Johnson S Memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut
JOHNSON'S® produk bayi pilihan no 1 para Ibu di Malaysia kini telah menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON'S® baharu dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang
JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut
gambar kredit : PropaRangersJOHNSON'S® yang baharu adalah bukan sekadar proses proses formulasi semula, tetatpi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON'S® secara keseluruhan dari perspektif pengguna atau ibu bapa. Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini selama 125 tahun berkatian kulit bayi dan sains pengeluaran" - Prashant Mahalingam, Pengarah Negara untuk Pengguna, Johnson & Johnson, Malaysia
JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih LembutPilihan bahan yang bermanfaat: JOHNSON'S telah memilih setiap bahan dalam rangkain ini dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperolehi secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral
Perubahan pada Johnson's Baharu untuk para ibu bapa membuat pilihan bagi kesayangan mereka:Pilihan bahan yang bermanafaat: setiap bahan di uji dan telah menolak lebih 400 bahan ketika proses formulasi. 50% bahan dikurangkan dengan minyak yang diperoleh dari minyak kelapa dan biji kapas untuk menggantikan minyak mineral. mengandungi 0% paraben ftalat, sulfat dan bahan pewarna.
Wangian yang direka untuk ibu dna bayi : Johnson's bukan sahaja mengekalkan bau haruman ikoniknya tetapi mencipta wangian supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM)
Bungkusan mesra ibu bapa: botol Johsons's baharu dilengkapi dengan pam yang direka untuk memudahkan dengan menggunakan satu tangan
Produk direka untuk setiap peringkat dan umur ayi : Johnson's bukan sahaja membersihkan dan melembapkan tetapi setiap formulasi yang khusus untuk anak yang baru lahir hingga usia 6 tahun. Rangkaian yan gmenampilkan 4 umur dan peringkat baig membantu ibu bapa memilih produk untuk anak mereka
JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih LembutJOHNSON'S CottonTouch "Top-to-Toe" Bath dan Face & Body Lotion Serba Baharu Kulit bayi baru lahir berbeza daripada kulit orang dewasa. Kulit bayi baru lahir kehilangan kelembapan dua kali lebih cepat berbanding kulit orang dewasa. Kulit bayi tidak memiliki faktor kelembapan yang tinggi dan selalunya mudah kering dalam keadaan yagn tidak dijangka. Oleh kerana kulit kering menyebabkan kegatalan dan membolehkan bakteria dan alergen menembusi kulit dengan mudah, bayi baru lahir memerlukan pembersih dan pelembap yagn paling lembut untuk melindungi lapisan kulit
Sentuhan merupakan asas kepada perkembangan deria bayi baru lahir dan para saintis dan pakar penjagaan bayi JOHNSON'S® mendapati bahawa pengalaman berbilang deria yang kaya dan bermanafaat pada beberapa tahun permulaan kehidupan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap perkembangan bayi yang gembira dan sihat. Manfaat sentuhan bukan sahaja secara jangka pendek malah boleh mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif bayi sepanjang tempoh mereka membesar
Rangkaian JOHNSON'S CottonTouch yang baharu adalah hipoalergenik, formulasi yang ringan serta terbukti dapat menambah baik sentuhan dan interaksi yang positif antara ibu bapa dan bayi mereka. Formulasi yang diadun dengan kapas semula jadi untuk menjadikannya sangat lembut pada kulit telah terbukti secara klinikal sebagai lembut dan selamat mulai hari pertama kehidupan bayi selain menggalakan lebih banyak sentuhan dan interaksi antara ibu bapa dengan bayi. Pembersih dan losen ini dirumuskan supaya mudah dibilas dan ringan tanpa sisa yang melekit supaya ibu bapa dapat memegang bayi mereka dengan sentuhan yang kemas dan yakin
JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut
JOHNSON's Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion
Anak-anak kecil suka merangkak dan berjalan - apabila bayi membesar dan memasuki peringkat anak kecil, mereka mula memiliki kemahiran motor yang membantu mereka meneroka dunia sekeliling. Mereka belajar cara duduk, merangkak dan berdiri sebelum melangkah untuk berjalan buat buat pertama kali. Bayi berusia 12 bulan yang pandai merangkak boleh bergerak sejauh 636 "langkah" sejam pada kelajuan 100m/j dan jatuh lebih daripada 17 kali dalam tempoh masa yang sama. Mulai usia 12 hingga 19 bulan, anak kecil akan berjalan secara purata 2,000 langkah dalam masa satu jam dan bergerak lebih laju dan lebih jauh berbanding bayi yang merangkak. Mereka juga akan jatuh pada bilangan yang hampir sama
Kulit anak-anak akan haus & lusuh dengan serius dalam mereka meneroka dan membesar menerusi aktiviti merangkak, berjalan dan terjatuh. Pada masa yang sama, kulit meraka masih belum berkembang sepenuhnya dan sedang matang secara berterusan. Mengekalkan lapisan kulit dengan selamat adalah penting supaya mereka kekal sihat dan gembira
JOHNSON'S Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion dirumuskan dengan kelembapan dan nutrien yang kaya agar kulit bayi sentiasa terpelihara dan mengekalkan kesuburan kulit semasa mereka sedang membesar. Menerusi gabungan protein susu dengan pelbagai vitamin dan pati beras atau campuran oat berganda tiga yang bermanafaat, rangkaian ini menyediakan khasiat yang lengkap untuk kulit bayi yang lembut dan kering semasa ia membersihkan dan melembapkan. Basuhan dan losen ini sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil yang aktif dengan kulit mereka menjalani kehausan dan kelusuhan setiap hari
JOHNSON'S® memperkenalkan Produk Rangkaian Bayi Terbaharu Yang Lebih Lembut
JOHNSON'S Active Kids Shampoo
Anak-anak Kecil dan Kanak- kanak (3 tahun & ke atas)
Walaupon kulit anak- anak kecil dan kanak-kanak tidak sehalus kulit bayi baru lahir atau bayi berumur satu tahun ke bawah, kulit mereka masih belum sempurna sepenuhnya. Jadi, syampu dewasa adalah tidak sesuai untuk mereka kerana ia mungkin kasar atau terlalu kaya untuk kulit kepala kanak-kanak kecil yang masih lembut
Sebaliknya,anak-anak kecil dan kanak-kanak yang aktif juga memerlukan syampu yang lembut dan berkesan bagi membersihkan kulit kepala dan mengawal rambut mereka teutamanya dalam cuaca panas dan lembab Malaysia yang menyebabkan kita lebih banyak berpeluh
JOHNSON'S Active Kids Shampoo untuk anak-anak kecil dan kanak-kanak dirumuskan supaya lembut berbanding syampu orang dewasa namun masih efektif untuk rambut dan kulit mereka. Rumusan ini memiliki pH yang seimbang dan disokong oleh pediatrik dan terdapat 3 pilihan syampu untuk anak kita
Shiny Drops - mengandungi minyak Argan dan protein sutera untuk rambut yang lembut dan bersinar;Clean&Fresh - dirumuskan dengan teknologi Active Fresh untuk kesegaran yang berpanjangan dan;Soft & smooth - mengandungi madu dan pati gandum untuk rambut yang bekilat dan licin.
Laman Sesawang | Facebook | Instagram
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.umifuzy.com/2019/05/johnsons-memperkenalkan-produk.html