Badminton Jin Wei Raih Kejuaraan Remaja Dunia Kali Kedua



Pemain muda wanita negara, Goh Jin Wei mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Kejuaraan Badminton Remaja Dunia BWF di Markham, Kanada pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Pemain pilihan ketiga itu menampilkan aksi bertenaga dengan menewaskan pilihan ke-13, Line Christophersen dari Denmark menerusi kemenangan 21-13 dan 21-11 pada aksi final di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Kejuaraan tersebut adalah yang kedua diraih anak jati Pulau Pinang itu yang pernah menjuarai kejohanan sama pada 2015 setelah menewaskan rakan senegara, Lee Ying Ying pada aksi final.

Jin Wei sebelum ini turut mengharumkan nama negara apabila mencipta sejarah menjadi atlet pertama Malaysia memenangi pingat emas pada edisi ketiga Sukan Olimpik Remaja di Buenos Aires, Argentina, bulan lepas.

Dalam pada itu, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei yang merupakan pilihan ketiga, gagal mengulangi kecemerlangan dilakar Jin Wei setelah kalah 16-21 dan 16-21 kepada pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang dihubungi Bernama, mengakui badan induk itu amat berbangga dengan kejayaan cemerlang Jin Wei dan juga pasangan muda negara itu yang tidak diletakkan sebarang harapan.

Beliau menjelaskan satu ganjaran khas bakal menanti kedua-dua pemain berkenaan yang akan dibincangkan pada mesyuarat pengurusan BAM pada minggu ini.

"Kejayaan ini merupakan satu petanda baik kerana di peringkat BAM, kita lihat mereka inilah yang akan menjadi pelapis kepada pemain sedia ada," jelas Mohamad Norza.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan kejayaan cemerlang dilakar barisan pemain muda negara pada kejohanan ini adalah hasil daripada pendekatan berterusan badan induk itu yang memberi tumpuan dalam melahirkan pemain berusia bawah 21 tahun termasuk pasangan muda negara, Aaron Chia Teng Fong-Soh Wooi Yik selain pemain muda lelaki negara seperti Leong Jun Hao dan Lee Zii Jia.

"Rangka kerja kita adalah untuk terus membina ramai pemain pelapis kerana selama ini kita terlalu bergantung kepada pemain senior kita dan sudah tiba masanya kita membuat pelaburan yang lebih giat lagi kepada pemain muda kita," tegas Mohamad Norza.
-Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/BlogSensasi/~3/Ew8GMIfCyWU/badminton-jin-wei-raih-kejuaraan-remaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Goh Jin Wei Juara Remaja Dunia Beregu Wanita Rangkul Naib Juara

Goh Jin Wei Juara Remaja Dunia Beregu Wanita Rangkul Naib Juara

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 375 hits
Pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei berjaya membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia dengan catatan sejarah selepas dinobat juara Goh Jin Wei yang pernah merangkul juara perseorangan wanita remaja dunia p...
Sambil Goyang Jokowi 1 Kali Lagi Pdip Targetkan Raih 65 Persen Di Karawang

Sambil Goyang Jokowi 1 Kali Lagi Pdip Targetkan Raih 65 Persen Di Karawang

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 219 hits
Ketua DPP Bidang Organisasi Djarot Saiful Hidayat semua kader harus kompak bersatu dan turun ke bawah Di antara caleg tidak boleh saling bertengkar bertengkar untuk mengatakan hanya saya yang baik tidak boleh Semua caleg harus bekerjasama K...
Soekarno Hatta Raih Peringkat Ke 10 Bandara Megahub Terbaik Di Dunia

Soekarno Hatta Raih Peringkat Ke 10 Bandara Megahub Terbaik Di Dunia

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 266 hits
Bandara Internasional Soekarno Hatta yang dinobatkan oleh OAG Megahubs International Index 2018 sebagai bandara Megahub dengan indeks konektivitas internasional terbaik ke 10 dari 50 bandara Internasional terbaik di dunia
Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kanser Perut Selepas Kerap Makan Mi Segera Setiap Malam

Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kanser Perut Selepas Kerap Makan Mi Segera Setiap Malam

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 884 hits
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari Taiwan meninggal dunia kerana menghidap penyakit kanser perut selepas menjadikan mi segera sebagai makanan hariannya Menurut laporan remaja berkenaan mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak s...
Bocah Hilang Di Kali Depan Mal Season City Ditemukan Meninggal Dunia

Bocah Hilang Di Kali Depan Mal Season City Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 362 hits
Koordinator Lapangan UPK Badan Air Kecamatan Tambora Robert Suherman mengatakan tubuh bocah yang dilaporkan bernama Ahmad ditemukan di Kanal Banjir Barat yang berada tidak jauh dari RPTRA Kalijodo Tambora
Penawar Chong Wei Gelanggang Badminton Misbun

Penawar Chong Wei Gelanggang Badminton Misbun

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek percaya penawar bagi Datuk Lee Chong Wei untuk melupakan kesakitan yang dialaminya adalah dengan kembali ke gelanggang Misbun menyifatkan Chong Wei 36 sebagai pemain...
Jin Wei Perlu Ubah Minda Ganda Latihan

Jin Wei Perlu Ubah Minda Ganda Latihan

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 232 hits
JAMES SelvarajJin Wei perlu ubah minda ganda latihanKUALA LUMPUR Goh Jin Wei perlu mengubah pemikirannya dan menggandakan program latihan jika mahu bergelar pemain badminton berkelas dunia Pandangan itu disuarakan oleh bekas Pengarah Presta...
Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

From Indonesia To Saudi Arabia A Guide For Your Hajj And Umrah In Makkah Madinah

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aku Kembali Dengan Cerita Baru

Resepi Balutan Ayam Berkeju Dan Bawang Putih

Pesta Buah Emas 2025

Mengapa Sakit Belakang Bawah Selalu Datang Balik Punca Rawatan Fisioterapi

Pengkhianat Dari Kalangan Penjawat Awam Ini Patut Diberi Hukuman Berat

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication