Jkr Tidur Lena Nyawa Rakyat Jadi Taruhan


Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik di Perak ke Jeli di Kelantan dibina pada tahun 70an dan dibuka secara rasmi pada 1982, adalah lambang kehebatan Jabatan Kerja Raya Malaysia membina jalan raya di kawasan yang mencabar. 
Cabarannya bukan setakat membina jalan merentasi Banjaran Titiwangsa yang bergunung ganang dan berhutan tebal, malah turut berdepan dengan cabaran komunis yang berkampung di kawasan Gerik satu masa dulu. Alat-alat pembinaan dibom. Malah ada kakitangan JKR yang meninggal dunia diserang komunis. 
Jalan tersebut dibina atas dua tujuan. Pertama, memendekkan perjalanan dari utara ke Pantai Timur. Sebelum adanya jalan itu, rakyat terpaksa ke KL terlebih dahulu untuk ke Pantai Timur atau ke Utara . 
Keduanya, untuk menyekat pergerakan komunis. Dengan adanya jalan tersebut komunis yang berkampung di sebelah Gerik, mula berundur ke Thailand. Sewaktu saya kecil dulu, saya pernah mendengar orang bercakap jalan itu hanya boleh dilalui waktu siang sahaja. Malam tidak boleh guna. Hendak menggunakan perlu daftar. Tentera ramai di kawasan tersebut. 

Saya bukan hendak bercerita mengenai komunis. Hari ini saya hendak bercerita tentang kehebatan JKR satu masa dulu, dan KEGAGALAN JKR hari ini.

Jalan Raya Timur Barat adalah lambang kehebatan JKR Malaysia.  Ianya satu pembinaan yang bersejarah dan boleh diibaratkan sebagai satu monumen penting. Sayangnya hari ini JKR seolah-olah tidak menghargai kerja-kerja hebat yang mereka lakukan satu masa dulu. 
Masuk saja ke jalan berkenaan dari persimpangan lampu isyarat Pengkalan Hulu (Restoran Kari Kepala Ikan Salim, Gerik), anda memandu bagaikan menaiki kuda. Peperangan telah lama berhenti. Komunis telah meletak senjata pada 1989 lagi. Tetapi keadaan jalan raya seolah-olah negara baru tamat perang. 
Jalan pecah, bercompang-camping sana sini dan berlubang. Ianya sangat bahaya untuk pemanduan dan merosakkan kenderaan. Ada sesetengah tempat, tidak ada garisan jalan. Keadaan jalannya lebih teruk di sebelah negeri Perak. Boleh dikatakan 70-80 peratus jalannya teruk di Perak. Manakala di sebelah negeri Kelantan, ianya lebih baik. Boleh dikatakan 80-90 peratus jalannya baik. 

Jalan ini adalah jalan penting dan jalan utama yang menghubungkan Timur dengan Barat. Bukannya sebatang jalan raya kampung. Namun ianya lebih teruk dari jalan kampung. Selama ini kita sering diberitakan tentang keadaan jalan raya yang teruk di Sabah dan Sarawak. Rupanya di Semenanjung Malaysia pun teruk juga. 

Apakah JKR tidur selama ini ? Ya…saya berani katakan yang mereka tidur. Sebab lambang atau ikon JKR sendiri di pintu masuk ke jalan itu pun tidak terurus dengan baik. Lihat gambar pertama. Usang dan rumput panjang seperti tidak terurus. 
Jika benda semudah itu pun mereka tidak boleh jaga, jadi jangan haraplah mereka dapat menjaga jalan itu dengan baik. Mereka tidak peduli nyawa rakyat jadi taruhan atau kenderaan orang ramai rosak. Yang mereka tahu dapat gaji setiap bulan. Sampai masa bersara dapat wang persaraan. Kemudian dapat pencen setiap bulan. Tidak rasa bersalah ke? 
Ya memang benar rakyat melalui jalan itu tidak membayar tol. Perlu diingat, setiap kenderaan yang menggunakan jalan raya kami membayar cukai jalan. 

Negara kita adalah negara yang berhujan. Jalan itu pula gelap pada waktu malam. Dengan keadaan jalan raya yang begitu, risiko untuk berlaku kemalangan sangat tinggi. 

Di bawah ini beberapa gambar yang sempat saya rakam petang semalam ketika dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke Kota Bharu. Sebenarnya banyak lagi gambar yang boleh saya rakam. Tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk saya berhenti kerana faktor keselamatan jalan raya, dan kebetulan petang semalam ada gajah keluar di tepi jalan. 
Saya mencadangkan agar Menteri Kerja Raya dapat merasai pengalaman ‘menarik’ di jalan tersebut dengan berkereta dari Gerik ke Jeli. Bawa bersama Pengarah JKR Perak. Jangan guna kereta mewah yang mempunyai suspensi bagus. Guna saja kereta yang digunakan oleh rakyat kebanyakkan. 
Bercakap pasal cara kakitangan kerajaan bertugas, saya teringatkan satu video yang pernah tular di media sosial bulan lepas. Apabila rakyat pergi ke pejabat kerajaan, pejabat kosong. Pegawai itu tiada, pegawai ini  cuti. Apabila berlaku gempa bumi, penuh berlari turun ke kawasan lapang untuk menyelamatkan diri. 

Ini soal keselamatan dan nyawa orang ramai. Kita kena sama-sama bertindak. Kita tidak mahu melihat kanak-kanak menjadi anak yatim kerana bapa mereka pemandu lori yang mengangkut barang dari Pulau Pinang ke Terengganu meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di jalan ini akibat dari jalan yang rosak. 

Kita juga kasihankan Abang Rahman yang terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk menukar tayar dan lower arm kereta Perodua Alza beliau sebaik beliau pulang ke Tanah Merah dari menghantar anaknya ke MRSM Kuala Kangsar. 
Oleh yang demikian saya mohon rakan-rakan untuk sama-sama memanjangkan masalah ini kepada pihak-pihak yang anda kenal yang ada kuasa untuk memperbaiki keadaan.
Kredit: Facebook Mohd Faisal
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/05/jkr-tidur-lena-nyawa-rakyat-jadi-taruhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Tidur Lena Hingga Kini Sertai Running Man Lambat Yang Sechan Jun Somin Akui Rasa Terbeban

Tak Tidur Lena Hingga Kini Sertai Running Man Lambat Yang Sechan Jun Somin Akui Rasa Terbeban

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 196 hits
Bukan senang apabila anda menyertai program popular di tengah tengah kan ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Running Man Yang Se chan dan Jun So min sempat berkongsi mengenai kerisauan mereka apabila menyertai program itu pada tahun yang...
Jelajah Ayuh Malaysia Yakini Rakyat

Jelajah Ayuh Malaysia Yakini Rakyat

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 276 hits
GRAND FINALE JELAJAH AYUH MALAYSIA YAKINI RAKYAT Salam sejahtera Saudara saudari dijemput untuk temui Saudara RAFIZI RAMLI dan calon calon pasukan beliau 11 MEI 2022 8 00 MALAM MANA MANA CAFE https g co kgs ruPJmP Pertanyaan 0169190182 0172...
Rakyat Bertanya Sudah Kah Lhdn Kenakan Cukai Tidak Munasabah Terhadap Zeti Rohana Dan Nazlan

Rakyat Bertanya Sudah Kah Lhdn Kenakan Cukai Tidak Munasabah Terhadap Zeti Rohana Dan Nazlan

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 170 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDunia berputas seperti roda malah lebih sesuai perbuatan terhadap pihak lain akan boomerang kepada pihak sendiri Jika bukan Islam ia dinama karma bagi Islam nama nya kifarah What goes around will come around kata orang ...
Keinginan Rakyat Kelantan Untuk Tukar Kerajaan Disia Siakan

Keinginan Rakyat Kelantan Untuk Tukar Kerajaan Disia Siakan

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 256 hits
PENDAPATMP dan Senator dari Kelantan yang dilantik jadi menteri DESAKAN dan keinginan agar kerajaan Pas Kelantan ditukar dengan kerajaan baru mendekam dalam setiap hati rakyat Kelantan khususnya bagi mereka yang tidak menjadi penyokong tega...
Raya Terkejut Bukti Kerajaan Gagal Dalam Komunikasi Berkesan Kepada Rakyat

Raya Terkejut Bukti Kerajaan Gagal Dalam Komunikasi Berkesan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 192 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINTak patut marah mentega pasai raya terkejut Sebenarnya mentega tak boleh buat apa pun Dia tak dirujuk pun dalam isu tarikh raya Dia hanya raya apabila diberitahu tarikh raya Bukan kita saja terkejut mentega pun terkejut Cu...
Tol Percuma Tambah Keceriaan Rakyat Sambut Hari Raya Pukulan Kepada Kegagalan Tun Mahathir

Tol Percuma Tambah Keceriaan Rakyat Sambut Hari Raya Pukulan Kepada Kegagalan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 182 hits
Sebahagian daripada mereka yang tinggal di ibukota sekarang ini sudah pun berada di kampung masing masing untuk menyambut hari raya yang dijangka disambut pada hari Selasa Setelah dua tahun tidak dapat pulang berhari raya kerana kekangan PK...
Kelonggaran Sop Pm Nasihat Rakyat Terus Berhati Hati

Kelonggaran Sop Pm Nasihat Rakyat Terus Berhati Hati

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 171 hits
Kelonggaran SOP PM nasihat rakyat terus berhati hati Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 May 2022 11 30AM
Rakyat Malaysia Disabit Bersalah Manipulasi Pasaran Terbesar Di Singapura

Rakyat Malaysia Disabit Bersalah Manipulasi Pasaran Terbesar Di Singapura

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 184 hits
Rakyat Malaysia disabit bersalah manipulasi pasaran terbesar di Singapura Rakyat Malaysia Soh Chee Wen dan Quah Su Ling hari ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana memanipulasi pasaran dan terbabit dalam skim penipuan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia