Jom Jalan Sekitar Miri


Miri yang juga adalah bandar pesisir pantai di Sarawak menyaksikan kepelbagaian etnik dan budaya unik, di samping lokasi indah yang boleh anda kunjungi. Jelita telah berkesempatan melihat sekitar bandar Miri bersama Marina ParkCity dan Miss Grand Malaysia 2019 baru-baru ini. 
Marina ParkCity adalah township yang menghadap Laut China Selatan dengan pelan induk 550 ekar. Mereka berusaha mengembangkan pusat bandar Miri bagi menjadikannya kawasan untuk semua. Ia dibahagikan kepada empat daerah; Waterfront, Riverpark, Cityfront dan Market. Setiap satunya dibangunkan dengan ciri unik yang menyumbang kepada urbanisasi Miri. Sempena dengan Tahun Melawat Sarawak 2019, ini adalah tempat yang mesti anda kunjungi saat berpergian ke Miri.
Miri Times Square Disiapkan sepenuhnya pada 2018, Miri Times Square merangkumi pejabat, unit SOHO dan kedai. Ia direka dengan begitu sistematik dan menggabungkan landskap mendamaikan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah, menjamu selera, berhibur malah bekerja di sini. Lokasinya juga mudah diakses dan selamat.

Baru-baru ini seramai 24 peserta akhir Miss Grand Malaysia 2019 telah membuka tirai kepada arca berbentuk LOVE di Miri Times Square. Marina ParkCity juga bersama-sama Miss Grand Malaysia 2019 telah ke rumah kebajikan di Miri bagi menyumbangkan cek sumbangan. Ia dilakukan sebagai sebahagian daripada sumbangan Marina ParkCity kepada masyarakat tempatan, dengan penglibatan gadis anggun yang ingin dekatkan diri dengan Miri.

Marina Bay Menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong berdekatan Laut China Selatan yang terdiri daripada kawasan komersil dan tempat riadah. Di sini juga menempatkan pangkalan khas tempat kapal layar dan bot berlabuh.

Coco Cabana Tidak sah kunjungan ke Miri tanpa pergi ke Coco Cabana yang sangat mendamaikan jiwa. Di sini anda boleh menikmati pemandangan laut indah bertemankan angin yang menyapa lembut. Selain itu, terdapat juga lokasi untuk anda mengisi perut yang lapar dengan seleksi makanan tempatan yang mengujakan selera.

Marina Square Marina Square I dan Marina Square II telah memenangi SHEDA Excellence Award untuk outstanding Commercial (shop office) pada 2014 dan SHEDA Excellence Award untuk outstanding Commercial (shop office) pada 2016. Lokasi ini memiliki banyak pilihan kedai yang boleh anda dapatkan pelbagai keperluan seperti makanan dan sebagainya. Ia juga dibangunkan dengan kemudahan meletakkan kenderaan yang banyak.

Miri Central Park Satu lagi lokasi pilihan untuk anda menghabiskan masa beridah bersama keluarga dan yang tersayang. Taman yang luas ini direka khusus untuk orang ramai ambil angin, berjalan, jogging, mengayuh basikal dan sebagainya berlatarkan landskap indah. Ia turut menjadi lokasi untuk seisi keluarga melakukan aktiviti berkelah, selain tempat berlangsungnya pelbagai acara budaya, perayaan dan hiburan tempatan.

Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh melawat banyak lagi tempat menarik yang lain seperti Pantai Tusan, Miri Handicraft Centre dan Pasar Tamu Muhibbah, selain mendapatkan aneka juadah enak tempatan contohnya Laksa Sarawak, Mi Kolok dan sudah tentu Kek Lapis yang menjadi kegemaran ramai!
The post Jom Jalan Sekitar Miri appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herinspirasi.com/gaya-hidup/jom-jalan-sekitar-miri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Hadir Himpunan Penyatuan Ummah Pahang

Jom Hadir Himpunan Penyatuan Ummah Pahang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 900 hits
Admin dapat jemputan ni dari sahabat sahabat di Pahang Dengar katanya ramai juga yang akan hadir di program Himpunan Penyatuan Ummah Pahang kali ini Kalau ikut pertimbangan boleh la pergi Pergi pun bukan ada sebab lain Tapi sekadar nak meli...
Buffet Ramadhan 2019 Jom Iftar Di Lugar De La Boda Puchong

Buffet Ramadhan 2019 Jom Iftar Di Lugar De La Boda Puchong

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1141 hits
hai assalammualaikumBuffet Ramadhan 2019 Di Lugar De La Boda PuchongBuffet Ramadhan 2019 Di Lugar De La Boda Puchong Ok kali ni nad pergi preview Buffet Ramadhan jauh sikit dari rumah ye hehee Salah satu tempat yang korang boleh berbuka nan...
Buffet Ramadhan 2019 Shah Alam Jom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam

Buffet Ramadhan 2019 Shah Alam Jom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1096 hits
hai assalammualaikumBuffet Ramadhan 2019 Shah Alam Jom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah AlamJom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam Selain berbuka puasa di rumah kita mesti akan mencari tempat sesua...
Jom Menang Usd20 000 Dengan Bakat Fotografi Anda Bersama Huawei

Jom Menang Usd20 000 Dengan Bakat Fotografi Anda Bersama Huawei

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 314 hits
Anda rasa anda berbakat dalam fotografi Ini peluang anda untuk buktikan yang bakat anda mampu mencabar ribuan yang lain dalam pertandingan HUAWEI The post appeared first on
Jom Pekena Kopi Ais Kaw

Jom Pekena Kopi Ais Kaw

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 1423 hits
Kopi ais kaw Siapa yang suka minum kopi Angkat tangan Cik Rose nak tengok sikit hihi Jangan tanya Cik Rose Jawapannya mestilah suka Segala macam kopi Cik Rose minum jer Kopi o kopi susu nescafe o nescafe cappucino latte mocha Eh semualah Ya...
Jom Makan Kembali Semula Di Rangkaian Hotel Hilton Sempena Ramadan

Jom Makan Kembali Semula Di Rangkaian Hotel Hilton Sempena Ramadan

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 882 hits
Jika anda ingin menikmati pengalaman berbuka dengan sajian autentik dan tradisional serantau di Hilton Garden Inn Desa Millenia Puchong Selangor tersedia hidangannya Bermula 13hb Mei hingga 31hb Mei Hilton Garden Inn menjemput pelanggan unt...
Mat Dan Jom Tengok Mat Dan Main Honor View20

Mat Dan Jom Tengok Mat Dan Main Honor View20

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 256 hits
Images will be inserted as a gallery Sempat juga Mat mencuba kamera HONOR View20 dan menjumpai satu fungsi hebat Bagi kamera yang resolusinya menjangkau 48 megapiksel ini tentunya gambar yang dirakam hebat hebat belaka Kalau tak cay
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Kerjasama Pas Bersatu Berisiko Terburai

Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan