Jiran Yang Suka Mencela Dan Mencaci Apa Kita Perlu Buat



Soalan:
Apakah terdapat panduan daripada hadith berkaitan jiran yang suka mencela dan mengeji keluarga saya atau adakah saya perlu berpindah atau bersabar dengan perbuatan tersebut?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Agama Islam amat menitikberatkan perkara-perkara berkaitan dengan kejiranan. Hal ini banyak diingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui hadith-hadithnya yang menyeru agar berbuat baik kepada jiran tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Antara firman Allah SWT yang menuntut agar berlaku kepada jiran adalah:
Firman Allah SWT:
وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
al-Nisa’:36
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”
Para ulama menyatakan di dalam ayat ini, Allah SWT mengikat ayat tuntutan untuk berlaku baik kepada jiran dengan ayat tuntutan agar menyembah Allah SWT tanpa melakukan syirik kepada-Nya. Ini menunjukkan tuntutan agar berlaku baik kepada jiran merupakan satu tuntutan yang besar sepertimana tuntutan agar menyembah Allah SWT. Untuk itu, Allah SWT menyediakan azab yang pedih buat orang yang suka menyakiti jirannya sepertimana yang akan jelaskan di bawah nanti.
Di antara hadith-hadith yang menceritakan akan kepentingan berlaku baik kepada jiran adalah:
Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” [Riwayat Muslim (77)]
Daripada Abdillah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ، وَخَيْرُ الجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ
Maksudnya: “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi (1944)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib]
Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ، حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ
Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.” [Riwayat al-Bukhari (6015)]
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata daripada al-Qadhi ‘Iyadh bahawa makna hadith ini adalah sesiapa yang beriltizam dengan syariat Islam maka wajib ke atasnya untuk memuliakan atau berlaku baik kepada jiran dan tetamunya. Semua ini menunjukkan akan kepentingan hak berjiran serta galakan memeliharanya. Ini kerana, Allah SWT telah berpesan atau mewasiatkan agar berlaku baik kepada mereka melalui firman-Nya di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. [Lihat: al-Minhaj ‘ala Syarh Sahih Muslim, 18/2]
Demikian itu adalah beberapa buah hadith yang membicarakan berkaitan tuntutan agar berlaku baik kepada jiran kerana kedudukan jiran itu amat tinggi di dalam agama. Berdasarkan soalan di atas, kami ingin menukilkan sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW apabila seorang lelaki datang kepadanya dan mengadu akan perihal jirannya yang suka menyakitinya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata:
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْكُو جَارَهُ، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاصْبِرْ. فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا، فَقَالَ: اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِي الطَّرِيقِ. فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِي الطَّرِيقِ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ، فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ: فَعَلَ اللَّهُ بِهِ، وَفَعَلَ، وَفَعَلَ، فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ: ارْجِعْ لَا تَرَى مِنِّي شَيْئًا تَكْرَهُهُ
Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu perihal jirannya. Maka Nabi SAW bersabda: “Pergilah serta bersabarlah.” Setelah itu, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW sebanyak dua atau tiga kali. Lalu Nabi SAW bersabda: “Pergilah dan campakkanlah barang-barang di rumah kamu ke jalan.” Lelaki tersebut kemudiannya mencampakkan barang-barang rumahnya ke jalan hingga menyebabkan orang-orang bertanya kepadanya. Lalu lelaki tersebut menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya yang menyebabkan manusia (yang mendengar cerita tersebut) melaknat jiran tersebut dengan mengatakan: “Allah akan membalas perbuatannya (mendoakan keburukan), Allah akan balas dan Allah akan balas.” Selepas itu, lelaki tersebut didatangi oleh jiran tersebut dan jiran itu berkata: “Pulanglah kamu, kam tidak akan melihat (mendapati) sesuatu yang kamu benci itu lagi.” [Riwayat Abu Daud (5153)][Sanadnya adalah baik menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
Hadith ini menceritakan akan petunjuk Nabi SAW kepada lelaki ini apabila sentiasa disakiti oleh jirannya. Akan tetapi, berkemungkinan perbuatan atau cara tersebut biasa dilakukan oleh bangsa Arab pada zaman itu tetapi ia tidak lagi sesuai untuk dilakukan pada zaman ini. Tambahan pula, Imam Ibn Ruslan ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa di dalam hadith ini menunjukkan kelebihan bersabar dengan perihal jiran walaupun perkara tersebut berulang-ulang kali berlaku, di samping berusaha untuk mencegahnya mengikut kemampuan yang ada. Selain itu, hadith ini juga menunjukkan keharusan berdoa kepada orang yang menyakiti orang lain secara kuat (terang-terangan) sebagai pengajaran kepada orang tersebut serta meninggalkan perbuatan tersebut. [Lihat: Syarah Abi Daud, 440/19]
Kami berpandangan dalam isu ini, seseorang yang disakiti oleh jirannya sama ada dengan perbuatan atau ucapan perlulah bersabar terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada petunjuk atau hadyu nabawi di dalam hadith di atas. Sabar merupakan sifat yang sangat hebat dan ia merupakan sifat yang dikasihi oleh Allah SWT. Di samping itu juga, seseorang yang disakiti itu perlulah berusaha dan berikhtiar dengan sehabis-baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti menasihatinya dengan penuh hikmah, berbuat ihsan (baik) kepadanya walaupun dibalas dengan kejahatan, membantu mereka di dalam kesusahan, menggunakan saluran yang tepat dalam menegur dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan dengan cara sebegini akan melembut hatinya dan tidak lagi akan menyakiti orang tersebut. Selain itu, doa juga merupakan salah satu elemen yang penting dan tidak patut diabaikan kerana hanya Allah SWT sahaja yang mampu membaca dan mengubah hati seseorang itu. Sekiranya, seseorang itu telah berusaha dan berikhtiar, berpindah dari tempat tersebut merupakan langkah yang terakhir bagi seseorang yang mampu melakukan sedemikian.
Hukuman Bagi Orang Yang Menyakiti Jirannya
Di sana terdapat hadith yang menceritakan akan akibat dan balasan yang akan diterima bagi orang yang suka menyakiti jirannya:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada gangguannya.” [Riwayat Muslim (73)]
Di dalam hadith yang lain pula, juga daripada Abu Hurairah RA berkata:
قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا، وَصِيَامِهَا، وَصَدَقَتِهَا، غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا، قَالَ: هِيَ فِي النَّارِ
Maksudnya: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” [Riwayat Ahmad (9675)][Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
Berdasarkan kedua hadith ini, orang yang suka menyakiti jirannya sama ada dengan perbuatannya atau lisannya (ucapannya) maka orang seperti ini akan dicampakkan ke dalam api neraka di akhirat kelak walaupun dia merupakan seorang yang banyak melakukan ibadah.
Penutup
Kesimpulannya, kita dituntut untuk berlaku baik kepada jiran kerana tuntutan tersebut datang daripada al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. Selain itu juga, Allah SWT menyediakan hukuman yang berat kepada orang-orang suka menyakiti jirannya. Tambahan pula, Islam mengajar umatnya agar sentiasa bersabar dalam setiap perkara yang menimpa serta berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa berlaku baik kepada jiran serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat nanti. Amin.
Wallahua’lam
 
Sumber: https://muftiwp.gov.my/
The post Jiran yang Suka Mencela dan Mencaci..Apa Kita Perlu Buat? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/jiran-yang-suka-mencela-dan-mencaci-apa-kita-perlu-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prktgpiai Ceramah Hambar Kerana Penduduk Tak Suka Keluar Malam Calon Ph

Prktgpiai Ceramah Hambar Kerana Penduduk Tak Suka Keluar Malam Calon Ph

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 369 hits
PONTIAN Kecenderungan penduduk lebih gemar berada di rumah pada waktu malam merupakan antara punca ceramah parti parti politik untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kelihatan agak hambar Itu kata calon Pakatan Harapan Karmaine Sard...
Shuib Bukan Berniat Menunjuk Nunjuk Tapi Mahu Kongsi Apa Yang Saya Suka

Shuib Bukan Berniat Menunjuk Nunjuk Tapi Mahu Kongsi Apa Yang Saya Suka

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 1287 hits
Kalau dah selalu sangat menayang koleksi kereta mewah di media sosial mesti akan ada mulut mengecam seseorang itu riak Pelawak dan penyampai radio Hot FM Shuib Sepahtu bagaimanapun menegaskan dia tiada niat untuk menunjuk nunjuk kemewahan d...
Rezeki Sempit Akibat Tabiat Suami Yang Suka Menipu Isteri

Rezeki Sempit Akibat Tabiat Suami Yang Suka Menipu Isteri

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 727 hits
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit Semua serba tak cukup Terasa dunia ni sempit Dah usaha macam macam Semua cara dah buat Hati pun resah dan rasa nak marah jer kenapa yer ustaz Abang ada ibubapa lagi ke Mak ayah saya dah tiada Aba...
Menurut Kajian Lelaki Lebih Suka Wanita Berisi Dari Wanita Kurus

Menurut Kajian Lelaki Lebih Suka Wanita Berisi Dari Wanita Kurus

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 488 hits
Ramai wanita mahu badan yang kelihatan sempurna tinggi putih dan kurus lamping Paradigma cantik ini tertanam dari perkataan yang indah seperti itu Oleh itu ramai wanita yang bertubuh gemuk bermatian mahu kuruskan badan agar nampak seperti s...
Sandiaga Saya Kalau Bertemu Surya Paloh Suka Berpelukan

Sandiaga Saya Kalau Bertemu Surya Paloh Suka Berpelukan

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 173 hits
Presiden Joko Widodo menyindir Ketum NasDem Surya Paloh yang bertemu dengan Presiden PKS Sohibul Iman Merespons itu Wakil Ketua Dewan Pembina Partai Gerindra Sandiaga Uno melihat wajar bila elit parpol cair saat bertemu
Bila Duduk Sebelah Kawan Yang Suka Bawa Bekal Badan Kita Yang Naik Bukan Dia

Bila Duduk Sebelah Kawan Yang Suka Bawa Bekal Badan Kita Yang Naik Bukan Dia

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 354 hits
Bukan ibu yang hamil atau menyusukan anak sahaja yang cepat terasa lapar walaupun baru saja makan boleh dikatakan kebanyakan wanita mengalami masalah ini Rasanya baru satu jam lepas makan sekarang perut menjerit lagi kelaparan Kalau boleh n...
Suka Sangat Dengan Obsess Lipmatte Birthday Limited Edition

Suka Sangat Dengan Obsess Lipmatte Birthday Limited Edition

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 700 hits
Hi uolls as k fiezz ada buat pengumuman yang k fiezz sekarang ni salah seorang Agen Obsess Cosmetic Boleh baca di sini Holla dengan cantik hehe Jadi k fiezz nak kongsi produk produk di bawah label Obsess Cosmetic Kalau korang baca di entry ...
Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

Menurut Kajian Wanita Lebih Suka Lelaki Wangi Berbanding Lelaki Kacak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 727 hits
Pernah tak anda terjumpa dengan orang yang mempunyai rupa paras yang tampan atau jelita tapi bila dekat badan berbau busuk pula Memang betul jika ramai yang mengatakan mereka lebih tertarik kepada seseorang yang berbau wangi lebih dari rupa...
Orang Yang Suka Mandi Lama Tak Bahagia Dalam Hidup Kajian

Orang Yang Suka Mandi Lama Tak Bahagia Dalam Hidup Kajian

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 487 hits
Semakin lama kita mandi besar kemungkinan kita akan jadi kesepian dan tidak bahagia Memang mengejutkan namun sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik di Yale University telah menunjukkan mereka yang suka mandi lama cenderung tidak ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket