Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack Friends Di Sunway Lagoon
Hi semua..
Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak pergi bercuti ke mana. Well kenapa tak datang saja ke Sunway Lagoon? Ha sempena musim cuti sekolah sekarang, banyak aktiviti menarik sesuai dengan karakter adik-adik comel bermain air selain dapat bersuka ria sepanjang hari di taman tema air terbesar di Malaysia ni.
Off course BBL sendiri baru je balik dari Sunway Lagoon siang tadi. Amboi gigih terus update entri nak share dengan anda. Seronok dapat try hampir ke semua game special sewaktu school break & krismas ni. Bermula 23 November hingga 31 Disember 2019 ni pastinya lebih meriah & seronok dapat bersama Captain Quack & Friends iaitu Lady Quack, Bani the Sun Bear, Zola the White Lion, Mico the Pygmy Marmoset, Patches the Miniature Horse, Ara the Leopard serta Mimi & Mimo sempena Christmas Sea-Sun!
8 Aktiviti Menanti Adik-Adik!
Selain main air kat Suft Beach, ada beberapa aktiviti menanti pengunjung cilik terutamanya. Ha BBL sendiri sempat try Water Zorb Balls ala-ala Wipe Out gitu. Seronok amat dapat tergolek dalam bola gergasi tu. Bukan tu je, ada lagi benda best boleh anak anda cuba termasuk
🌟 Cupcake Decoration Workshop
🌟 Savings The Magical Stones
🌟 Hop Scotch
🌟 Giant Soapy Bubbles
🌟 Kiddie Paddle Boat
🌟 Take Home Garden
🌟 Acro-BATS
🌟 Water Zorb Balls
Water Zorb Balls
Kiddie Paddle Boat
Cupcake Decoration Workshop
Face Painting
Giant Soapy Bubbles
Hop Scotch
Sand Art
Acro-BATS
Savings The Magical Stones
Tak cukup tu je.. ada lagi aktiviti best akan menghiburkan para pengunjung termasuk persembahan maskot Captain Quack & Friends, Carnival Circus Special, ATV Stunt Show, Viral Load, Beach Party & banyak lagi la. Mesti meriah amat kawasan beach nanti. Aduh tak sabar nak datang main air.
Captain Quack & Friends Show
Wipeout Beach Party
ATV Stunt With Ara
Bila dah seronok main game itu ini mesti perut rasa lapar kan. Indulge diri anda & seisi keluarga dengan menu kombo istimewa krismas di Beach Bistro serendah RM16 sahaja. Confirm kenyang lepas tu boleh sambung main lagi aktiviti lain.
Set A & Set B
waktu panas tengahari memang syok minum coconut shake
Promosi Harga Tiket Masuk Sunway Lagoon
Jangan risau mak ayah sekalian kerana sepanjang cuti sekolah hujung tahun ni pihak Sunway Lagoon ada offer harga tiket masuk dengan harga cukup berbaloi dengan pembelian online kat website - https://sunwaylagoon.com/ticketpromotions. Rugi kalu tak grab promotion special nie.
Pakej FAMFun RM 482 (NP: RM 744)
🌟 Tiket masuk untuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak
Pakej 4 To Go RM 532 (NP: RM 808)
🌟 Tiket masuk untuk 4 dewasa
*sah hanya untuk pembelian online dengan kad pengenalan SAHAJA
Nak beli tiket masuk je pun boleh. Beli online dapat diskaun RM5 tau. Jimat sikit duit anda.
Tiket masuk Sunway Lagoon 🌟 Dewasa RM 138🌟 Kanak-kanak RM 113
Ha best tak..apa tunggu lagi beli tiket masuk Sunway Lagoon hari ini & suruh mak ayah apply cuti! Jom dan nikmati pengalaman Best Day Ever bersama family dan kawan-kawan. Detail boleh terus klik www.sunwaylagoon.com atau telefon +603 5639 0000.
BBL dah sudah! sekarang turn korang pulak..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/11/jom-cuti-sekolah-bersama-captain-quack.html