Jom Explore Inovasi Terkini Dari Taiwan Di Taiwan Excellence Archidex 2019
Rasa macam dah lama tak jejakkan kaki ke mana mana 'exhibition'. Kalau dulu, suka melayan hobi ayah jalan jalan hujung minggu ke PWTC dan KL Convention Centre untuk tengok exhibition yang menarik. Ya, ayah iols memang begitu ya. Tidak dibawak kitorang ke shopping mall, tapi dibawa nya pergi exhibition yang unik unik. Tapi kitorang suka dan yang bagusnya banyak input menarik yang kitorang dapat
Setelah sekian lama tak visit mana mana exhibition, minggu ni aku pilih untuk ke ARCHIDEX 2019 bertempat di KL Convention Centre. Archidex ni singkatan kepada "International Architect , Interior Design & Building Exhibition 2019, Malaysia" dan ianya menampilkan banyakkkkk jenama kecil dan besar, baru dan lama yang showcase kan pelbagai inovasi terbaru mereka
Tapi dalam banyak banyak tu, aku tertarik untuk ke Hall 8, di pavilion Taiwan Excellence. Kalau sebelum ni aku dah pernah pergi mini exhibition Taiwan Excellence di Plaza Low Yat, [ Taiwan Excellence Hi-Tech Week di Plaza Low Yat Padat Dengan Produk Inovasi dari Taiwan ] so kali ni aku follow rapat dan nak tahu apa lagi inovasi terbaru daripada Taiwan yang diorang bawa ke Archidex 2019.
Taiwan Excellence ialah tanda produk inovatif dan berkualiti tinggi dari Taiwan yang dipilih berdasarkan pelbagai kriteria ketat termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) , reka bentuk, kualiti produk dan model pemasaran. Taiwan Excellence memasuki sesi ke-27 tahun ini dan telan membina reputasi kukuh dan label yang dipercayai seluruh dunia sejak dikenalkan pada tahun 1992
Ada 21 syarikat pengilang dari Taiwan yang mengambil bahagian dan menampilkan 60 produk kesemuanya. Tapi 2 dibawah ni antara produk yang menarik perhatian aku
Buder Water Dispenser BD-3219
Sekarang kan ada banyak jenama water dispenser yang ada di pasaran. Setiap daripada nya mesti cuba memberikan satu kelainan. Sama la juga macam jenama Buder ni. Apa yang aku suka tentang water dispenser ni ialah design nya yang cantik dan orang kata "aesthetically pleasing" . Letak je dekat mana mana sudut di dapur, mesti nampak kemas, cantik dan elegan. Water dispenser ni pula fully automated menggunkan 'touch screen'. Dekat display tu, lengkap dengan semua details termasuk
Temperature DisplayCalendarLanguage setting/ Sound adjustmentHot water safety lockIndicator : menandakan jika ada error
Tank untuk menyimpan air pun menggunakan material stainless steel berkualiti daripada Jepun, makanya ia lebih tahan lama dan kekerapan nak bersihkan ganti filter pun kurang. Maksudnya, kos untuk maintenance lagi rendah. Bab penggunaan elektrik pun sangat rendah, jadi takde la bil api melambung
Tank capacity : Hot 5L; Ambient 3L, Cold 1.7LDimension : 28 x 51 x 55 cm
Medical level #316 stainless steel heating tank.Stainless steel heating tube, safer drinking.Efficiently cooling water.R134a Eco-friendly refrigerant, improving the quality of living and international image of company.Double protection with 2 thermostats: WAKO ( Japanese Brand )Hot water Tank flame insulation , UL Approved (The USA Standard)Disposable filter (Healthier drinking)Quick changing design filter, make changing easier.
TUMA Flow2 One Plus+ AHR
Inovasi kedua yang aku berkenan ialah TUMA Flow2 One Plus+ AHR ni. Ini ialah inovasi "air exchanger" yang pertama di Malaysia. Biasa kita dengan air purifier kan? Ha ini lebih daripada sekadar air purifier. Very functional dan aku rasa setiap rumah bagus kalau ada satu
Sebenarnya, udara dalam rumah boleh jadi agak tercemar dan merbahaya untuk kesihatan, lagi lagi bila pengaliran udara tu kurang. Untuk mendapatkan udara yang segar dan sihat di dalam ruang rumah, kena lah pastikan yang jumlah carbon dioxide dan oxygen itu cukup. Biasanya perasan tak kalau kita tidur lama lama dalam aircond, pintu dan tingkap pula tak buka, bila bangun mesti rasa lemau, letih dan pening kepala padahal tidur dah cukup. Itu disebabkan kerana kekurangan oksigen dan terlebih pula carbon dioxide.
So cara TUMA Flow2 One+ AHR ni berfungsi ialah dengan cara :
Nonstop air exchange operation.Menapis dan menyegarkan udara sambil buang udara kotormeningkatkan jumlah oksigen
Selain daripada menyegarkan udara dalam rumah, ianya juga bantu untuk singkirkan bau bau masam hapak & tak best dalam rumah korang. VOC activate carbon filter lah yang bantu tolong menyekat pembiakan bakteria yang menghasilkan bau busuk.
Design pun canggih dan fully control menggunakan remote. Boleh show & hide display kalau rasa malam malam menyala teranga sangat. Penggunaan elektrik pun rendah. So jimat
Aku rasa, untuk rumah bekeluarga yang ada anak kecik, atau pun ada bela haiwan peliharaan tu lagi laa highly recommended untuk dapatkan satu Tuma Flow2 One Plus+ AHR ni. Okay lah, nak bincang dengan Hilmi dulu kot kot boleh angkat satu hehe
3 July 2019 - 6 July 2019 | Taiwan Excellence Pavilion @ Hall 8 , KL Convention Center
Ada banyakkk lagi inovasi hebat dari Taiwan untuk korang explore di Taiwan Excellence @ Archidex 2019 ni. Masih sempat lagi untuk kesana harini. Pameran sebenarnya dah bermula dari 3 July haritu dan tamat pada hari ini 6 July 2019. (10 pagi - 7malam) . Jadi siapa siapa yang nak pergi tu, boleh terus ke KL Convention Center dan naik ke Hall 8. Tapi sebelum tu, jangan lupa daftar online dulu untuk dapatkan akses masuk. Jangan risau, percuma sahaja
Daftar di https://archidex.com.my/registration/
Laman rasmi: https://www.taiwanexcellence.org/myLaman Facebook: https://www.facebook.com/TaiwanExcellence.MYLaman Instagram: https://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2019/07/jom-explore-inovasi-terkini-dari-taiwan.html