Jika Terpaksa Bagi Anak 0 7 Tahun Tengok Skrin Ini Rancangan Yang Sesuai Ikut Umur


Mungkin ada di antara ibu bapa yang terpaksa memberikan anak-anak dibawah umur 7 tahun melihat TV atau gadget untuk mengalihkan perhatian mereka. Namun ada juga yang risau tentang kesan penggunaan skrin terhadap anak-anak.
Puan Maryam Jamadi,Terapis cara kerja berkongsi cara memilih rancangan TV untuk anak yang sesuai mengikut umur dan beberapa panduan lain.

CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN MENGIKUT UMUR
“Saya PJJ dengan suami, anak jenis melekat jadi saya terpaksa buka skrin masa saya mandi/masak”
Saya sebenarnya dapat banyak soalan dimana mak ayah yang terpaksa beri anak tengok gadget/TV atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan saranan dari American Association of Pediatrics, anak 0-18 bulan tidak boleh didedahkan dengan skrin lagi. Tapi saya tak pernah “judge” mak ayah yang beri anak sebab saya tak berada di kasut mak ayah lain.
– Ada yang ibu/bapa tunggal, anak ramai, rumah sempit, 24 jam rumah bising dan masa buka TV sekejap itulah ibu/ayah dapat rehatkan telinga.
– Ada yang kerja WFH, terpaksa buka skrin untuk anak masa tengah bermesyuarat penting.
– Ada yang kerja berniaga di pasar malam, kalau tak bagi gadget nanti anak merayau ke tengah jalan.
– Ada yang anak ekzema, masa tengok skrin barulah boleh sapu krim satu badan dan duduk diam sampai kering.
CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN UNTUK ANAK 0-7 TAHUN
Jadi, sekiranya dalam keadaan terpaksa tunjuk skrin pada anak umur 0-7 tahun. Ini cadangan saya berdasarkan pengalaman dan perspektif sebagai Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak, mengikut umur:
ANAK 0-12 BULAN

1. Rancangan yang memang khas untuk bayi seperti BabyTV.
2. Pergerakan yang sangat perlahan, pastikan mata anak ikut pergerakan. Bukan termenung.
3. Lagu atau muzik dengan rentak lembut.
4. Warna yang tidak terlalu banyak atau menyakitkan mata.
5. Jika watak dalam cerita itu bercakap, tiada bunyi lain di “background” sebab dah ada kajian yang bayi tidak boleh fokus pada bahasa sekiranya ada bunyi lain (background sound) sehingga umur 7 bulan.
6. Anak 0-3 bulan, boleh cari rancangan yang menggunakan warna hitam, merah dan putih. Gambar statik ataupun setiap pertukaran gambar 7-8 saat. Pergerakan yang sangat perlahan sekiranya ada.
7. Maksimum 3 minit sekali tengok. (Sempatlah lari ke tandas sekejap )
Contoh:
Peekaboo, I see You
Visual Stimulation for Babies
Find the Acorn
ANAK 1 – 3 TAHUN

1. Boleh buka “nursery rhyme” tetapi pastikan nyanyi bersama dengan anak. Semakin perlahan kelajuan lagu semakin anak boleh cepat tangkap.
2. Pilih rancangan yang anak boleh belajar mengikut pergerakan bersama.
3. Tengok bersama anak dan berinteraksi bersama. Sekiranya anak tengok seorang diri, cuba uji pemahaman anak.
4. Rancangan yang menggunakan bahasa yang mudah dan sebutan jelas setiap suku kata.
5. Maksimum 4-10 minit sekali tengok, 1 jam sehari.
Contoh:
Pinkfong Dance Along
Blippi
Super Simple Songs
Didi & Friends
Omar & Hana
ANAK 3 – 7 TAHUN

1. Pilih rancangan yang ada nilai moral.
2. Pastikan anak faham, perlu perhatikan pergerakan bola mata anak, respon serta emosi anak semasa menonton.
3. Jika anak hanya termenung atau tiada perubahan respon mungkin anak sudah “overstimulate”. Tutup terus skrin.
4. Uji pemahaman anak selepas menonton. Jika anak tak faham, masa anak tengok itu hanya terbazir begitu sahaja.
5. Maksimum 10 – 20 minit sekali tengok, 1 hingga 2 jam sehari.
Contoh:
Daniel Tiger’s Neighborhood
Dora the Explorer
Blue’s Clues
Tayo the Little Bus
Saya ada berikan contoh supaya mak ayah boleh dapat gambaran cerita yang bersesuaian untuk anak 7 tahun ke bawah. Kalau ada cadangan lain boleh tepek di komen ya
Perlu ingat yang anak 7 tahun ke bawah masih belum boleh 100% menapis maklumat yang diterima. Jadi, masih perlu pantauan lagi. Saya cadangkan mak ayah lihat dan kaji dahulu episod pertama sebelum beri anak tengok.
Sekiranya mak ayah perasan ada hari yang anak terlebih kuota tengok skrin ataupun anak mula;
– Ada masalah perkembangan.
– Kurang fokus.
– Panggi tak dengar.
– Selalu tantrum.
– Anak mula ketagih atau asyik minta buka TV/gadget
Mohon terus buat hari atau minggu tanpa skrin ataupun “Digital Detoks” segera supaya tidak ada masalah lebih besar di masa akan datang.
Inilah antara apa yang disampaikan di sesi live saya Selasa lepas, harapnya bermanfaat. 
Kredit:Maryam Jamadi

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Jika Terpaksa Bagi Anak 0-7 Tahun Tengok Skrin, Ini Rancangan Yang Sesuai Ikut Umur appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jika-terpaksa-bagi-anak-0-7-tahun-tengok-skrin-ini-rancangan-yang-sesuai-ikut-umur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tersalah Pilih Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0 7 Tahun

Jangan Tersalah Pilih Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0 7 Tahun

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 264 hits
Membiarkan anak menonton bukanlah satu kesilapan tetapi perlu berpada pada dan bijak memilih program yang bermanfaat untuk anak malah mampu merangsang perkembangan minda anak Menurut Terapi Cara Kerja memahami pelbagai masalah ibu bapa yang...
Jadilah Mak Yang Malas Biar Anak Buat Sendiri Umur 2 Tahun Patut Pandai Buat Kerja Rumah Yang Senang

Jadilah Mak Yang Malas Biar Anak Buat Sendiri Umur 2 Tahun Patut Pandai Buat Kerja Rumah Yang Senang

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 307 hits
Ala dia kecik lagi nak ajar tunggulah umur dia 10 tahun Baru dia faham Sebenarnya nak ajar anak tanggungjawab tak perlu tunggu umur dia lebih 10 tahun Anak kecil pun dah boleh di latih untuk buat beberapa perkara yang simple sesuai mengikut...
Nak Anak Umur 4 6 Tahun Laju Baca Ini Tekniknya Lebih Berkesan Mudah Ingat

Nak Anak Umur 4 6 Tahun Laju Baca Ini Tekniknya Lebih Berkesan Mudah Ingat

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 396 hits
Ramai ibu bapa merungut susahnya nak ajar anak baca dengan lancar Hari ini ajar esok dah lupa Sampai suara pun dah naik turun tiap kali mengajar Bila fikir sekali patutlah tak boleh nak jadi cikgu Tahap kesabaran cepat tergugat Menerusi apa...
Video Gaya Macam Chef Umur Dua Tahun Sudah Tidak Kekok Di Dapur Dari Pisau Plastik Ke Meja Dapur

Video Gaya Macam Chef Umur Dua Tahun Sudah Tidak Kekok Di Dapur Dari Pisau Plastik Ke Meja Dapur

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 297 hits
Baru berusia dua tahun tujuh bulan namun Syazwi Nufail Syazwan sudah ada minat memasak malah ringan tulang membantu ibunya Nurul Nazireen Khazali di dapur Bukan setakat itu Syazwi juga tidak kekok menggunakan peralatan seperti pisau untuk m...
Bagus Banyak Sangat Rancangan Jual Macam Macam Bagi La Pulak Untuk Ruang Pendidikan Anak Anak

Bagus Banyak Sangat Rancangan Jual Macam Macam Bagi La Pulak Untuk Ruang Pendidikan Anak Anak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 263 hits
DAH KENAPA NTV7 KENA CONVERT KE DIDIKTV BIAQ BETIQ TAPI in a way bagus jugak lah dari banyak sangat TV Channel hiburan jadi pendidikan Tapi aku rasa la kalau BAPUK sentiasa bersiaran di NTV7 muntah hijau rating naik mungkin tak payah tukar ...
Anak Dara Mawar Sebiji Daddy Manis Ikut Mommy Biarlah Apa Orang Kata Janji Sihat

Anak Dara Mawar Sebiji Daddy Manis Ikut Mommy Biarlah Apa Orang Kata Janji Sihat

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 358 hits
Biar apa orang nak kata asalkan sihat dan membesar dengan sempurna Ini antara kata kata sokongan orang ramai buat Mawar Rashid apabila ada beberapa individu yang mengecam wajah anak perempuan Mawar Raden Seri Rossabella Cinta View this post...
Umur 18 Tahun Suami Dh Mmpu Hadiah Kerete Mewah Isteri Tampil Dedah Cerita Sebenar

Umur 18 Tahun Suami Dh Mmpu Hadiah Kerete Mewah Isteri Tampil Dedah Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 322 hits
Segalanya bagaikan berubah sekelip mata Ternyata bukan kali pertama kita dikejutkan dengan pencapaian anak muda yang berjaya hasil menjalankan perniagaan sendiri
Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 412 hits
Penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring mendedahkan hidupnya seolah olah berakhir apabila dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun 2011 yang lalu Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminnudin Wan I...
Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar Beri Hak Mereka Untuk Bermain Meneroka

Jangan Paksa Anak 5 Tahun Belajar Beri Hak Mereka Untuk Bermain Meneroka

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 353 hits
Sesi persekolahan yang bakal bermula pada awal Mac ini pastinya membuatkan mak ayah berkobar kobar Terlalu lama berada di rumah membuatkan mak ayah berasa risau Namun pembukaan sekolah ini bukan bermakna anak perlu belajar dan memecut laju ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord