Jom Berubah Jangan Biarkan Dap Dibalik Mb Umno


 

DAP ‘di sebalik’ MB Umno: Kuasai sumber air negeri?
DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak telah memansuhkan Akta Air 1920 dan digantikan dengan enakmen baharu. DUN telah meluluskan Rang Undang-undang Sumber Air (RUUSA) Perak 2023 setelah dipersetujui oleh lebih Ahli Dewan pada persidangan kelmarin.

Ketua Pembangkang, YB Haji Razman Zakaria mewakili Ahli-ahli Dewan Negeri daripada PERIKATAN NASIONAL (PN) bagaimanapun menyuarakan sebaliknya. Enakmen sepatutnya memelihara kepentingan rakyat dan menjadi kedaulatan negeri itu tidak dikuasakan kepada Ketua Kerajaan.

Menteri Besar tidak dinyatakan sebagai Pengerusi kepada Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak. Tidak sebagaimana enakmen seumpama di beberapa negeri lain yang meletakkan secara khusus Menteri Besar mengetuai hal dan hak amat strategik serta penting itu.

Entah, beliau tidak merasa ia urusan penting untuk diterajuinya, atau beliau ‘melepas dan menyerah’ kepentingan tersebut, atau beliau ‘diarah’ tidak mengetuai urusan itu? Salah satu, bahkan semuanya adalah sesuatu yang serba mungkin!

Di situ memberi erti tersirat bahawa tadbir urus penggunaan dan pelesenan sumber air akan ‘terdedah’ kepada ‘kepentingan pihak tertentu’. Termasuk juga nanti berkaitan pencemaran sumber air dan penguatkuasaan. Bermakna kawal selia yang dijalankan Pihak Berkuasa Negeri nanti sebenarnya ‘dipegang atau digenggam’ oleh ‘lembaga’ tertentu.

Di DUN Perak sebagaimana juga DUN Pahang, Umno – Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan hasil keputusan PRU15 lalu dan begitu juga PN. Tetapi sekiranya Umno-BN sedia bersama PN yang terdiri daripada PAS dan BERSATU, maka Kerajaan Melayu-Islam terkuat dapat dibentuk di dua negeri itu.

Malangnya, Umno-BN yang semakin hilang kerusinya di dua negeri itu memilih bersama Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP. Ia kejutan dan semua pihak sejak itu lebih awal ‘berprasangka’ bahawa Umno-BN akan ‘dipengaruhi’ atau ‘dikawal’ oleh DAP.

RUUSA yang diluluskan itu menjadi salah satu petanda kepada kebimbangan tersebut dengan dilihat DAP sebagai ‘lembaga’ untuk meraih kepentingan di sebaliknya. Terutama dalam perdebatan sebelum ini untuk sumber air dari Perak khususnya di kawasan Kerian disalurkan bagi kegunaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Nah! Inikah bukti dominasi atau kekuasaan Menteri Besar daripada Umno hanyalah boneka dan terpaksa tunduk kepada cengkaman ‘Abang Besar’ DAP? Buta dan benakkah Umno melihat jajaran strategik sedang dimungkinkan DAP dengan menguasai tadbir urus sumber air ini?

Kaitan atau kesannya nanti tentulah kepada sektor pengairan dan pertanian khususnya penanaman padi di sawah yang terbentang luasnya di negeri ini. Semua itu adalah ‘kehidupan’ tradisional para petani miskin dalam kalangan orang Melayu.

Begitulah bagaimana DAP berpengaruh dan berkuasa tanpa memperlihatkan wajahnya, tetapi batang tubuh Melayu Umno dan Melayu PH (baca PAN) boleh dimanfaatkannya. Mangsanya ialah rakyat terutama orang Melayu termasuk hak dan kepentingan kehidupan serta masa depan mereka.

Walaupun RUUSA ini masih awal untuk dilihat bergerak, namun asas dinyatakan ini sangat penting bagi menjamin menguntungkan kerajaan dan tidak merugikan rakyat. Adalah satu malapetaka jika keterbukaan atau ‘fleksibel’ yang menjadi suara sokongan di pihak kerajaan ketika persidangan kelmarin itu akan menguntungkan pihak ketiga dan bukannya rakyat apatah lagi negeri. 

Saya yakin Menteri Besar dan ADUN Umno bersetuju dengan cadangan Pembangkang terutama pelantikan Menteri Besar sebagai Pengerusi. Namun tiada suara dari Umno kedengaran kerana di kiri kanannya ada PH-DAP. 

Apakah Umno kini benar-benar telah hilang bisa dan taringnya? Apakah Umno kini terpaksa menutup mulut lantaran keseimbangan kerusi DUN kerajaan adalah dominasi DAP? 

Tempoh singkat ‘perkahwinan paksa’ Kerajaan Negeri Perak akan lebih menyerlahkan kepimpinan Melayu dalam Umno hanya mampu mengetip bibir dengan mulut tertutup kerana ada gula-gula memenuhi mulut.

YEOP IPOH
Pemerhati Politik Negeri Perak – HARAKAHDAILY 29/9/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom berubah! Jangan biarkan DAP dibalik MB UMNO.
Lihat juga komen ini..
(i) Jom berubah! Jangan biarkan DAP dibalik MB UMNO.


UMNO yang didukung Pakatan Harapan akan berhadapan dengan PAS yang bertanding atas tiket PERIKATAN NASIONAL di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai, Pahang pada 7 Oktober ini di samping seorang calon Bebas.

Umno bertanding mempertahankan kerusi ini yang diwakilinya sejak merdeka. Kerusi ini berada dalam Parlimen Bentong yang diwakili DAP.  Kerusi DUN ini pernah diwakili mantan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Dato Sri Di Raja Adnan Yakob selama enam penggal berturut-turut sejak 1986. Tahun 1999 beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang.

Ternyata Pelangai merupakan kubu kuat Umno, tetapi dengan perkembangan politik semasa tambahan ‘Gelombang Hijau’ yang melanda seluruh negara khasnya di kawasan-kawasan Melayu, DUN ini yang punya 74.19 peratus pengundi Melayu berdaftar dijangka melihatkan pertandingan sengit antara BN dan PN. PRK N.36 Pelangai: Ayuh beri undi untuk perubahan!
(ii) Beras, k'jaan yang bengong tangani, orang lain disalahkan, kenapa?

Kata YB Andansura Rabu:Ada orang nak letak beban kegagalan kerajaan di bahu saya. Tak apa, saya jawab.
Pertamanya, kalau kerajaan betul-betul prihatin kepada rakyat, pastikan bekalan beras dan barangan keperluan lain mencukupi dan tersedia di pasaran. Pastikan seluruh lapisan masyarakat ada akses.
Bukan hanya di kanopi-kanopi Jualan Rahmah di sesetengah tempat, untuk hanya sebilangan ahli masyarakat. Bukan meminta rakyat beratur, berebut mendapatkannya. Bukan siapa cepat dia dapat.

Keduanya, kenapa pula siri jualan murah barangan keperluan begitu ditumpukan di DUN Pelangai sekarang ini? 

Jualan Rahmah, Jualan Makmur diadakan dari satu kawasan ke satu kawasan selang beberapa hari.

Adakah ia betul-betul kerana rasa prihatin kepada rakyat yang kian terbeban dengan kos sara hidup atau strategi memancing undi? 

Saya ulang! Kalau benar-benar prihatin, pastikan bekalan mencukupi di seluruh negeri dan kadar harga diurus sewajarnya. Bagi saya itulah konteks dan tafsiran sebenar sebuah negeri yang makmur dan kerajaan yang rahmah.

Ketiga, sebelum ini Pusat Khidmat DUN Beserah usahakan program bakul asnaf. Kami manfaatkan sedikit peruntukan yang diterima untuk beri perhatian kepada masyarakat kurang bernasib baik selain untuk tujuan-tujuan kepentingan awam lain.

Yang gaji tak banyak, yang sakit terbaring, yang anak ramai, yang susah. Untuk pastikan dapur mereka ada bekalan makanan. Untuk ringankan beban perbelanjaan mereka.

Kira-kira dua tahun, lebih 200 keluarga seluruh DUN Beserah dapat manfaat daripada program ini. Kami belanjakan sekitar RM10,000 ke RM12,000 sebulan untuk biayai program ini. Sekarang terpaksa dihentikan. Dah hampir setahun. Kenapa? 
Sekian.







Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/10/jom-berubah-jangan-biarkan-dap-dibalik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Glimpse Into How Dap Has Radicalised M Sian Chinese To Topple Mca Hate Umno But Now

A Glimpse Into How Dap Has Radicalised M Sian Chinese To Topple Mca Hate Umno But Now

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 184 hits
FORMER MCA vice president Datuk Ti Lian Ker has expressed intrigue with the sudden absence of the greedy mood within the Chinese community that once led to the coining of despicable phrase apa lagi Cina mahu which incarcerated former premie...
Mantap Betul Kit Siang Sucikan Umno Selepas Jadi Rakan Dap Kj

Mantap Betul Kit Siang Sucikan Umno Selepas Jadi Rakan Dap Kj

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 235 hits
agendaily com18 09 2023Khairy Jamaluddin dipecat UMNO ekoran pertembungan dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini disokong DAP Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi sindiran pedas terhadap Tan Sri Lim Kit Siang yang seolah ola...
Isu Petik Al Quran Ulama Umno Pertahan Mp Dap

Isu Petik Al Quran Ulama Umno Pertahan Mp Dap

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 284 hits
HarapanDaily comK PRAGALATH Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mempertahankan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee dari DAP yang kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jena...
Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 213 hits
Mak ayah mana yang tidak panik bila anak mengadu sambil menangis tidak boleh berjalan seperti selalu Apa puncanya Apa sebab anak sakit sampai tak boleh berjalan Pengalaman Dr Redza Zainol yang berdepan masalah sama bila anaknya secara tiba ...
Jom Kawan Kawan Bijak Sana Kita Baca Dan Kaji Jangan Ikut Walaun Malas Membaca

Jom Kawan Kawan Bijak Sana Kita Baca Dan Kaji Jangan Ikut Walaun Malas Membaca

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 207 hits
Ada kawan tanya mana beras tempatan Begini sahabat Keperluan setahun beras negara kita adalah 2 5 juta metrik tan Negara hanya produce 65 atau 1 5 juta metrik tan 1 juta tan lagi kita import Yang 65 tu termasuklah padi huma padi wangi dan b...
Israel Tembak Sekolah Palestin Dap Madani Lanyak Sekolah Agama S Gor

Israel Tembak Sekolah Palestin Dap Madani Lanyak Sekolah Agama S Gor

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 232 hits
Tentera Israel mengiringi murid Palestin menuju ke kelas pada hari pertama tahun baru akademik di sekolah mereka di kampung al Tuwani pada 19 Ogos 2022 Tentera Israel lepaskan tembakan di sekolah PalestinNABLUS Kesemua kelas di sebuah sekol...
Robot Hantar Makanan X Diperalat X Macam Dap Madani

Robot Hantar Makanan X Diperalat X Macam Dap Madani

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 181 hits
Ali Kashani di samping robot penghantaran makanan yng kini beroperasi di Los Angeles Amerika Syarikat Robot selamatkan diri diculik tangkap penculikLOS ANGELES Dua lelaki yang cuba menculik robot di bandar raya ini mendapati ia bukan sekada...
St12 Biarkan Aku Jatuh Cinta Chord

St12 Biarkan Aku Jatuh Cinta Chord

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 168 hits
Am G C Dm E Am E7 Mata ini indah melihatmu Dm Am E Rasa ini rasakan cintamu Am E7 Jiwa ini getarkan jiwamu Dm E Jantung ini detakkan jantungmu F G Dan biarkan aku padamu F E Menyimpan sejuta Am harapan aku padamu F G Rasa ini tulus padamu F...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian