Joe Biden Cabaran Besar Menanti Anda



Tahniah diucapkan kepada Joe Biden kerana berjaya diangkat sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru.
Biden menjadi presiden ke-46, menggantikan Donald Trump yang kalah dalam pilihan raya calon presiden Amerika Syarikat tahun lalu.
Pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020 dilihat sebagai pertandingan paling hangat dalam sejarah negara itu.
Pelantikan Biden bakal membawa banyak perubahan bukan sahaja terhadap pentadbiran Amerika malah di serata dunia.
Sebagai kuasa besar dunia, sudah pasti apa yang berlaku di Amerika bakal membawa kesan kepada seluruh dunia.
Semenjak Donald Trump memegang jawatan presiden pada 2017, banyak dasar keras dilakukannya. Ia bukan sahaja ditujukan terhadap rakyat Amerika malah seluruh dunia.

 
Antara yang menjadi mangsa teruk adalah masyarakat Palestin. Mereka tidak akan dapat lupa apa yang dilakukan oleh Trump terhadap tanah air mereka.
Pada penghujung tahun 2017, Trump mengistiharkan bandar raya Baitulmaqdis sebagai ibu negara mutlak Israel, sekali gus menafikan hak Palestin untuk menubuhkan negara dengan menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Banyak lagi dasar Trump yang terang-terang memihak kepada Israel. Israel seolah-olah menjadi anak emas pentabiran Trump.
Bagaimana pula nasib masyarakat Palestin pada zaman Biden?
Ramai menjangkakan dia akan meneruskan dasar Barack Obama (2009–17) dengan memastikan kewujudan dua buah negara merdeka iaitu Palestin dan Israel yang hidup aman antara satu sama lain.
Persoalan akan timbul, adakah Biden akan menarik kembali segala dasar keras Trump terhadap Palestin termasuk menarik kembali pengiktirafan terhadap status Baitulmaqdis sebagai ibu negara mutlak Israel?
Selain konflik Palestin-Israel, Biden juga bakal mewarisi banyak dasar keras antarabangsa Trump seperti isu pembangunan senjata nuklear Iran, konflik Korea Utara-Korea Selatan, perang perdagangan Amerika Syarikat-China serta isu dengan negara-negara jirannya seperti Mexico dan Kanada.

Demi kestabilan dunia
Tidak terkecuali penglibatan Amerika Syarikat dengan badan–badan antarabangsa seperti Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Biden juga perlu melihat kembali penglibatan Amerika terhadap isu alam sekitar yang banyak diabaikan pentadbiran Trump.
Biden perlu melihat kembali penglibatan Amerika Syarikat dalam isu kesihatan global selepas pengunduran negara itu daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beberapa bulan lalu.
Sebelum Biden melihat kembali kepada semua dasar antarabangsa Trump, dia terlebih dahulu perlu menyelesaikan segala masalah dalam negaranya ketika ini.
Antara isu segera yang perlu diberi perhatian oleh Biden adalah dengan membendung penularan virus Covid-19.
Penularan Covid-19 di Amerika Syarikat adalah yang paling teruk dalam dunia. Sikap tidak acuh Trump telah menyebabkan ramai rakyat Amerika menjadi mangsa jangkitan virus terbabit.


 
Biden juga perlu meredakan konflik perkauman antara kaum kulit putih dan kulit hitam yang tercetus beberapa bulan lalu selepas peristiwa pembunuhan seorang warga kulit hitam George Floyd pada Mei lalu.
Walaupun Amerika banyak melayan masyarakat antarabangsa dengan keras selama ini melalui segala dasar luar mereka, namun atas dasar kemanusiaan, masyarakat antarabangsa tidak harus membalas dendam.
Masyarakat antarabangsa harus memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan Biden bagi memastikan Amerika pulih.
Sebagai sebuah kuasa besar dunia, kestabilan Amerika penting bagi kestabilan seluruh dunia.

DR MUZAFFAR SYAH MALLOW ialah pensyarah kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

The post Joe Biden, Cabaran Besar Menanti Anda appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/21/joe-biden-cabaran-besar-menanti-anda/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=joe-biden-cabaran-besar-menanti-anda

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Bijak Bagi Joe Biden Untuk Mengubur Pencapaian Manis Donald Trump Atas Korea Utara

Tidak Bijak Bagi Joe Biden Untuk Mengubur Pencapaian Manis Donald Trump Atas Korea Utara

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 271 hits
Kebijakan Amerika Serikat atas Korea Utara di bawah kepemimpinan Joe Biden yang akan datang masih menjadi teka teki Sejauh ini Biden belum menunjukkan langkah pasti apa yang akan diambilnya atas sejumlah pencapaian manis Presiden Donald Tru...
Eur Usd Januari 18 Laporan Cot Amerika Sedang Bersiap Untuk Pelantikan Joe Biden Pasukan Pengawal Nasional Dikerahkan

Eur Usd Januari 18 Laporan Cot Amerika Sedang Bersiap Untuk Pelantikan Joe Biden Pasukan Pengawal Nasional Dikerahkan

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 283 hits
EUR USD 1H Pasangan EUR USD terus jatuh pada 15 Januari dan telah jatuh ke tahap pembetulan 127 2 Lonjakan pasangan dari tahap ini akan menyokong mata wang Eropah dan permulaan pertumbuhan baru ke arah garis arah aliran menurun yang menciri...
Menjelang Pau Perangkap Besar Menanti Umno

Menjelang Pau Perangkap Besar Menanti Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 203 hits
MOHD ARIF JUHANITiada apa yang mengejutkan daripada tindakan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub pada 9 Januari lalu apabila beliau dilaporkan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Kalau boleh diberikan sedikit pujian ad...
Awani Ringkas Joe Biden Angkat Sumpah Presiden As Ke 46

Awani Ringkas Joe Biden Angkat Sumpah Presiden As Ke 46

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 272 hits
Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke 46 Permohonan penstrukturan semula MAG diluluskan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FA...
Pasangan Mata Wang Eur Usd 12 Januari Laporan Cot Perasmian Joe Biden Yang Tidak Menarik

Pasangan Mata Wang Eur Usd 12 Januari Laporan Cot Perasmian Joe Biden Yang Tidak Menarik

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 274 hits
Pasangan mata wang EUR USD pada carta 1H Pada 19 Januari pasangan mata wang EUR USD secara terus meningkat dan membuat pengukuhan di atas garis trend menurun Oleh demikian mood pedagang telah berubah dari bearish menjadi bullish dan pertumb...
Joe Biden Dinilai Dapat Dorong Pemulihan Ekonomi Global

Joe Biden Dinilai Dapat Dorong Pemulihan Ekonomi Global

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 279 hits
Anggota Komisi XI DPR RI Puteri Anetta Komarudin menilai kinerja Presiden terpilih Amerika Serikat Joe Biden bersama Wakil Presiden Kamala Harris akan memberi dorongan positif terhadap stabilitas perekonomian global dan domestik yang masih ...
Joe Biden Akan Tandatangani 17 Perintah Eksekutif Batalkan Dasar Pentadbiran Trump

Joe Biden Akan Tandatangani 17 Perintah Eksekutif Batalkan Dasar Pentadbiran Trump

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 228 hits
Ternyata pada hari pertama Joe Biden selaku Presiden Amerika Syarikat di Capitol beliau tidak terus membuang masa apabila mula merancang menandatangani 17 Perintah Eksekutif berhubung fungsi negara AS Untuk makluman Biden dari Parti Demokra...
Ombak Besar Terjang Kawasan Bisnis Megamas Dan Manado Town Square

Ombak Besar Terjang Kawasan Bisnis Megamas Dan Manado Town Square

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 460 hits
Ombak besar menghantam pesisir pantai Manado Minggu sore sampai malam Hal ini menyebabkan air laut masuk dan membanjiri kawasan bisnis Megamas dan Manado Town Square
Anak Lelaki Jep Sepahtu Dah Besar Foto Dikongsi Sari Yanti Raih Perhatian

Anak Lelaki Jep Sepahtu Dah Besar Foto Dikongsi Sari Yanti Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 653 hits
Keluarga bahagia ini seringkali menjadi perhatian peminat apabila Sari Yanti yang turut aktif dilaman Instagram berkongsi aktiviti dilakukan mereka bersama dan terbaharu pelakon jelita ini memuat naik momen mereka berpicnic dirumah Berpicni...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin