Jom Buat Begedil Dengan Abam Kie
Assalamualaikum. Siapa yang tidak suka begedil ayam? Dari kanak-kanak sampai orang dewasa menyukai begedil. Begedil tersedia dalam pelbagai macam jenis, antaranya begedil kentang, begedil tauhu dan begedil jagung
Ada pula yang membuat begedil daging ataupun begedil ayam
Begedil ayam dibuat dengan mencampurkannya dengan whipped potato atau kentang tumbuk. Begedil boleh dimakan sebagai camilan atau dimakan bersama soto dan apa-apa makanan berkuah sup. Makan begedil ayam dengan cili api atau sos cicah lagi sedap, tau
Bahan-bahan untuk membuat begedil juga sangat senang didapatkan dan tidak leceh. Cara memasak begedil pula sangat simple dan tidak memakan masa. Anda boleh cuba membuat begedil dirumah dan hidangkan kepada keluarga anda. Sila cuba resepi ini
Resepi Begedil Ayam Sedap Sangat!
1 kg kentang
3 tangkai daun sup diracik halus
3 tangkai daun bawang1 sudu besar lada sulah (lada putih) ditumbuk halus
2 sudu besar bawang goreng (boleh tambah ikut suka)
lebihan lauk ikan dan ayam yang ditumbuk halus* garam secukup rasa
* telur secukupnya
* minyak untuk menggoreng
Cara Memasak Begedil Ayam
1. Kupas kentang, potong dan goreng hingga empuk
2. Kemudian tumbuk kentang selagi panas. Sebab kalau tumbuk bila sejuk kentang akan jadi keras dan susah ditumbuk
3. Lebihan lauk ikan dan ayam disiat-siat lalu ditumbuk separa halus
4. Gaulkan semua bahan kecuali yang bertanda *5. Tambah perasa ikut selera sendiri
6. Mula membentuk begedil mengikut citarasa sendiri. Biasanya berbentuk bulat datar
7. Akhir sekali, celupkan begedil yang sudah dibentuk ke dalam telur yang sudah dipukul dan dibubuh sedikit garam
8. Goreng dalam minyak yang panas dan penuh
Mudahkan cara memasak begedil dengan menggunakan lebihan lauk ayam dan ikan? Inilah cara Abam Kie untuk mengelakkan pembaziran. Kadang2 Abam Kie siat2kan je lauk lebih tu dan dicampur ke dalam nasi goreng! Hidup mesti kreatif dan innovatif, kan? Selamat mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2019/10/jom-buat-begedil-dengan-abam-kie.html