Joielle Baby Vco Set Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif
Joielle Baby VCO Set |
Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif
Haa.. hari tu TB ada share tentang produk Joielle Baby ni kan? Produk yang berasaskan bahan semulajadi yang sesuai untuk kulit bayi samada kulit normal mahupun sensitif. Haa.. Ingat tak? kalau tak ingat, boleh baca kat sini yea ---> Rangkaian Produk Penjagaan Bayi Joielle
Kali ni TB nak share tentang rangkaian produk Joielle Baby juga tapi dari set lain iaitu Joielle Baby Vco Set pulak. Sama macam produk-produk bayi yang lain, Joielle Baby Vco Set ni terdapat losyen bayi, krim bayi dan mandian bayi. Baunya sangat lembut dan harum je.. Suka TB dengan bau lembut dari Joielle Baby Vco Set ni..
Set yang TB ada ni set untuk travel.. comel sangat dan mudah nak bawa travel.. ni nak raya ni boleh la TB sumbat aje dalam beg sebab saiznya yang kecil dan comel ni tak jadi hal lah nak simpan.. guna ruang yang kecil je untuk selit set ni..
Haa.. Korang nak tengok apa ada dalam Joielle Baby Vco Set ni? meh tengok dan baca seterusnya yea.. TB suka sangat tengok label pada packaging semua produk Joielle Baby ni.. Nampak kemas dan comel je kan..
Mandian Bayi / Joielle Baby Bath
Bahan yang terkandung dalam mandian ini seperti Aloe Vera, Vitamin E dan juga Ekstrak Minyak Kelapa Dara menjadikan kulit si manja lebih lembap sepanjang hari. Dan paling penting ia bebas dari bahan kimia berbahaya
Cara Guna :Basahkan badan bayi dengan air bersih. Letakkan Joielle Baby Vco Bath di telapak tangan dan gosok sehingga berbuih. Sapukan buih mandian ini di seluruh badan. Bilaskan dengan air bersih
Krim Bayi / Baby Cream
Selepas mandi dengan Joielle Baby Vco Bath , korang boleh sapukan Joielle Baby Cream pada seluruh badan bayi korang, krim ni sangat bagus kerana ia juga diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari Minyak Kelapa Dara. Kebaikan krim bayi ini dapat mengurangkan kemerahan kulit yang berpunca daripada ruam. So, kalau ada masalah kulit kering pun sesuai digunakan
Boleh digunakan sekerap mana pun supaya dapat melegakan kawasan yang bermasalah. Amat sesuai digunakan pada setiap hari. Tekstur krim pun ringan dan melembutkan kulit bayi
Cara penggunaanSapukan krim bayi dekat bahagian badan si manja anda yang kelihatan kering dan mempunyai kulit mengelupas
Losyen Bayi/ Baby Lotion
Yang ni pulak, lotion bayi yang berasaskan dari bahan-bahan semula jadi yang diuji secara klinikal. So tiada masalah untuk bayi yang berkulit sensitif untuk guna produk ni.. Lotion ini bertindak melembapkan kulit bayi dan mudah meresap ke dalam kulit, so ia dengan mudah boleh mengurangkan tanda kekeringan kulit.. bau pun wangi tauu.. TB pulak yang suka.. hahaha.. krim ni selain mudah meresap dalam kulit ia juga tak melekit.. syok je pakai.. eh.. mamanya yang pakai ke baby yang pakai.. haha..
Cara Guna :Lapkan badan bayi sehingga kering. Letakkan sedikit losyen bayi mengikut keperluan. Sapu dan urutkan di seluruh badan si manja
Haaa.. jom kita tengok apa kebaikan Joielle Baby Vco Set ni.. Mesti ibu-ibu diluar sana tercari-cari produk yang sesuai untuk bayi korang yang berkulit sensitif.. korang boleh cuba ni.. insyaAllah.. berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kering dan ruam..
Kebaikan Joielle Baby Vco Set
Meredakan ruam bayi Mengurangkan kulit berpanau Meredakan ruam bayi Merawat masalah kulit keringMerawat masalah kulit ekzema Mengurangkan kegatalan kulit Melembapkan kulit Mengurangkan rekahan pada kulit
Untuk order :
FACEBOOK
INSTAGRAM
WEBSITE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tengkubutang.com/2019/05/joielle-baby-vco-set-sesuai-untuk-bayi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29