Jika Syarat Pertandingan Tak Dilonggarkan Bersatu Automatik Tiada Lagi Masa Depan




Menjelang pemilihan Bersatu yang dijangka berlangsung pada September depan, keperluan melonggarkan syarat pertandingan semakin menjadi perhatian dan rancak diperkatakan.


Mengikut peraturan semasa, hanya mereka yang memegang jawatan Ketua Bahagian atau dalam MPT selama dua penggal lengkap saja yang layak bertanding jawatan Top 5 – Presiden, Timbalan Presiden dan tiga kerusi Naib Presiden.


Dengan peraturan tersebut, sementara Mahiaddin Md Yasin hampir pasti tidak dicabar, ia juga menyebabkan hanya bekas menteri, Mohd Redzuan Md Yusof atau Pak Wan yang dilihat berpotensi untuk mencabar Ahmad Faizal Azumu atau Peja bagi jawatan Timbalan Presiden.


Tetapi, kedua-dua pemimpin berkenaan, selain kalah pada PRU15 lalu, mereka juga tiada aura untuk membawa Bersatu ke tahap yang lebih meyakinkan.


Dua tokoh penting dalam Bersatu yang diperkatakan ramai ada potensi, Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali tidak layak bertanding sebarang jawatan kerana tidak memenuhi syarat menjadi Ketua Bahagian atau berada dalam MPT selama dua penggal dengan lengkap.


Dengan itu, banyak pihak dalam Bersatu merasakan, jika syarat pertandingan tidak dilonggarkan, parti akan kehilangan masa depan dalam menghadapi PRU16 akan datang, terutama jika selepas ini Mahiaddin didapati bersalah atas kes mahkamah yang sedang dihadapinya.


Kalau pun Mahiaddin tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah sebelum PRU akan datang, gandingan beliau dengan Peja atau Pak Wan tetap dilihat hambar di mata banyak pihak dan lebih memungkinkan Bersatu dan PN terus kekal sebagai pembangkang.


Dengan demikian, mendepani PRU akan datang, mahu tidak mahu, Bersatu perlu merangkumkan semua watak penting dalam parti itu untuk berada dalam kepimpinan utama agar rakyat melihat ada harapan untuk mereka berteduh di bawah parti itu.


Sebab itu, Bersatu perlu melonggarkan syarat pertandingan, di mana dalam hal ini MPT parti berdasarkan Perkara 14.14 diberi kuasa untuk melonggarkan peraturan semasa yang terpakai sekarang – supaya akhirnya sesiapa saja pemimpin bebas untuk menawarkan diri bertanding sebarang jawatan.


Sebagai parti baru yang hanya didaftarkan sebelum PRU14 lalu, syarat mesti menjadi Ketua Bahagian atau berada dalam MPT selama dua penggal lengkap baru layak bertanding jawatan Top 5 adalah sama sekali tidak relevan dan boleh dianggap mengarut.


Lainlah jika parti sudah berusia berpuluh tahun dan telah melalui lima enam kali pemilihan, masuk akal jugalah syarat tersebut diguna pakai.


Lagi pula, Bersatu adalah pembangkang – tiada parti pembangkang di dunia ini meletakkan syarat ketat untuk ahlinya bertanding sebarang jawatan dalam keadaan tiada kuasa apa-apa dalam genggaman.


Adakah Bersatu mahu mencipta sejarah sebagai satu-satunya parti pembangkang di dunia ini yang takut dengan proses pertandingan secara terbuka dan demokrasi?


Kalau parti sedang menguasai kerajaan dan bagi tujuan mengelakkan perpecahan, munasabah jugalah jika diketatkan syarat pertandingan agar perpaduan tidak mudah digoyahkan oleh unsur-unsur luaran yang mahu mengkucar-kacirkan kerajaan.


Tetapi, sebagai pembangkang, Bersatu perlu menunjukkan ia terbuka, lebih menarik untuk disertai dan ada kemeriahan dalam pertandingan, sesuai dengan cita-cita mahu mengambil alih kerajaan.


Dengan itu, membuka seluas-luasnya syarat pertandingan merupakan satu keperluan yang mampu membawa lebih kebaikan.


Apa guna parti jadi lesu dengan syarat pertandingan yang ketat dan akhirnya kekal tersadai sebagai pembangkang untuk tempoh yang lebih lama.


Di samping itu, dalam pemilihan tiga tahun lalu, Bersatu telah pun memberi kelonggaran kepada Ronald Kiandee untuk bertanding jawatan Naib Presiden dan beliau telah menang jawatan tersebut bersama Radzi Jidin dan Mohd Rafiq Nazamohideen (sudah keluar parti)


Jika dalam pemilihan akan datang ini syarat itu tidak dilonggarkan, Ronald Kiandee juga tidak layak mempertahankan jawatannya.


Tak ke pelik jadinya?


Maka itu, biarlah syarat pertandingan kali ini dilonggarkan untuk semua dan sesiapa jua – Hamzah, Azmin dan lain-lain pemimpin yang berminat – bebas bertanding untuk apa saja jawatan – Presiden, Timbalan Presiden atau Naib Presiden pada pemilihan September nanti. – ShahbudinHusin 24Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/24/jika-syarat-pertandingan-tak-dilonggarkan-bersatu-akan-kehilangan-masa-depan.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/05/jika-syarat-pertandingan-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shin Tae Yong Yakin Masa Depan Sepakbola Indonesia Cerah

Shin Tae Yong Yakin Masa Depan Sepakbola Indonesia Cerah

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 108 hits
Shin Tae yong memilih fokus dengan skuad yang ada dan bersiap untuk pertandingan yang akan datang
Mahu Berpolitik Sepanjang Masa Bersatu Tak Lihat Rakyat Bosan Jika Ada Pilihan Raya Lagi

Mahu Berpolitik Sepanjang Masa Bersatu Tak Lihat Rakyat Bosan Jika Ada Pilihan Raya Lagi

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 179 hits
NS RamliBersatu tidak melihat rakyat akan bosan dan tidak berminat lagi mengundi jika pilihan raya kecil diadakan lagi Pemimpinnya Saifuddin Abdullah berkata demikian ketika mengulas berkaitan kemungkinan itu susulan desakan supaya wakil ra...
Terokai Putrajaya Secara Percuma Dalam Perjalanan Masa Depan Dari 13 Mei 31 Julai 2

Terokai Putrajaya Secara Percuma Dalam Perjalanan Masa Depan Dari 13 Mei 31 Julai 2

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 172 hits
Teroka Putrajaya secara PERCUMA dengan pengangkutan masa depan yang hebat Dari 13 Mei hingga 31 Julai 2024 naiklah Automatic Rapid Transit di Putrajaya secara percuma dan jelajahi bandar ini seperti tidak pernah sebelum ini Putrajaya Perbad...
Masa Depan Pas Bukan Dalam Pn

Masa Depan Pas Bukan Dalam Pn

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 199 hits
Masa depan PAS bukan dalam PN ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be aD S e5h3gI src in org https www youtube com embed aD S e5h3gI wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed aD S e5h3...
Akar Umbi Dakwa Tak Yakin Peja Pimpin Bersatu Desak Longgar Syarat Tanding Top 5

Akar Umbi Dakwa Tak Yakin Peja Pimpin Bersatu Desak Longgar Syarat Tanding Top 5

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 169 hits
Kelonggaran syarat bertanding jawatan top 5 membolehkan Hamzah Zainudin dan Azmin Ali berpeluang merebut jawatan pada pemilihan dijangka September ini Kegagalan merampas beberapa negeri sasaran pada PRN Ogos lalu disusuli kekalahan terbaru ...
Menghindari Masalah Di Masa Depan Pentingnya Penelitian Sebelum Pendaftaran Brand

Menghindari Masalah Di Masa Depan Pentingnya Penelitian Sebelum Pendaftaran Brand

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 309 hits
Pendaftaran merek merupakan langkah penting bagi pemilik bisnis untuk melindungi identitas merek mereka dan memastikan hak eksklusif atas penggunaan merek tersebut dalam perdagangan Namun sebelum Anda memulai proses pendaftaran merek ada sa...
Kanak Kanak 2 Tahun Menderita Penyakit Gangrene Jari Bertukar Hitam Tunggu Masa Potong

Kanak Kanak 2 Tahun Menderita Penyakit Gangrene Jari Bertukar Hitam Tunggu Masa Potong

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 130 hits
Ibu dan ayah mana yang sanggup melihat anaknya menderita Lebih lebih bila anak mengalami masalah yang jarang jarang dialami oleh kanak kanak lain Sepasang suami isteri terpaksa reda dengan perkembangan terkini anak mereka yang menderita pen...
Masa Untuk Takrif Semula Budaya Kebangsaan Kata Ahli Akademik

Masa Untuk Takrif Semula Budaya Kebangsaan Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 164 hits
Ahli akademik Tajuddin Rasdi berkata bahawa definisi yang lebih inklusif tentang budaya kebangsaan akan mencerminkan kepelbagaian Malaysia dan memulihkan maruah pelbagai masyarakat PETALING JAYA Seorang ahli akademik menggesa kerajaan menta...
Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 214 hits
PAS deputy president Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man said that Perikatan Nasional is yet to decide on its prime minister candidate but Bersatu a member party of the PN announced that it is backing former premier Tan Sri Muhyiddin Yassin as...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention