Jodoh Untuk Wanita Yang Tidak Cantik



Bukan sedikit anak gadis yang resah menunggu kehadiran jodoh mereka, lebih-lebih lagi apabila umur semakin meningkat. Ketika tumpuan kepada pembelajaran telah beralih kepada pekerjaan, ketika alam belajar berubah ke alam bekerja, perasaan resah itu kian menjadi-jadi. Lazimnya, yang paling terhimpit dengan keresahan seperti ini adalah dari kalangan wanita yang tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa paras. Bahasa mudahnya, tidak cantik.Ada atau tidak jodoh untuk mereka? Itu persoalan yang seringkali menghantui hidup mereka. Apatah lagi apabila melihat teman-teman seusia mereka seorang demi seorang melangkah ke alam rumahtangga. Alangkah bertuahnya mereka, sedangkan diri sendiri semakin hari terasa semakin sunyi. Drama, filem dan novel tidak mampu menyelami perasaan dan hati mereka. Ketika mereka menangis menonton filem dan kisah cinta, mereka sedar yang mereka hanya layak menjadi pemuja, bukan ‘pemilik’ cinta itu. Perasaan iri hati kian hebat menekan jiwa dan sensitiviti mereka.
Akhirnya timbullah persoalan. Sampai bila harus menunggu? Apa yang perlu dibuat untuk mendapatkan jodoh? Kerana diri juga mahu dimiliki, disayangi. Mahu juga bergelar isteri kepada suami dan ibu kepada putra putri yang comel. Soalnya, bagaimana?Ini masalah besar atau kecil? Bagi yang memandang mungkin kecil, tetapi bagi yang menanggung, itulah masalah mereka yang paling besar.
KEYAKINAN DAN PERSEPSI
Sebenarnya, asas penyelesaiannya cukup mudah. Sebagai seorang muslim yang percaya dengan Allah, kita juga percaya dengan segala ketentuan dan kerja Allah. Jodoh, rezeki dan ajal kita telah sekian lama ditetapkan oleh Allah sebelum kita menjejak kaki ke bumi lagi. Saya fikir, semua orang maklum tentang pernyataan ini.
Namun, untuk meyakinkan hati supaya percaya, bukan perkara yang mudah. Lemahnya iman kepada Allah membawa kepada lemahnya keyakinan kepada percaturan Allah. Kita boleh yakin malam ini ada rezeki untuk kita, tetapi kita sukar untuk yakin suatu hari nanti akan ada lelaki datang melamar kita.
Ia soal kepercayaan.
DILEMA ” AKU TAK CANTIK “
Pertama sekali, apabila didatangi bisikan-bisikan hati yang mencetus keraguan, anda harus segera ‘memeriksa’ bisikan tersebut terlebih dahulu dan jangan terus percaya.
Umpamanya, bisikan tentang kemungkinan tidak akan ada calon suami untuk anda. Kemungkinan anda akan kahwin tua, menjadi anak dara tua. Anda tidak cantik. Tiada orang yang mahu menjadikan anda isteri. Dan pelbagai lagi bisikan lain.
Analisa dahulu dan jangan terus percaya.
Contoh : Aku tak cantik, siapalah yang hendak kat aku ni.
Ini keraguan dan bisikan yang paling banyak mengacau gadis dan wanita di luar sana. Sekiranya tidak ditapis, semua bisikan itu akan memberi kesan tidak baik kepada diri anda sendiri. Jadi analisa semula ; benarkah anda tidak cantik?
Benarkah anda sehodoh dan seburuk itu? Benarkah anda tidak laku dan tiada lelaki yang mahu?
Jawapannya : TIDAK.
Jika anda tidak percaya, lihatlah sekeliling anda. Berjuta-juta manusia yang tidak cantik sedang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak mereka. Jika tidak cantik itu menjadi penghalang kepada jodoh, mustahil mereka boleh merasai nikmat berumahtangga.
Kadangkala, anda boleh lihat dengan mata kepala anda sendiri, seorang lelaki yang hensem dan kacak tetapi beristerikan seorang perempuan yang tidak cantik, dan mereka bahagia. Tidak cantik bukanlah bermaksud hodoh seperti hantu. Apa yang saya maksudkan di sini adalah bukan dalam kategori cantik rupawan. Bukan dalam kategori yang mudah menarik perhatian lelaki hidung belang.
Terbukti, yang tidak cantik itu ada jodohnya, bahkan kadangkala hidup mereka jauh lebih bahagia dari si cantik.
AWASI BISIKAN SYAITAN
Maka langkah pertama yang saya sarankan di atas adalah jangan mudah percaya dengan bisikan dan cetusan negatif dari hati anda sendiri. Anda perlu sedar, bahawa apa yang sedang dibincangkan ini sangat berkait rapat dengan soal KEIMANAN  kepada Allah. Iman ertinya percaya dengan yakin. Jodoh juga termasuk dalam soal ini. Kepercayaan dan keyakinan kepada Penguasa seluruh alam, iaitu Allah.
Hendak yakin seperti itu, hati kita kenalah bersih. Kerana iman itu letaknya di dalam hati. Jika sinaran iman kita lemah, pergantungan dengan Allah kurang, maka senanglah syaitan masuk ke dalam hati kita. Syaitan akan berusaha merajai dan mengawal hati kita dengan harapan kita akan berputus asa dari rahmat Allah. Ini memang kerja syaitan sehingga hari kiamat, sepertimana janjinya kepada Allah.
Jika anda berjaya membersihkan hati, dengan cara memperbanyakkan zikir, solat dan membaca Al-Quran, bisikan-bisikan itu tidak akan berjaya mengambil tempat di hati anda. Keyakinan anda kepada Allah akan bertambah kuat. Ketika anda mengharap hadirnya seorang lelaki yang baik untuk anda, pengharapan itu anda sandarkan kepada Allah. Bukan lagi kepada manusia.
Maka dengan itu, insyaAllah anda akan menjadi tenang.
USAHA
Baik, selepas anda melaksanakan step di atas dengan baik dan berusaha keras menjaga hati dari bisikan-bisikan negatif, timbul pula persoalan bagaimana untuk anda berusaha. Benar, sebagai manusia kita tidak boleh hanya bertawakkal semata-mata bahkan perlu disertakan juga dengan usaha. Umpamanya mahu makan nasi. Kita tidak akan kenyang jika hanya duduk bersila di atas katil tanpa membuat apa-apa . Maka di samping keyakinan kita bahawa adanya rezeki untuk kita, keyakinan itu perlulah disertakan dengan tindakan kita keluar bekerja dan mencari rezeki.
Begitu juga dengan jodoh.
Jangan mengharap jodoh akan datang bergolek depan pintu, sedangkan anda berkurung sahaja di dalam rumah. Sebagai wanita, ada caranya untuk anda berusaha bagi mendapatkan jodoh. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa paras dan anda lebih sukar untuk menarik perhatian lelaki.
Wanita cantik, mungkin berbeza keadaannya. Ramai yang beratur untuk mencuba nasib.
Maka dalam soal berusaha ini, anda sebenarnya boleh menggunakan apa sahaja cara dan strategi yang difikirkan perlu, dengan syarat ; ia tidak bercanggah dengan syariat Islam . Antaranya :
1- PERIGI CARI TIMBA
Memalukan. Ini reaksi biasa yang diterima apabila solusi seperti ini cuba diutarakan. Minda masyarakat kita tidak boleh menerima risikan seorang wanita ke atas lelaki. Lelaki yang perlu pergi kepada wanita sebaliknya wanita hanya perlu menunggu kehadiran lelaki.
Sebenarnya, walaupun pihak wanita yang datang merisik pihak lelaki, ini bukanlah suatu keaiban di sisi Islam. Ia cuma dilihat menyalahi adat sahaja. Namun perlu diingat, dalam Islam kita tidak diajar untuk menyusahkan diri dengan karenah birokrasi yang tidak perlu. Maka ambillah adat itu sekadarnya sahaja.
Maka jika pihak wanita yang memulakan terlebih dahulu pun, ia boleh dikira termasuk dalam kategori berusaha dan ia dibolehkan di sisi syarak.
2- MEMBINA KARISMA DIRI
Saya lebih cenderung mencadangkan usaha ini kepada mana-mana wanita yang keresahan memikirkan tentang jodoh. Saya pernah menulis satu artikel bertajuk cantik pada nilaian lelaki yang mana tujuannya lebih kurang sama ; iaitu untuk memberi motivasi kepada wanita di luar sana yang merasakan diri mereka ‘tak cantik’.
Jangan terlalu sugul memikirkan tentang jodoh. Jangan terlalu risau lambat bertemu dengan jodoh. Jangan terlalu dihantui rasa rendah diri, sehingga anda hilang diri anda sendiri! Ini yang paling saya tegaskan.
Anda wajib percaya, bahawa pada sekujur tubuh anda itu, ada seribu satu kelebihan yang Allah berikan pada anda. Cuma, mungkin anda tidak mengetahui kelebihan-kelebihan tersebut kerana anda sendiri tidak kenal diri anda sendiri. Saya ulang, anda TIDAK KENAL diri anda sendiri.
Saya pernah menulis bahawa bagi lelaki, cantik rupa paras itu bukan perkara nombor satu selepas berkahwin. Ini hakikat dalam alam rumahtangga. Maka sepatutnya, isu cantik atau tidak itu jangan anda perbesarkan, sehingga ‘kecantikan’ lain dalam diri anda gagal untuk digilap.
Suatu hakikat yang perlu anda tahu tentang lelaki adalah ; lelaki suka wanita yang karismatik.
Lelaki mudah tertarik kepada wanita yang berani, mampu berdikari, bijak, cerdik, matang, boleh menjadi kawan ketawa dan kawan menangis, memahami, berpandangan jauh, prihatin, pandai memberi sokongan dan pelbagai lagi.
Dan suatu lagi hakikat yang perlu anda segera sedar adalah ; kesemua sifat di atas tidak wujud HANYA pada wanita yang cantik sahaja! Adakah anda sedar?
Anda mungkin tidak sedar jika anda adalah seorang yang sangat suka berangan, gemar menonton cerita cinta Korea dan gila membaca beratus-ratus buah novel cinta. Kenapa? Kerana di dalam ‘dunia’ itu, anda hanya akan melihat watak heroin yang perfect, bahkan very perfect.
Heroin itu seorang yang cantik menawan. Kemudian dia juga seorang yang berbakat, cerdik, pintar, matang, berkarisma, berkaliber dan seribu satu kelebihan yang lain. Manakala kawan kepada si heroin pula biasa-biasa sahaja. Tidak cantik dan tidak banyak kelebihan yang ada.
Watak-watak khayalan inilah yang sedang membutakan anda, dan juga telah berjaya membutakan ramai ‘calon suami’ anda di luar sana. Apabila mahu berumahtangga, ciri-ciri yang dicari pada seorang wanita itu mestilah cantik dan menawan. Kalau tidak, dia akan merasa ‘kalah’ dengan watak di dalam drama dan filem.
Anda juga mungkin begitu jika terlalu percaya dengan cerita yang anda baca atau tonton.
Anda harus segera sedar, bahawa watak dalam filem atau drama itu adalah diri anda. Anda mampu untuk bahagia seperti watak itu. Anda layak untuk didampingi lelaki yang baik, seperti watak itu. WALAUPUN anda tidak secantik heroin dalam filem.
Maka dari situ, anda akan segera bertindak membina karisma dalam diri anda. Jika anda seorang pelajar, anda akan menjadi seorang pelajar yang tip top, bukan yang biasa-biasa. Pencapaian dalam akademik nombor satu. Penampilan anda kemas dan terjaga. Perilaku anda sangat tertib dan menyenangkan siapa sahaja. Penglibatan dalam persatuan, program dan aktiviti sangat cemerlang. Jika dalam program anda adalah pengarah, maka anda dilihat sebagai pengarah yang sangat professional. Jika anda seorang penyelaras program, anda dilihat sebagai seorang yang teliti dan bijak berstrategi. Jika anda di alam pekerjaan pula, anda dikenali sebagai pekerja yang penuh dengan komitmen, bijak mengutarakn idea baru yang bernas, konsisten dalam melaksanakan kerja dan paling utama, akhlak anda menyenangkan semua rakan sekerja.
Sedar atau tidak, anda sedang menjadi perhatian ramai lelaki yang sedang mencari teman hidup mereka. Dan lelaki-lelaki ini, sudah tentu bukan jenis yang hidung belang atau jenis buaya, kerana lelaki jenis itu hanya mementingkan aspek kecantikan rupa paras dalam hidup mereka. Lelaki yang baik akan semakin menghampiri anda, dan semakin anda kelihatan ‘tegas’ dan ‘cemerlang’ , maka semakin tinggilah saham anda di depan mereka.
3- MENJADI DIRI SENDIRI
Tahukah anda, bahawa menjadi diri sendiri itu suatu bentuk usaha? Ramai orang tersilap langkah. Resah memikirkan jodoh yang tidak kunjung tiba, dia berubah menjadi orang lain. Biasanya, mereka ini akan berusaha untuk meningkatkan aspek kecantikan diri, dengan harapan lelaki akan menghampiri mereka.
Daripada seorang anak dara yang tidak pandai bermake-up, dia menjadi anak dara yang make-upnya setebal tiga inci. Bulu kening dinipiskan. Baju yang longgar semakin diketatkan. Tudung yang labuh semakin disingkatkan. Gambar pelbagai pose di uploaddan ditayang di blog dan facebook. Segalanya dibuat semata-mata untuk melayakkan dirinya menjadi gadis terhangat di pasaran.
Ini mengarut.
Jadilah diri anda sendiri. Anda perlu faham bahawa pada diri anda itu ada benda yang boleh diubah dan ada benda yang tidak boleh diubah. Perkara ini perlu difahami sebelum anda meletakkan prinsip : Lelaki perlu terima aku seadanya.
Contoh yang tidak boleh diubah adalah benda-benda yang bersifat fizikal. Ketinggian, warna kulit, bentuk hidung dan sebagainya. Semua ini tidak perlulah anda ubah atau perbaiki. Terimalah itu sebagai diri anda dan lelaki yang baik akan menerima anda seadanya.
Tetapi benda yang boleh diubah perlulah anda ubah. Contohnya cara anda berjalan, cara ketawa, tabiat, sikap negatif dan termasuk juga berat badan (jika anda ada masalah kegemukan). Kesemua ini jika anda enggan ubah, maka janganlah anda sewenang-wenangnya mengharapkan lelaki masuk meminang dan kemudian menerima anda seadanya. Itu sukar.
Anda jenis yang ketawa berdekah-dekah. Ini buruk pada pandangan lelaki. Anda perlu ubah. Anda seorang yang tabiat suka tergedik-gedik atau melatah yang bukan-bukan. Ini perlu diubah. Berat badan juga begitu. Anda tidak menjaga pemakanan dan tidak suka bersenam. Ketika berat badan anda bertambah dan semakin membulat, anda berdegil untuk tidak berusaha mengurangkan berat badan dengan alasan ‘ ini diri aku dan lelaki perlu terima aku seadanya’. Itu konsep yang silap.
Maka, jadilah diri anda sendiri pada perkara-perkara yang haram diubah. Sebaliknya yang wajib diubah, anda perlu terus ubah. Itu tidak dinamakan hipokrit, itu namanya berusaha memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik.
KESIMPULAN
Jodoh untuk manusia adalah suatu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam hal ini, perkara terbaik yang perlu diusahakan adalah meningkatkan keimanan, keyakinan dan pergantungan kepada Allah sepertimana diterangkan di awal artikel ini. Kemudian, janganlah terlalu memikirkan perkara negatif serta kelemahan diri, sebaliknya berusahalah untuk memperoleh jodoh dengan cara-cara yang disarankan seperti di atas.
Sebagai hamba, usaha itu perlu. Biarlah Allah yang menilai keikhlasan kita dalam usaha tersebut. Sampai masa, DIA akan hadirkan lelaki yang terbaik untuk kita. Dengan syarat, kita benar-benar percaya dan yakin dengan Allah ta’ala, dan dalam masa yang sama kita benar-benar konsisten dengan semua usaha yang kita lakukan.
Buat akhirnya, renungilah suatu hadith Nabi s.a.w :Sekian.
Kredit : MyIlham

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lamanqaseh.blogspot.com/2017/06/jodoh-untuk-wanita-yang-tidak-cantik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berhenti Kerja Kru Kabin Berkahwin Tapi Jodoh Tak Panjang Wanita Ini Cek4l Besarkan Anak Dengan Bisnes Takoyaki

Berhenti Kerja Kru Kabin Berkahwin Tapi Jodoh Tak Panjang Wanita Ini Cek4l Besarkan Anak Dengan Bisnes Takoyaki

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 396 hits
SETIAP manusia melalui perjalanan berbeza beza dalam kehidupan mereka Begitu juga dengan Mayang Ilani Ibrahim 28 bekas kru kabin sebuah syarikat penerbangan yang kini bergelar usahawan sepenuh masa Bercerita kepada mStar ibu kepada seorang ...
Sangat Mempesona 6 Tni Wanita Yang Cantik Ini Bikin

Sangat Mempesona 6 Tni Wanita Yang Cantik Ini Bikin

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 148 hits
Indonesia adalah salah satu negara yang sudah menerima dan mengakui persamaan gender Dimana posisi pria dan wanita adalah sama di mata hikum negara bahkan dalam pekerjaan sekalipun Wanita bisa Baca selengkapnya di https www a dhea com
Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 343 hits
SOALAN Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsu...
Viral Video Wanita Buat Raw4tan Spa Pada Bayi Biar Cantik Sejak Kecil

Viral Video Wanita Buat Raw4tan Spa Pada Bayi Biar Cantik Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 308 hits
Baru baru viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita memakaikan masker wajah dan melakukan raw4tan spa kecantikan kepada seorang bayi Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Momihood kelihatan seorang bayi sedang memanja dan...
Rakaman Penjawat Awam Menumbvk Dan Trajang Wanita Sebab Tak Dapat Jodoh

Rakaman Penjawat Awam Menumbvk Dan Trajang Wanita Sebab Tak Dapat Jodoh

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Perselisihan faham dengan seorang wanita menjadi punca seorang penjawat awam bertindak memukul mangsa hingga cedera pada bahagian kepala kelmarin RAKAMAN VIDEO TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI Penjawat awam berusia 35 tahun tersebu...
Kenapa Setelah Menikah Istri Terlihat Kalah Cantik Dibanding Wanita Lain Ini Penjelasan Nabi

Kenapa Setelah Menikah Istri Terlihat Kalah Cantik Dibanding Wanita Lain Ini Penjelasan Nabi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 154 hits
Seorang suami mengadukan apa yang ia rasakan kepada seorang Syekh Dia berkata Ketika aku mengagumi calon istriku seolah olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini Ketika aku sudah meminan...
Dah Bayar Rm2 500 Tapi 6 Bulan Masih Belum Bertemu Jodoh Penjawat Awam Serang Staff Wanita Dalam Lif

Dah Bayar Rm2 500 Tapi 6 Bulan Masih Belum Bertemu Jodoh Penjawat Awam Serang Staff Wanita Dalam Lif

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 348 hits
Hasrat mencari jodoh melalui sebuah laman web menemui kegagalan mengundang seorang detektif koperal bertindak memukul wanita berusia 34 tahun di Jalan 2 Chan Low Lin pada Selasa lalu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idz...
Video Wanita 55 Tahun Akhirnya Bertemu Jodoh Adik Seb4k Lihat Kebahagiaan Kakak

Video Wanita 55 Tahun Akhirnya Bertemu Jodoh Adik Seb4k Lihat Kebahagiaan Kakak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 314 hits
RATA rata wanita menyasarkan usia usia 20 an hingga 30 an untuk mendirikan rumah tangga Namun siapa kita untuk menidakkan takdir andai dikurniakan jodoh kali pertama ketika melewati usia matang Tentunya perancangan ALLAH adalah yang terbaik...
Hukum Wanita Dalam Haid Ziarah Tanah Perkuburan

Hukum Wanita Dalam Haid Ziarah Tanah Perkuburan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 180 hits
Setiap kali lebaran yang akan menjelang tiba salah satu amalan yang harus kita lakukan iaitu menziarahi tanah perkuburan sanak saudara kita yang telah meninggal dunia Namun bagi golongan wanita kadangkala ada sedikit kegusaran terutamanya k...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Video Ketua Penasihat Sg4 Patut Rasmi Majlis 39 Tahun Peringati Memali

Hassan Makin Melampau Disiasat Dakwaan Menghina Yang Di Pertuan Agong

Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam