Jin Wei Perlu Ubah Minda Ganda Latihan



JAMES SelvarajJin Wei perlu ubah minda, ganda latihan

KUALA LUMPUR: Goh Jin Wei perlu mengubah pemikirannya dan menggandakan program latihan jika mahu bergelar pemain badminton berkelas dunia.



Pandangan itu disuarakan oleh bekas Pengarah Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, susulan kejayaan pemain berusia 18 tahun itu merangkul gelaran dunia kedua di Kejohanan Dunia Remaja, Ahad lalu.



Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menewaskan pemain Denmark, Line Christophersen 21-13, 21-11 di pentas final dalam acara perseorangan wanita di Markham, Kanada sekali gus mengulangi pencapaian yang diraihnya tiga tahun lalu di Lima, Peru.




Selepas Malaysia sering merangkul beberapa kejayaan bertaraf dunia dan Asia di peringkat remaja sebelum ini, James percaya segala-galanya ketika ini bergantung kepada pemikiran pemain terutama apabila peralihan ke peringkat senior.



“Segala-galanya kini bergantung di tangan Jin Wei. Dia perlu berfikir sebaik-baiknya mengenai di mana dia mahu berada selepas ini. Dia perlu melupakan yang dia adalah juara remaja dunia dan bergerak ke depan.



“Dia perlu menggandakan program latihannya dan bekerja lebih keras kerana jurang di antara tahap junior dan senior terlalu besar. Jurulatihnya perlu mengetahui apakah kekuatannya dan kelemahannya dan menyediakan program latihan baharu untuknya.



“Dia perlu bermain dengan bersungguh-sungguh, memperbaiki kualiti pukulannya dan kepantasannya di atas gelanggang. Lihat kepada pemain Taiwan Tai Tzu Ying dan pemain Sepanyol Carolina Marin. Kerja keras mereka di atas gelanggang amat menakjubkan,” kata James.



James juga menambah Jin Wei perlu cuba untuk mengikuti langkah pemain Jepun, Nozomi Okuhara dan Akane Yamaguchi yang kedua-duanya sebelum ini pernah meraih gelaran juara remaja dunia.



“Jika kamu ingat, kedua-duanya Okuhara dan Yamaguchi secara fizikal agak besar, tetapi mereka kini cukup cemerlang dan mempunyai skil yang tinggi, dan berlari di seluruh gelanggang tanpa had. Jin Wei perlu mengikutinya.



“Jurulatih juga perlu mencadangkan kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan untuk mula memberi pendedahan kepada pemain remaja ini ke kejohanan lebih besar.



“Secara peribadi, saya fikir ia satu pembaziran masa jika kamu hanya mahu mengumpul mata dengan menjadi juara di kejohanan bertahap rendah. Berikan mereka peluang beraksi di kejohanan besar. Jika ada 12 kejohanan Siri Super, pastikan mereka bermain sekurang-kurangnya tujuh kejohanan setahun.



“Kita juga memerlukan pakar psikologi yang betul untuk bersama pemain ini. Tidak apa jika tewas pada pusingan pertama dan kedua bagi permulaan, tetapi pakar psikologi ini perlu membimbing mereka untuk menjadi lebih baik. Begitulah cara kamu melahirkan juara,” kata James.



Sementara itu, Setiausaha Agung BAM, Datuk Ng Chin Chai, mengesahkan keseluruhan pemain negara dalam skuad remaja dunia termasuk pemain pemain profesional, Aidil Sholeh Ali Sadikin akan diserap ke skuad senior.



“Selain Jin Wei dan beregu wanita (Pearly Tan-Toh Ee Wei), keseluruhan skuad akan diserapkan ke pasukan senior dalam tempoh percubaan selama tiga bulan. Kami akan menilai mereka dan melihat sejauh mana mereka boleh pergi.



“Kami juga gembira untuk mengumumkan yang Aidil akan menyertai kami pada minggu depan.”


- bharian.com.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/jin-wei-perlu-ubah-minda-ganda-latihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Goh Jin Wei Juara Remaja Dunia Beregu Wanita Rangkul Naib Juara

Goh Jin Wei Juara Remaja Dunia Beregu Wanita Rangkul Naib Juara

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 409 hits
Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei berjaya membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia dengan catatan sejarah selepas dinobat juara Goh Jin Wei yang pernah merangkul juara perseorangan wanita remaja dunia p...
Badminton Jin Wei Raih Kejuaraan Remaja Dunia Kali Kedua

Badminton Jin Wei Raih Kejuaraan Remaja Dunia Kali Kedua

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 346 hits
Pemain muda wanita negara Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham Kanada pada Ahad Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan ...
Anies Ubah Rute Transportasi Umum Di Jakarta Mulai 2019

Anies Ubah Rute Transportasi Umum Di Jakarta Mulai 2019

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 338 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan menyebut rute transportasi umum di Jakarta tidak mengalami perkembangan sejak puluhan tahun lalu Menurut Anies rute transportasi umum di Jakarta saat ini masih sama saja dengan rute di era 1990 an
Magisnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

Magisnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 641 hits
Tidak dinafikan kuasa berdoa amatlah hebat Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya Dalam pada kita berdoa dengan bersungguh sungguh dengan hati yang bersih sebenarnya cara kita berdoa jug...
Memahami Kaitan Antara Usus Dan Minda Serta Kepentingannya Kepada Kesihatan

Memahami Kaitan Antara Usus Dan Minda Serta Kepentingannya Kepada Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 381 hits
Sistem penghadaman dan pencernaan anda memainkan peranan yang jauh lebih kritikal daripada hanya menghadam dan mencerna makanan Bakteria usus yang membentuk sejumlah besar mikrobiota usus anda mempunyai banyak faedah kesihatan dan memberi k...
Manfaat Omega 3 Untuk Otak Anak Serta Tajamkan Minda

Manfaat Omega 3 Untuk Otak Anak Serta Tajamkan Minda

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 940 hits
Otak hampir 60 LEMAK dan padat dengan asid lemak Omega 3 jadi lemak sihat sangat penting kerana ia melibatkan membran membran sel otak membantu mengurangkan keradangan otak dan menggalakkan pembentukan sel otak baru yang paling khusus di ka...
Idea Ubah Selera Hujung Minggu Boleh Cuba 4 Menu Indonesia Ini

Idea Ubah Selera Hujung Minggu Boleh Cuba 4 Menu Indonesia Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 545 hits
Hujung minggu ni apa kata anda sajikan menu nusantara yang ringkas dan sedap untuk keluarga Cita rasa memang kena dengan selera orang Malaysia cuba cara olahan dan nama menu je yang berbeza Jadi apa salahnya kita cuba dan variasikan hidanga...
10 Video Motivasi Dari Vlogger Instagram Slurpee Crank Yang Membuka Minda

10 Video Motivasi Dari Vlogger Instagram Slurpee Crank Yang Membuka Minda

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 2556 hits
Sebagai manusia yang menjalani kehidupan tentunya kita tidak lepas dari berbagai macam masalah Masalah memang tidak dapat diagak dan kadangkala datang dalam berbagai bentuk yang sentiasa membuat hidup kita semakin sulit Terkadang kita membu...
Ubah Tapi Tanpa Tukar Perlembagaan Persekutuan M Sia Baru

Ubah Tapi Tanpa Tukar Perlembagaan Persekutuan M Sia Baru

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 461 hits
Prospek Malaysia Baru Mengubah Perlembagaan tanpa Menukar PerlembagaanSalam para Patriots Mahathir Alat DAP Dalam Melaksanakan Agenda Malaysian Malaysia
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia