Jom Goreng Telur Dengan Kulat Sisir
Pagi semalam semasa masuk ke Pasar Tanah Merah, Kelantan tertengok longgokan kulat sisir ni. Zaman kini kulat sisir pun diimport dari Thailand. X tahu bila la Kelate ni boleh membekalkan produk pertanian sendiri kpd penduduknya. Rasanya kalau Thailand berhenti mengeksport hasil2 pertanian ke Kelate mahu x leh makan kami semua.
Cerita pasal kulat sisir ni.... Ia mengingatkan kenangan saya semasa zaman kanak2 dulu apabila selalu tolong arwah ma kutip kulat sisir yang banyak tumbuh kat batang pokok getah yang tumbang, terutamanya selepas musim hujan. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan'. Bila bawak pulang arwah ma saya akan goreng dengan telur jer. Makan dengan nasi panas! Alangkah nikmatnya....
Tapi sekarang ni nak jumpa kulat sisir kat kampung saya ni susah sikitlah... Teringat saya semasa bertugas di SMK Ayer Lanas, Jeli dulu. Ada pelajar yang menjual kulat sisir ni pada guru2 sebab kawasan tersebut dipenuhi dengan kebun getah. Jadi memang senang la nak jumpa kulat sisir ni.
Berbalik pada cerita kulat sisir goreng bersama telur ni. Versi keluarga Abam Kie ni kami buat macam omelette atau telur dadar seperti gambar kat atas tu. Tapi kat atas tu nampak mcm murtabak pun ada. Hehehehe... Tapi hari ini Abam Kie nak berkongsi resepi kulat sisir goreng telur ala scrambled egg gitu! Kedua2nya sedap belaka. Jangan risau. Jom ikuti tutorial masakan Abam Kie hari ini?
Bahan-Bahan:
1 tin susu kulat sisir4 ulas bawang merah dihiris2 ulas bawang putih dihiris1/2 labu bawang besar dihiris4- 5 biji cili padi - dipotong kecil5 biji telur ayamGaramGula
Serbuk perasa
Cara-Cara Membuatnya:
Rendam kulat dengan sedikit air dan garam untuk membuang kotoran. Basuh 2/3 kali. Perah dan toskan.
Bahan2 yang perlu disediakan.
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan kulat dan goreng sehingga air kering.
Masukkan cili padi dan bawang besar,garam,gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul sedikit.
Kacau rata biarkan semuanya mesra dan tungga sehingga telur masak.Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sedap dimakan time panas2...ratah gitu jer pun sedap.
Sumber: http://mamamiasanasini.blogspot.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2020/01/jom-goreng-telur-dengan-kulat-sisir.html