4. Meminta MARDI menghasilkan benih yang tahan air masin supaya kawasan sawah terbiar berhampiran dengan laut dapat dibangunkan semula. 


5. Menggalakkan pesawah dan syarikat swasta mengusahakan sistem Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) supaya hasil tuaian dapat ditingkatkan ke 7 tan/hektar daripada hasil tuaian sekarang yang masih sekitar 3 tan/hektar. 


6. Mengarahkan MADA, KADA dan IADA menggunakan jentuai padi yang moden supaya tumpahan padi dapat diminimumkan. Sekarang ni jentuai yang banyak diguna adalah jentuai untuk menuai gandum. 


Maka dah tiba masanya agenda keterjaminan makanan dijadikan agenda utama negara. Jika nak lakukan reform - inilah masanya. 


Nota: Saya rasa geli hati juga bila melihat gelagat EXCO yang mempersoalkan Menteri macam tak buat kerja sedangkan kita boleh tanya dia - sejak dia jadi EXCO, apa usaha yang dia buat untuk cukupkan SSR beras di negeri dia. 😅







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/jom-kawan-kawan-bijak-sana-kita-baca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Berubah Jangan Biarkan Dap Dibalik Mb Umno

Jom Berubah Jangan Biarkan Dap Dibalik Mb Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 298 hits
DAP di sebalik MB Umno Kuasai sumber air negeri DEWAN Undangan Negeri Perak telah memansuhkan Akta Air 1920 dan digantikan dengan enakmen baharu DUN telah meluluskan Rang Undang undang Sumber Air Perak 2023 setelah dipersetujui oleh lebih A...
Jom Dengar Dan Baca Tak Mau Juga Mati Saja Dari Memfitnah

Jom Dengar Dan Baca Tak Mau Juga Mati Saja Dari Memfitnah

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 241 hits
Video penjelasan daripada influencer TikTok bidang ekonomi Nazri Hamdan tentang nilai ringgit yang menjunam berbanding dollar Amerika Adakah nilai ringgit melemah Sebenarnya tak tapi nilai dolar Amerika yang mengukuh Kenapa Sebab keputusan ...
Jangan Tuduh

Jangan Tuduh

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 93 hits
Saya ulang siarSebagai peringatan buat kita semua
Hiburan Ira Kazar Is Shaking Muncul Dalam Sepahtu Reunion Yusof Haslam Beri Amaran Jangan Ngorat Puteri Sarah

Hiburan Ira Kazar Is Shaking Muncul Dalam Sepahtu Reunion Yusof Haslam Beri Amaran Jangan Ngorat Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 154 hits
Program lawak Sepahtu Reunion yang berlangsung pada hari Jumaat lalu menjadi perhatian ramai setelah pengarah hebat Datuk Yusof Haslam muncul menjadi cameo di atas pentas Lagi membuatkan netizen berasa teruja kerana menantunya Puteri Sarah ...
Jangan Sampai Berjuta Juta Rakyat Berkumpul Di Kl Kata Sanusi

Jangan Sampai Berjuta Juta Rakyat Berkumpul Di Kl Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 155 hits
Menganggap Howard Lee melakukan kesalahan yang begitu besar serta sangat sensitif buat masa depan negara Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menggesa polis menyiasat ahli parlimen Ipoh Timor terbabit Kata Sanusi Lee membuat tafsirann...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha