Jom Bakar Bakar Daging Cam K Drama Ini 7 Tempat Bbq Korea Halal Di Sekitar Lembah Klang
Jom Bakar-Bakar Daging Cam K-Drama! – Ini 7 Tempat BBQ Korea Halal Di Sekitar Lembah Klang
Makan bersama rakan-rakan dan keluarga telah menjadi satu rutin dalam kehidupan bukan?
Image via GIPHY
Kadang-kadang bukan nak makan sangat, cuma nak mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga semasa sedang makan. Lagi-lagi kalau makan steamboat atau BBQ, pasti lebih seronok, time inilah nak uji keakraban antara keluarga atau rakan-rakan.
Buat peminat K-drama, mesti terliur kan setiap kali tonton drama Korea muncul makanan Korea yang sedap dan BBQ yang mempunyai pelbagai daging yang fresh? Jangan risau, anda tidak perlu travel ke Korea sebab Malaysia pun ada geng. Daebak kan?
1. SeoulNami Korean BBQ, Kuala Lumpur
Image via @faraaaeats (Instagram)
Image via @foodieboykl (Instagram)
Image via @seoulnamikoreanbbq (Instagram)
Teringin nak bakar-bakar daging macam dalam K-drama kan? SeoulNami menawarkan pelbagai jenis daging untuk anda nikmati bersama keluarga tersayang. Paling best, anda memang akan terasa seperti makan BBQ di negara Korea.
Dengan cara masakan Korea asli, memang takkan menyesal. Anda boleh cuba Korean Born-in Short Rib, Beef Rib Fingers dan Spicy Baby Octopus. Bestseller!
Alamat:
SeoulNami, The Gardens Mall
SeoulNAmi, KL East Mall
Waktu operasi:
Setiap hari (11 pagi hingga 10 malam)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
2. Sweetree Restaurant, Ampang
Image via @lifecruiserme (Instagram)
Image via @imansfood (Instgram)
Image via Iluminasi
Paling popular disini sudah semestinya Korean BBQ, daging yang dipanggang semuanya lembut dan tidak liat. Memang perfect.
Bukan setakat itu, anda juga boleh pesan ayam Korea yang disalut dengan keju. Rasa rangup dan enak pasti membuatkan anda rasa tak cukup. Suasana restoran yang selesa juga penting untuk para pelanggan. Jom datang weekend ni guys!
Alamat:
L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang, Selangor
Waktu operasi:
Setiap hari (11.30 pagi hingga 10 malam)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
3. Supreme Barbeque Club, Ampang
Image via @sorayaz.m (Instagram)
Image via @fitrifathil_ (Instagram)
Image via Eat Drink KL
SBC bukan saja ada daging yang pelbagai variasi, malah mereka juga menawarkan makanan laut yang fresh seperti salmon, udang, sotong dan sebagainya. Peminat seafood mesti minat dan happy kalau datang kedai ini.
Malas nak BBQ? Kat sini juga ada pelbagai makanan Korea ala carte yang boleh dipesan bersama. Confirm berbaloi dan kenyang seharian.
Alamat:
20, Persiaran Ampang,
Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Setiap hari (10 pagi hingga 12 malam)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
4. Kung Jung Korean Restoran, Kuala Lumpur
Image via @kung_jungkorean (Instagram)
Image via @kung_jungkorean (Instagram)
Image via The Yum List
Nak rasa autentik masakan orang Korea? Inilah dia tempatnya. Menariknya, restoran ini mempunyai menu makanan Korea yang autentik. Rasa memang sedap, portion pun banyak. Side dish Korea yang dibuat fresh setiap hari memang power. Daebak!
Alamat:
Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana (PNB Darby Park)
Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Isnin hingga Sabtu (11.30 pagi hingga 2 petang, 5.30 petang hingga 9.30 malam)
Tutup setiap hari Ahad.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
5. Da On Fine Korean Cuisine, Bukit Bintang
Image via @aikodiamond (Instagram)
Image via @syaarosly (Instagram)
Image via Trip Advisor
Da On Fine Korean terletak di dalam Pavilion Kuala Lumpur. Walaupun harga makanannya agak mahal, tetapi rasa dan suasana di sini memang seperti makan di hotel 5 bintang. High class!
Terdapat macam-macam jenis daging yang telah dimarinate, anda tinggal pesan mengikut cita rasa. Seafood pun ada. Tak suka nak BBQ, tidak mengapa, ada juga set makan tengahari yang berbaloi.
Alamat:
Pavilion Lot 6 . 40 . 00, 168,
Bukit Bintang St, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Setiap hari (11 pagi hingga 9 malam)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
6. HAN Modern Korean Grill, Kuala Lumpur
Image via @thermiemakes (Instagram)
Image via @eatisya (Instagram)
Image via @han.malaysia (Instagram)
Sebelum ini dikenali sebagai HAN WA DAM. Tempat ini sememangnya sangat selesa dan selamat untuk BBQ. Tidak panas jangan risau! Tawaran menu yang menarik, pelbagai hidangan disediakan terutamanya side dish. Perkhidmatan daripada staf juga tidak mengecewakan, mereka boleh grillkan daging untuk anda. Best kan?
Kalau datang masa promosi, boleh dapat kira-kira RM80 hingga RM90 untuk seorang makan. Dapat banyak daging pula tu!
Alamat:
First Floor, Menara Hap Seng,
1, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur,
50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat (11.30 pagi hingga 2.30 petang, 5 petang hingga 10 malam)
Sabtu (5 petang hingga 10 malam)
Tutup setiap hari Ahad.
Klik sini untuk info lebih lanjut.
7. Onsemiro, The Intermark
Image via @peasantfood.my (Instagram)
Image via Vision KL
Restoran ini merupakan restoran paling mahal antara yang lain kerana ia merupakan restoran fine-dining. Suasana yang selesa dan kualiti makanan yang bagus sememangnya berbaloi. Ramai yang mengatakan makanan di sini sedap-sedap belaka.
Alamat:
The Intermark Mall,
Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat,
50400 Kuala Lumpur
Waktu operasi:
Setiap hari (10.30 pagi hingga 8 malam)
Klik sini untuk info lebih lanjut.
Tunggu apa lagi? Jom weekend ni ajak kawan-kawan atau family makan sama-sama. Lagi ramai lagi baru syok! :D-Seismik
Jom Bakar-Bakar Daging Cam K-Drama! – Ini 7 Tempat BBQ Korea Halal Di Sekitar Lembah Klang
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU
Khairy mengaku guna 4 jin
Zul Yahya Tampil Bersuara Isu KJ Nak Susahkan AntiVaksin – ‘Mereka Bukan Penjenayah Atau Pengganas’
Perjanjian dimeterai antara Kerajaan Negeri Johor dengan British boleh diubah
The post Jom Bakar-Bakar Daging Cam K-Drama! – Ini 7 Tempat BBQ Korea Halal Di Sekitar Lembah Klang appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/18/jom-bakar-bakar-daging-cam-k-drama-ini-7-tempat-bbq-korea-halal-di-sekitar-lembah-klang/