Jojo Biodata Lengkap Atlet Termuda One Championship
Jojo Biodata Lengkap : Atlet Termuda One Championship
Nama Jojo terus harum melangkah sebagai atlet termuda dalam sukan Muay Thai mewakili Malaysia ke pentas Ultimate Fighting Championship (UFC).
Di usia 16 tahun tahun, beliau telah mendapat kontrak bersama ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM460,000) dan merangkul tali pinggang kejuaraan setelah berjaya melepaskan pukulan knockout (KO) terhadap lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, juara dunia Muay Thai dua kali di Stadium Lumpinee.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa “Jojo”.
Baca juga:
Biodata Azizulhasni Awang
Biodata Khairul Aming
Biodata Lamine Yamal
Latar Belakang Johan Ghazali
Kredit: Instagram @johanghazali_
NamaMuhammad Johan Ghazali ZulfikarNama PanggilanJojo, Johan, Johan GhazaliTarikh Lahir14 November 2007PekerjaanPetinju Muay Thai NegaraKetinggian170 cmBerat Badan60 kgTempat LahirSarawakPendidikanSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ST Thomas, KuchingAkaun Media SosialInstagram @johanghazali_
TikTok @johanghazali
Kehidupan Peribadi
Jojo mempunyai darah kacukan Malaysia, Indonesia dan Jepun dari sebelah bapa, dan Amerika Syarikat dari ibunya. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik beradik yang kesemuanya merupakan atlet Muay Thai.
Bapanya adalah SAC Zulfikar Ghazali yang kini adalah Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching. Manakala ibunya pula adalah Jennana Johnson yang juga terlibat dalam sukan Muay Thai pada usia 16 tahun.
Kedua-dua ibu bapa Jojo juga dilihat cukup komited menumpukan kepada pembangunan sukan Muay Thai di Sarawak. Jojo kini mewakili Kelab Muay Thai Rentap di Sarawak dengan bimbingan jurulatih, Addy Singpayak.
Kredit: Instagram @johanghazali_
Kredit: IG mikipapa_
Kredit: IG mikipapa_
Kerjaya & Profesional
Sejak umur 10 tahun lagi, Jojo telah memulakan latihan Muay Thai secara serius. Beliau menempah beberapa kejayaan awal di Malaysia tetapi beliau menggugurkan lima pertarungan Muay Thai pertamanya apabila beliau mula menyeberangi sempadan untuk bersaing di Thailand.
Pertarungan keenamnya di negara itu mengubah arah hidupnya. Beliau menang dan tidak pernah menoleh ke belakang, akhirnya mendapat peluang untuk bersaing di ONE Friday Fights, siri acara promotion’s weekly Asia primetime itu.
Sejak itu, beliau telah mendominasi pertandingan tersebut, dengan meraih empat kemenangan berturut-turut untuk memperoleh kontrak AS$100,000 yang diidamkan bersama UFC.
Beliau memikat peminat dengan gaya pertarungan yang tangkas. Sebaik loceng permulaan berbunyi, Jojo akan terus mengasak dan menumbangkan lawan.
Pencapaian Jojo
Jojo pernah bertarung dalam 7 perlawanan. Dalam 7 perlawanan tersebut, 6 kali beliau menang manakala 1 kali kalah ketika menentang juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
LawanNegaraKeputusanAcaraMasaTarikhPadetsuk FairtexThailandMenangONE Friday Fights 616 saat24 Februari 2023Tai Sor Jor Piek UthaiThailandMenangONE Friday Fights 181 minit 37 saat26 Mei 2023Samurai SeeopalThailandMenangONE Friday Fights 253 minit14 Julai 2023Temirlan BekmurzaevRusiaMenangONE Friday Fights 362 minit 43 saat6 Oktober 2023Edgar TabaresMexicoMenangONE Friday Fights 1736 saat8 Disember 2023Nguyen Tran Duy NhatVietnamKalahONE 1673 minit7 Jun 2024Josue CruzMexicoMenangONE 1683 minit6 September 2024
Pencapaian Terbaik
Juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA di Petaling Jaya (Ogos 2022).
Menumpaskan juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dalam penampilan sulung aksi Primetime US, ONE Championship (Disember 2023).
Ditawarkan kontrak bernilai US$100,000 (RM 470,100) oleh ONE Championship.
Dengan rekod kemenangan 5-0 termasuk empat menerusi kiraan knockout (KO) sepanjang saingan musim lalu, Johan turut diangkat sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.
Kini, Jojo memang rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699) selepas menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver.
Kredit: IG ONE Championship
Jojo Bertemu Idola “Khabib Nurmagomedov”
Kredit: Instagram @johanghazali_
Pada 29 September lalu, lagenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov datang ke Malaysia bersempena dengan acara ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’.
Dalam acara itu, Johan Ghazali (Jojo) juga dijemput sebagai tetamu khas. Khabib yang memegang rekod sebagai juara kelas lighweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0 ini juga turut mempelawa Jojo untuk berlatih di pusat latihannya di Republik Dagestan, Rusia, sekiranya atlet muda itu nanti mahu beralih ke sukan MMA pada masa hadapan.
Juara lightweight UFC itu menyifatkan Jojo sebagai salah satu ‘pejuang’ terbaik dan mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet muda itu dalam kariernya, khususnya dalam aksi perlawanan ONE Championship.
Fakta Menarik Mengenai Jojo
Jojo merupakan cucu kepada bekas Panglima Angkatan Tentera dan Pengerusi New Straits Times Press, Allahyarham Tan Sri Ghazali Che Mat
Adik Jojo, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (Mika) mendapat pingat emas dalam acara Muay Thai di Sukma Sarawak 2024
Beliau memiliki kebolehan berkomunikasi dengan lancar dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan juga dialek Sarawak, negeri tempatnya menetap
Tahniah Jojol! Semoga kejayaan saudara menjadi motivasi dan inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana yang berminat menceburi sukan Muay Thai sekaligus dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Sumber:
Instagram @johanghazali_
About Johan Ghazali. One Championship
Origins Of A Prodigy: Get To Know Teen Muay Thai Sensation Johan Ghazali Ahead Of His U.S. Primetime Debut. One Championship
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/jojo/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jojo