Jjcm 5 Jelajah Selangor Part 1



 

Atas permintaan ramai yang minta saya kongsikan tempat makan dan tempat menarik sepanjang Program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) geng ethica iaitu Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya yang ke 5 Jelajah Selangor, maka saya kongsikannya di sini hari ini. 
Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog dan juga klik Follow Blog untuk dapat notifikasi setiap kali entri baru dibuat. Kerjasama anda sangat saya hargai. Terima kasih. 
Sebenarnya kami merancang untuk JJCM ke bandar bandar kecil di Johor sebelum PKP 3 dilaksanakan. Dengan pelaksaanaan PKP 3, kami terpaksa menangguhkan program tersebut. 
Sebaik diumumkan, kebenaran merentas negeri, kami menukar destinasi dari Johor untuk menjelajah Selangor sahaja. Kami belum bersedia untuk menempuh kesesakan jalanraya yang mana orang ramai ingin balik kampung setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.
Sebelum perjalanan kami semua bersepakat untuk melakukan ujian kendiri Covid 19. Oleh kerana program kali ini masing masing akan memandu kenderaan sendiri, jadi aturcara dibuat mengikut check point yang ditetapkan.
Checkpoint 1 adalah tempat kami berkumpul sebelum konvoi. Kami berkumpul di Sg Tua menantikan ketibaan semua sebelum memulakan perjalanan. Doa sebelum perjalanan dimulakan dibacakan oleh Prof Dr Mohad Anizu. 

Selepas bergambar, kami menuju ke check point 2 iaitu stesyen minyak Caltex. Di sini kami mengeluarkan kuih muih yang kami tempah untuk mengisi perut walaupun kami masing masing telah singgah bersarapan sebelum check point 1. Sekadar mencari kelainan, seronok makan sambil berdiri macam tu. 



Oleh kerana masih awal lagi untuk bertolak ke tempat makan tengahari di Anuar Rusa Steak House, kami mengubah plan dengan menuju ke Empangan Kuala Kubu Baru, Selangor. 
Malangnya tempat kami singgah tak nampak pun empangan kerana hutan yang tinggi. Kami memang mengelakkan tempat yang disinggahi ramai orang untuk mengelakkan berada di tempat ramai orang. Jadi di situ, kami hanya bergambar sambil posing di bawah drone yang dibawa Datuk Haji Khairi. 

Selepas bergambar, baru lah kami menuju ke felda untuk menikmati makan tengahari di Anuar Rusa Steak House yang lauk utama mereka ialah rusa, arnab, puyuh dan kambing. Tiada ayam atau daging. 

Ketika kami sampai, ruang makan hanya lah kumpulan kami sahaja. Tidak bercampur dengan pelanggan lain. Alhamdulillah walaupun makan di ruang terbuka tapi tidaklah terasa terlalu panas seperti yang sepatutnya. Masih terasa angin. Tandas yang disediakan berserta surau juga bersih dan selesa.  
Selepas makan kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu masjid untuk bersolat. Selepas selesai solat, kami memulakan perjalanan ke ladang tebu. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dengan tali air di sebelah kiri dan sawah yang hijau terbentang di sebelah kanan. 
Memang cantik dan menarik. Nostalgia untuk saya yang merupakan anak petani di mana ibubapa saya menanam padi untuk menyara kehidupan. Tapi sesampai di ladang tebu, kelihatan kereta yang banyak di park sepanjang jalan. Kami membuat keputusan untuk skip kerana orang terlalu ramai. Kami tidak mahu mengambil risiko berada di kalayak ramai buat masa ini.
Dari sini, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Paddy Gallery PLS di Sekinchan. Ada gallery dan muzium padi untuk menunjukkan bagaimana proses dari mula penanaman padi sehingga terhasil menjadi beras yang dibungkus. Selepas membeli tiket, kami diberikan cenderahati berupa beras yang dibungkus cantik.

Kami diberi penerangan serta ada tayangan video yang menunjukkan peringkat peringkat yang terlibat dalam penanaman padi. Selepas selesai, kami beredar untuk ke galeri padi. 
Selepas bergambar di galleri padi, kami turun dan membeli jagung kukus untuk makan dan jagung manis mentah untuk dibawa balik. Selepas makan, kami bergambar di tepi sawah padi yang sangat cantik. Hahaha ketika itu, cuaca panas. Memang muka berminyak minyak jadinya.

Dari sini, kami bergerak ke VI Boutique Hotel untuk check in. Pukul 7.30 malam kami berkumpul di dewan makan untuk makan malam dan juga untuk acara dan permainan yang disediakan oleh Dr Abdol Aziz. 
Hidangan makan malam kami adalah Nasi Ambeng yang ditempah. Tidak ada kedai. Sangat sedap. Sehingga sekarang pun masih teringat ingat. Kali pertama saya makan kacang soya yang digoreng dengan kacang panjang.

Selepas makan, acara teka teki perumpamaan dimulakan dengan suasana yang sangat melucukan dengan pelbagai gaya dan aksi cuba untuk menjelaskan maksud perumpamaan. 
Selepas itu, geng lelaki berpindah ke bilik berhadapan bilik saya. Mereka menpunyai. agenda dan game yang telah dirancang sesama mereka. Manakala geng wanita pula berkumpul di bilik saya untuk bersembang sembang dan berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman.
Setakat ini dahulu, jangan lupa nantikan Part II Jelajah Selangor yang sangat menarik, iaitu Sky Mirror dan juga tempat makan yang best semuanya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/10/jjcm-5-jelajah-selangor-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jjcm Muar Part I

Jjcm Muar Part I

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 314 hits
Selepas sehari balik dari program JJCM jelajah Selangor di dan di saya mengajak Hubby ke Muar Kami mengajak sekali sahabat kami Tuan Shahrol dan Mariam untuk JJCM di Muar Alhamdulillah mereka setuju untuk ikut sama walaupun mereka tidak dap...
6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini

6 Pantai Di Selangor Yang Boleh Kita Terjah Hujung Minggu Ini

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 417 hits
Dah ada plan hujung minggu nie Jom tenangkan diri dengan menikmati suasana laut Ada 6 pantai di Selangor yang boleh kita terjah di hujung minggu nanti Negeri Selangor kini telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara Sis yakin ramai yang me...
Tourism Selangor S Csr Voluntourism Programme At Kanching Eco Forest Park

Tourism Selangor S Csr Voluntourism Programme At Kanching Eco Forest Park

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 272 hits
Tourism Selangor s Sports and Recreation Club Organized a Voluntourism Programme in Conjunction of World Tourism Day 2021 World Tourism Day is celebrated every year on September 27th around the world to raise awareness on tourism s social c...
Farm In The City Seri Kembangan Selangor Satu Keluarga Boleh Mendekati Haiwan Haiwan Jinak Sambil Beri Makan Sepuasnya

Farm In The City Seri Kembangan Selangor Satu Keluarga Boleh Mendekati Haiwan Haiwan Jinak Sambil Beri Makan Sepuasnya

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 473 hits
Kura kura gergasi antara tarikan utama Farm in the City Kita boleh beli jam paling mahal dalam dunia tapi satu kita tak boleh beli sampai bila bila MASA Masa bersama keluarga di Farm In The City Kenangan terindah pagi Jumaat semalam 8 Okt 2...
11 Deaths Involving Delivery Riders In Selangor This Year Jpj

11 Deaths Involving Delivery Riders In Selangor This Year Jpj

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 292 hits
A total of 11 delivery riders in Selangor were involved in fatal accidents in the first eight months of this year said Selangor Road Transport Department director Nazli Md Taib He said another 12 cases involving serious injuries and 65 case...
Selangor Increases Number Of Worshippers For Friday Obligatory Prayers

Selangor Increases Number Of Worshippers For Friday Obligatory Prayers

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 250 hits
For management mosques the maximum number of congregation allowed to perform Friday prayers is 400 institutional mosques kariah mosques and 250 worshippers for suraus Picture by Yusof Mat Isa SHAH ALAM Oct 13 The number of worshippers for F...
Mkl Crimedesk Masalah Air Selangor Bomba Sukar Padam Api Kilang Lusuh

Mkl Crimedesk Masalah Air Selangor Bomba Sukar Padam Api Kilang Lusuh

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 276 hits
RAWANG Kepulan asap tebal hingga mencetuskan panik penduduk setempat berpunca dari insiden kebakaran sebuah kilang kitar semula di Kampung Baru Sungai Bakau Rawang Kejadian dilaporkan jam 3 pagi tadi Kekangan tekanan air yang rendah berikut...
Maintenance Work At Selangor Water Treatment Plant Scheduled To Complete Tonight

Maintenance Work At Selangor Water Treatment Plant Scheduled To Complete Tonight

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 146 hits
Work to improve and maintain critical assets at the Sungai Selangor Water Treatment Plant Phase 1 started at 9am today and is scheduled to be completed at 11pm Air Selangor Sdn Bhd head of corporate communications Elina Baseri in a statemen...
Selangor Health Exco Disagrees With Covid 19 Vaccine Mandates

Selangor Health Exco Disagrees With Covid 19 Vaccine Mandates

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 288 hits
A Selangor Health exco has expressed disagreement with the implementation of any vaccine mandate Dr Siti Mariah Mahmud said even though she is an advocate for vaccination she does not believe a person should lose their job over it I am for ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah