Jom Cuba Resipi Telur Bistik Simple Sedap Macam Dekat Restoran


Tercari-cari resipi lauk yang sedap dan cepat dimasak? Bistik Telur perkongsian saudara Wan LuQman ni antara menu terbaik yang boleh anda cuba hari ini. Resipinya sangat ringkas tetapi rasanya memang membuka selera. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan, waduh…enaknya. Jom masak-masak. Selamat mencuba!
CARA MASAK TELUR BISTIK SEDAP MACAM DEKAT RESTORAN

BAHAN TELUR:
Daging atau isi ayam
1 ulas bawang putih – tumbuk
Sos lada hitam secukupnya – beli online disini
Sos tiram – jika perlu – beli online disini
2 biji telur gred A @ B
2-3 sudu air sejuk
Secubit garam
BAHAN SOS:
5 sudu makan sos cili – beli online disini
3 sudu makan sos tomato – beli online disini
1 sudu teh kicap sotong / sos ikan – beli online disini
1 sudu makan sos labu – beli online disini
1 biji bawang putih – tumbuk
1 helai daun limau purut
Hirisan cili dan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali bersesuaian.

2. Tumis bawang putih. Bila sudah garing sikit, masukkan hirisan daging.

3. Perasakan daging ikut cita rasa anda. Boleh letak sos lada hitam sahaja. Kalau letak sos tiram pun ok jangan banyak sangat tau nanti masin.

4. Bila daging sudah masak, angkat dan ketepikan supaya sejuk dulu.

5. Bila daging sudah sejuk, masukkan dalam telur yang telah dipukul. Masa nak pukul telur tu masukkan 2-3 sudu air sejuk dan secubit garam.

6. Panaskan minyak, bila dah panas tuangkan telur tadi. Tuang tinggi sikit untuk dapatkan telur yang kembang.

7. Bila telur sudah separa masak, balutkan macam dalam gambar. Goreng sampai telur garing dan rangup di sekeliling.


8. Untuk sos, tumiskan bawang putih.

9. Masukkan kesemua sos yang diperlukan.

10. Masukkan sedikit air ikut keinginan kita nak kuah banyak mana. Kemudia masukkan sos labu. Sos labu ini bertindak sebagai pewarna. Dia akan menghasilkan warna merah yang sangat cantik.

11. Masukkan kicap sotong.

12. Masukkan juga bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Jangan terlalu pekat ya.

13. Letak hirisan daun limau purut untuk wangikan kuah. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto kalau nak, emngikutr cita rasa masing-masing. Kuah mesti ada rasa manis dan masam.

14. Taung kuah di atas telur yang digoreng tadi.

15. Hiaskan dengan hirisan cili, daun bawang dan taburkan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wan LuQman
 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis. Simple Je Tapi Sedap

Sedapnya. Resipi Asam Laksa Sedap Ala-Ala D’laksa Yang Sangat Mudah

Resipi Chocolate Raisin Bun Sangat Lembut & Sedap

Resepi Cinnamon Roll Homemade Mudah & Sedap. Guna 4 Bahan Je

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
 




 
The post Jom Cuba! Resipi Telur Bistik Simple Sedap Macam Dekat Restoran appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/12/jom-cuba-resipi-telur-bistik-simple.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Tomato Simple Tapi Sedap Macam Dekat Kenduri

Cara Masak Tomato Simple Tapi Sedap Macam Dekat Kenduri

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 218 hits
Bila sebut nasi tomato ni mesti terbayang sekali lauk ayam masak merah dan acar nenas Memang gabungan yang lengkap bila buat nasi tomato Kalau anda teringin nak makan nasi tomato yang dimasak sendiri boleh cuba resipi yang dikongsi Hidayati...
Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari Sedap Rupanya Buat Macam Ni

Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari Sedap Rupanya Buat Macam Ni

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 327 hits
Pucuk daun kari biasanya dipetik dan dimakan sebagai ulam namun jarang melihat ia dijadikan sebagai kerabu Sangat sedap dan memberikan aroma yang enak Menerusi perkongsian saudari Nurul Nadzirah rupanya pucuk kari ni boleh dijadikan kerabu ...
Resipi Ayam Goreng Sedap Sebijik Macam Makan Di Ikea

Resipi Ayam Goreng Sedap Sebijik Macam Makan Di Ikea

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 374 hits
Anda dan anak anak penggemar sajian Ayam Goreng Nah Resipi yang satu ni tentunya anda harus cuba Resipi Ayam Goreng ala Ikea perkongsian saudari Nurul Ateekah ni katanya sangat sedap dan hampir sama dengan rasa ayam yang dibeli di restoran ...
Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

Pedas Tapi Sedap Resipi Nasi Goreng Sotong Paling Best Memang Patut Cuba

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 319 hits
Nasi Goreng Sotong perkongsian saudara Wan LuQman ni nampak sangat sedap dan mudah disediakan Bahan bahannnya cukup mudah Bagi anda yang suka sangat makan nasi goreng resipi ni adalah salah satu yang perlu anda cuba Memang membuka selera Ta...
Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis Simple Je Tapi Sedap

Resepi Telur Bungkus Letak Isi Ayam Tumis Simple Je Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 332 hits
Telur bungkus berinti isi ayam tumis antara lauk mudah dan menjadi kegemaran ramai Bahan bahannya sangat ringkas namun sangat enak Kalau ke kedai makan menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan Terasa nak makan tengahari dengan me...
Resipi Chocolate Cream Jimat Satu Resipi Boleh Guna Untuk Buat Macam Macam

Resipi Chocolate Cream Jimat Satu Resipi Boleh Guna Untuk Buat Macam Macam

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 240 hits
Krim coklat chocolate cream memang pelbagai guna dan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai hidangan seperti inti roti donut bomboloni kek jem dan lain lain MAlah jika dimakan bersama roti sandwich pun sangat membuka selera Anak anak p...
Resipi Ayam Goreng Pedas Rangup Ala Korea Salut Cheese Padu Sedap Sungguh

Resipi Ayam Goreng Pedas Rangup Ala Korea Salut Cheese Padu Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 244 hits
Sesekali bosan dengan nasi apa kata anda makan ayam goreng seperti dalam drama Korea untuk sajian anak anak Layan makan depan televisyen di malam hari Lagi lagi sedap disalut keju padu Lagi layan anak anak makan Resipi ringkas tetapi sedap ...
Resipi Mudah Ringkas Untuk Kek Coklat Tanpa Telur

Resipi Mudah Ringkas Untuk Kek Coklat Tanpa Telur

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 254 hits
Anda nak buat kek coklat tapi telur habis pula kat dapur Jangan risau masih boleh buat kek coklat tanpa telur Cara buat pun mudah je dan sedap hasilnya Resipi yang dikongsi Sabarina Saad ini sesuai juga untuk mereka yang ada alahan dengan t...
Resipi Nasi Air Thai Sajian Bubur Nasi Kuah Sup Panas Sedap

Resipi Nasi Air Thai Sajian Bubur Nasi Kuah Sup Panas Sedap

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 261 hits
Nasi Air Thai memang enak dan sangat mengenyangkan Ringkas sahaja hidangannya namun rasa memang sedap Sedikit berbeza dengan sajian nasi biasa kerana ia dihidangkan bersama kuah sup serta bahan bahan sampingan yang lain Nasi Air Thai ini se...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa