Keputusan Indius Guna Belon Sebab Bayi Kurang Gerak Selamatkan Baby Boy 4 15kg


Bersalin menggunakan kaedah indius kadangkala digeruni ibu-ibu. Tapi pengalaman ini sebaliknya. Proses bukaan serviks menjadi cepat dan mudah.
Indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan dan cara mekanikal.
Ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya. Indius adalah salah satu pilihan bagi doktor yang sudah mengambil kira tempoh menunggu memberikan risiko yang tinggi kepada ibu dan bayi berbanding risiko indius.

Perkongsian ibu ini tentang pengalamannya melahirkan menggunakan kaedah indius belon (Foley balloon cathether) mendapat perhatian warganet. Ia menjadi langkah penyelamat yang tepat untuk melahirkan bayi dalam kandungan yang kurang bergerak. Bayi juga agak besar saiznya iaitu seberat 4.15kg. Berikut perkongsian Puan Syahirah Dedy berkongsi prosedur indius yang dilaluinya semasa  melahirkan anak sulung.
Saya nak share pengalaman saya bersalin dengan cara induce belon. Since ramai yang tertanya-tanya macam mana induce belon. Just sharing. Saya selamat melahirkan seorang baby boy dengan berat 4.15 kg.
MASUK WAD KERANA BAYI KURANG PERGERAKAN
Saya admit wad sebab rasa baby kurang gerak. Pukul 2.40 petang saya ke hospital. Check bukaan baru 2 cm. So doc decide utk admit kan saya ke wad.
INDIUS BELON, PADA AWALNYA RASA SEPERTI SENGGUGUT
Keesokan hari nya baru lah saya kena induce belon pukul 8 pagi. Awalnya saya takde rasa sakit sangat pun. Just rasa macam senggugut sikit-sikit sahaja.

BANYAK BERJALAN
Saya bawak banyak berjalan. Tak berhenti. Berhenti bila rasa lenguh je. Sebab nurse kata belon hanya akan berfungsi bila kita banyak berjalan.
MALAMNYA SAKIT SANGAT
Lepas saya solat Maghrib, baru terasa contraction yang melampau. Sakit tak tahu nak cakap. Pukul 10 saya jumpa nurse, minta cabut belon, sebab rasa sakit sangat-sangat. Tapi nurse tak bagi. Kena tunggu 24 jam juga kata nya.
MASA KETUK KETAMPI BELON JATUH
Pukul 2.30 pagi, saya terasa nak mandi. Saya pun mandi lah, pakej ketuk ketampi dalam toilet. Tiba2 belon jatuh. Terkejut sangat. Macam tu rupanya rasa belon jatuh. Saya senyum seorang diri sebab rasa sakit hilang sekejap. 

LEPAS BELON JATUH BUKAAN 7CM
Saya pun bawak lah belon tu jumpa nurse. Lepas tunjuk kat nurse, check bukaan dah 7cm. Kelam-kabut nurse tolak ke labour room.
TAK SAMPAI 40 MINIT 
Tak sampai 40 minit di labour room, lahirlah baby boy saya. Alhamdulillah. Lepas baby keluar, hilang rasa semua sakit. Saya doakan semoga urusan ibu-bi yang nak bersalin pun dipermudahkan.
Puan Syahirah yang dihubungi Pa&Ma memberitahu dia langsung tidak menjangka bayi dalam kandungannya seberat 4.15kg. Sepanjang kehamilan dia tidak mengalami sebarang komplikasi.
TAK JANGKA BAYI SEBESAR INI
“Alhamdulillah sihat. Bayi pun tak jangka sebesar tu. Sebab last scan berat baby 3.55 kg je,” katanya.
Ibu ini juga turut berpesan kepada ibu lain agar tabah dan reda. “Pesanan saya, ibu hamil bertabah dan redalah sekiranya doktor decide untuk induce. In shaa Allah, Allah dah memang ciptakan perempuan memang kuat luar dan dalam.
“Semua perempuan mesti boleh lalui. Takde proses bersalin yang langsung tak sakit. Semua pun sakit. Setiap orang lalui proses yang berbeza-beza. Takpe, lepas nampak muka baby mesti hilang sakit. In shaa allah, Aaminn,” katanya.
PROSES INDIUS Pa&Ma juga ingin berkongsi tentang jenis-jenis cara indius yang digunakan untuk mencetuskan kelahiran.
Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau peralatan.
Ubat-ubatan Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.
-Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
-Oxytocin/ pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Peralatan Sweepe  & strecth (S&S)
Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuban bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.
Amni hook
Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.
Foley balloon cathether
Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.
Sumber: Syahirah Dedy 
The post Keputusan Indius Guna Belon Sebab Bayi Kurang Gerak, Selamatkan Baby Boy 4.15kg appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/keputusan-indius-guna-belon-sebab-bayi-kurang-gerak-selamatkan-baby-boy-4-15kg/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Awak Boleh Tunggu Baby Tak Boleh Tunggu Fetal Distress Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

Saya Awak Boleh Tunggu Baby Tak Boleh Tunggu Fetal Distress Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 474 hits
Situasi cemas saat kelahiran boleh terjadi bila bila masa Fetal distress misalnya adalah masalah bayi yang stres akibat oleh kekurangan darah atau oksigen Fetal distress lazimnya terjadi ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri T...
Alif Satar Rasa Pelik Isteri Sedang Hamil Asyik Melawa Adakah Pembawaan Baby Boy

Alif Satar Rasa Pelik Isteri Sedang Hamil Asyik Melawa Adakah Pembawaan Baby Boy

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 396 hits
Perubahan pada insan yang disayang semestinya akan diketahui pasangan Yang pasti sebagai orang paling rapat suami atau isteri pasti akan perasan Apatah lagi ketika hamil Berbeza dari sebelum ini Pelakon penyanyi dan pengacara popular Alif S...
Joielle Baby Vco Set Penjagaan Bayi Dengan Khasiat Minyak Kelapa Dara

Joielle Baby Vco Set Penjagaan Bayi Dengan Khasiat Minyak Kelapa Dara

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 678 hits
Sebelum ini pernah ana terbitkan mengenai set lengkap penjagaan bayi dan kanak kanak Joielle Baby ni di SINI kan namun kita kena tahu yang bukan semua bayi sesuai dengan mana mana produk Jadi kena lah ada pengkhususan khas untuk bayi yang a...
Lutut Ibu Diangkat Ke Kepala 4 Tangan Nurse Tolak Baby Cemasnya Lahirkan Bayi 3 8kg Tanpa Jahitan

Lutut Ibu Diangkat Ke Kepala 4 Tangan Nurse Tolak Baby Cemasnya Lahirkan Bayi 3 8kg Tanpa Jahitan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 677 hits
Detik bersalin setiap ibu berbeza Bahkan bagi seorang ibu setiap anak ada kisah kelahiran yang tersendiri Bersalin secara normal bagi ibu yang mempunyai ketinggian kurang daripada 148sm bayi mungkin berisiko tersangkut bahu Namun bagi ibu y...
His Room Is Ready Netizen Puji Macam Bilik Pengantin Cantiknya Bilik Tidur Baby Boy Anzalna

His Room Is Ready Netizen Puji Macam Bilik Pengantin Cantiknya Bilik Tidur Baby Boy Anzalna

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1163 hits
Suami isteri mana yang tak teruja menanti kelahiran anak pertama Begitu juga bagi Anzalna Nasir dan suaminya yang bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi Teruja dengan kelahiran ini aktres cantik ini sudahpun mempersiap...
Joielle Baby Vco Set Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif

Joielle Baby Vco Set Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 371 hits
Joielle Baby VCO Set Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit SensitifHaa hari tu TB ada share tentang produk Joielle Baby ni kan Produk yang berasaskan bahan semulajadi yang sesuai untuk kulit bayi samada kulit normal mahupun sensitif Haa Ingat tak...
Masa Bayi Lap Gusi Gigi Pakai Kain 14 Bulan Baru Guna Berus

Masa Bayi Lap Gusi Gigi Pakai Kain 14 Bulan Baru Guna Berus

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 462 hits
Penjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi Buka bila tumbuh gigi baru nak mula Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak kanak Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas Menurut Pegawai Pergi...
Bilik Baby Boy Dah Siap Bila Bila Masa Rumah Anzalna Akan Bunyi Tangisan Baby

Bilik Baby Boy Dah Siap Bila Bila Masa Rumah Anzalna Akan Bunyi Tangisan Baby

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 532 hits
Hanya menunggu hari saja untuk bertemu dengan buah hati baru nampaknya Anzalna Nasir dah mula tak sabar dan teruja untuk menimang bayi lelaki Berkongsi kegembiraan itu Anzalna telah menyiapkan satu bilik khas buat anak sulungnya dengan deko...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash