Jom Daftar Untuk Dapatkan Suntikan Vaccine Covic 19
Salam to all readers,
| Jom Daftar untuk Dapatkan Suntikan Vaccine Covic 19! | Seperti semua sedia maklum vaccine Covic-19 sudah pun mendarat ke Malaysia baru-baru ini. Setelah setahun lebih juga kita semua struggle untuk mencegah Covic-19 ini akhirnya kini vaccine dah pun sampai. Vaccine ini diberi kepada semua secara berperingkat, orang utama yang akan mendapat suntikan vaccine sudah semestinya frontliner yang mengadap pesakit hari-hari dan tidak terkecuali barisan ahli parlimen. Tak kisahlah siapa dulu, sama-sama kita mendaftarkan diri untuk dapatkan suntikan vaccine.
Vaccine ini ada banyak jenis di seluruh dunia. Malaysia guna vaccine jenis prfizer. Another types termasuklah Covaxin, Covishield (AstraZeneca), Moderna dan banyak lagi. Setiap vaccine ini dihasilkan oleh company dan research institusi yang berbeza-beza. Kalau di India, mereka gunakan Vaccine jenis Covishield (Viral vector) yang dihasilkan oleh AstraZeneca. Manakala di Malaysia, gunakan vaccine pfizer (mRNA) dimana ia dihasilkan oleh Pfizer-BioNtech.
Apa beza kedua jenis vaccine ini? Dua-dua ada perbezaan ya, pfizer gunakan messenger RNA manakala Covishiled pula guna viral vector. Cara penyimpanan pun berbeza. Di India dorang ambil Covishiled ini sebab mereka yakin boleh handle dengan cara penyimpanan vaccine ini.
Info ini apa yang aku baca dari twitter seorang doktor @Dr Wani. Dia kongsikan pengalaman ambil suntikan vaccine di sana.
Boleh refer infografic berkenaan suntikan vaccine.
Dalam pada kita semangat bersatu hati ada juga segelintir masyarakat yang anti vaccine covic-19, iaitu AEFI. Kalau dulu tak pernah-pernah antivaccine pun tiba-tiba sekarang nak tolak vaccine covic-19 pun ada juga. Orang lain duk menyebarkan status berangkai dalam group hebahkan untuk tolak vaccine kita pun ikut tolak pun ada juga. Tambah-tambah group mak pak dekat ulu.
AEFI ini kesan sampingan lepas kita ambil vaccine. Ianya bergantung kepada antibodi dan imunisasi badan setiap orang. Tapi ianya bukan kesan sampingan yang hih level la. Kita bagi contoh bayi yang baru lahir setiap bulan kena bawa pergi klinik check up dan diberi suntikan. Cucuk anak tiap-tiap bulan dekat klinik, kadang-kadang ada budak lepas kena suntikan balik demam, ada juga kadang-kadang elok cergas. See, ia semua bergantung kepada imunisasi badan kita sendiri. Insyallah benda baik dipermudahkan.
Kenapa kita patut ambil vaccine Covic-19? Guys, kita dah struggle hampir setahun setengah, takkan tahun ini kita nak hidup macam tahun lepas sehingga hujung tahun? Kalau badan kita dah berjangkit dengan covic19 ini kita tak perlu pun ambil vaccine sebab badan kita dan immune dengan virus tersebut. Itu pasal korang nampak orang yang kuarantin dengan MAEPS tu boleh duduk katil rapat-rapat. Sebab mereka dah tak boleh nak menjangkiti dan terjangkiti sesama mereka. Tambah badan mereka dah says hello to Covic-19. Kalau virus ini datang balik pada mereka takde isu.
Boleh percaya ke dengan suntikan vaccine Covic-19 ini? Lepas suntuk terus virus hilang? Dalam masa setahun je dah dapat vaccine? BIar benar? Tak dinafikanlah, memang susah pakar-pakar nak come out with cure. Lagi virus baru ini. Nak dapatkan keberkesanan 99%-100% tu makan masa, bukan setahun maybe lebih dari 3 tahun untuk dapatkan betul-betul yang mujarab. Sanggup ke kita nak tunggu lagi? Berapa lama kita nak hidup macam ini. Berapa ramai orang hilang sumber pendapatan, hilang kerja, mangsa kematian makin banyak, tanam pun ahli keluarga tengok dari jauh? Nak ke kita hadap benda ini sehingga berlarutan?
Vaccine Covic-19 ini hanya mencegah bukanlah merawat secara menyeluruh. Jadi, aku seru pada mereka yang diluar sana ayuh pakat-pakat register untuk dapatkan vaccine Covic-19 ini di apps MySejahtera. #KitaJagaKita
CARA MENDAFTAR UNTUK DAPATKAN VACCINE COVIC-19
Log in aplikasi MySejahtera. Klik pada pautan Vaccine Covic-19 seperti gambar dibawah.
Pastikan nama, NRIC nombor, contact nombor korang adalah betul seperti yang tertera di NRIC.
Klik "Confirm" Jawab kaji selidik sikit, soalan yang ditanya korang ada apa-apa penyakit. Nanti korang kena masukkan juga kediaman sekarang dekat mana. Untuk trace kita punya kedudukan. Setelah selesai YEAHHH... korang berjaya mendaftarkan diri
Sungguhpun kita punya giliran tak tahu bila, just daftarkan diri dulu. Jom sama-sama kita tumpaskan Covic-19 bersama-sama. #KitaJagaKita.
Come onn guys, hero kita yang berjuang hari-hari pun dah ambil. Janganlah kita sia-siakan masa, jom sama-sama mendaftarkan diri. Siapa belum daftar, cepat daftar sekarang!
Thank you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/02/jom-daftar-untuk-dapatkan-suntikan.html