Jika Suami Mati Nafkah Anak Ditanggung Oleh Datuk Nenek Bapa Saudara Sebelah Suami


Setelah kematian suami, pasti ramai beranggapan bahawa tugas menyara kehidupan anak-anak hanya terletak pada bahu si isteri kepada si mati. Maka ramailah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya.
Jika kematian suami, fahamilah siapa yang bertanggungjawab untuk menyara anak-anak arwah. Ikuti soal jawab ini.
Baca: Jika Si Mati Ada Anak Lelaki, Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

Soalan; salam ustaz, sy nak tanya soalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak2 yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan
Jawapan;
Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,
Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dan kewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga”.
Berdasarkan ayat ini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek wajib menanggung 1/6 nafkahnya dan saudara lelaki pula nafkah selebihnya iaitu mengikut kadar pewarisan mereka. Ini merupakan pandangan mazhab Hanbali berdalilkan ayat di atas.
Menurut mazhab Syafiie; nafkah anak wajib di tanggung oleh usul-usulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga ke atas) dengan didahulukan usul lelaki ke atas usul perempuan. Selama masih ada usul lelaki (bapa, datuk hingga seterusnya), nafkah tidak ditanggung oleh usul perempuan (ibu, nenek hingga seterusnya). Bagi anak yang kematian bapa atau bapanya tidak mampu, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuknya, diikuti oleh bapa kepada datuknya hinggalah seterusnya ke atas. Yang lebih dekat didahulukan dari yang jauh. Jika si anak mempunyai datuk dan juga bapa kepada datuknya, nafkahnya wajib ditanggung oleh datuk kerana ia lebih dekat. Jika sama-sama dekat (seperti si anak mempunyai datuk sebelah bapa (iaitu bapa kepada bapanya) dan juga datuk sebelah ibu (iaitu bapa kepada ibunya), kewajipan nafkah dikongsi bersama. Apabila tidak ada lansung datuk atau datuk yang ada tidak mampu, barulah kewajipan nafkah berpindah kepada usul-usul perempuan (iaitu ibu atau nenek atau yang lebih atas).
Perlu disebutkan; kewajipan menanggung nafkah orang lain tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak mampu, tidaklah seseorang itu dibebani oleh Syarak untuk menanggung nafkah orang lain sedang nafkahnya sendiri tidak tertanggung. Hal ini telah disepakati ulamak. Maksud kemampuan itu ialah mempunyai lebihan setelah ditolak keperluan diri sendiri sama ada dari hartanya sedia ada atau dari pendapatannya. Sabda Nabi SAW; ““Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk ahli kerabat kamu. Jika ada suatu lebihan lagi setelah itu, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Soheh Muslim; 997, dari Jabir RA).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 41/79, 41/81 (perkataan ‘nafaqah’).
2. Hasyiyah al-Baijuri ‘Ala Ibnu Qasim, 2/192.
3. Raudhatu at-Thalibin, Imam an-Nawawi, 8/56-57.
Sumber: Laman Info Agama
The post Jika Suami Mati, Nafkah Anak Ditanggung Oleh Datuk, Nenek & Bapa Saudara Sebelah Suami appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jika-suami-mati-nafkah-anak-ditanggung-oleh-datuk-nenek-bapa-saudara-sebelah-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Jugak Kena Jaga Anak Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur

Kita Jugak Kena Jaga Anak Suami Tengking Isteri Depan Orang Ramai Tak Nak Bagi Duit Beli Barang Dapur

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 699 hits
Dalam kehidupan berumah tangga pastinya suami isteri akan diuji dengan pelbagai cabaran yang kadang kala boleh menggoyahkan hubungan Salah satunya adalah perubahan sikap suami atau isteri yang baran sehingga menyebabkan pasangan makan hati ...
Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Penghidap Kanser Sangat Kuat Perjalananya Ibarat Larian Maraton

Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Penghidap Kanser Sangat Kuat Perjalananya Ibarat Larian Maraton

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 379 hits
Kanser adalah satu diagnosis penyakit kesan daripada ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan Ia bukanlah satu diagnosis yang mudah diterima oleh pesakit jika dibandingkan dengan penyakit lain seperti masalah jantung dan...
Hampir Setiap Awal Pagi Pasti Kelihatan Bapa Muda Ini Diapit 2 Anak Kecil Di Masjid

Hampir Setiap Awal Pagi Pasti Kelihatan Bapa Muda Ini Diapit 2 Anak Kecil Di Masjid

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 323 hits
Hampir setiap awal pagi pasti kelihatan bapa muda ini di apit oleh 2 anak lelaki kecilnya bersolat suboh di Masjid Al Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam Saya sangat terpesona Betapa seorang ayah yang masih muda berupaya dan berusaha bangun awal pa...
Ditinggal Anak Melaut Nenek 95 Tahun Meninggal Terbakar Di Rumah

Ditinggal Anak Melaut Nenek 95 Tahun Meninggal Terbakar Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 425 hits
Warga mengaku sempat mendengar teriakan minta tolong sang nenek Namun api dengan cepat membesar karena rumah itu hanya berdinding papan dan tepas serta beratap rumbia
Ibu Bapa Sekalian Kelas Pendidikan Khas Bukan Hanya Untuk Anak Cacat Fizikal

Ibu Bapa Sekalian Kelas Pendidikan Khas Bukan Hanya Untuk Anak Cacat Fizikal

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 700 hits
Perkembangan setiap kanak kanak berbeza beza Seawal umur 5 tahun ada kanak kanak yang sudah menunjukkan pencapaian yang membanggakan kedua ibu bapa dan guru mereka Apabila sudah masuk ke sekolah rendah tidak menjadi masalah untuk kanak kana...
Setiap Kali Dakap Anak Baru Lahir Suami Menangis Inilah Lelaki Paling Macho

Setiap Kali Dakap Anak Baru Lahir Suami Menangis Inilah Lelaki Paling Macho

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 349 hits
Menyambut kelahiran bayi bukan sahaja merubah seorang wanita menjadi ibu bahkan seorang lelaki menjadi ayah Seringkali masyarakat memberi keutamaan kepada perubahan emosi seorang ibu lantas mengambil mudah soal perasaan seorang ayah Perlu d...
Izara Aisyah Suami Bakal Timang Anak Perempuan

Izara Aisyah Suami Bakal Timang Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 280 hits
Dijangka bakal melahirkan anak sulung April depan Izara Aishah dan suami Adib Khalid bakal menimang cahaya mata perempuan Perkara itu dikongsikan oleh The post appeared first on
Agar Allah Jaga Anak Anak Dan Suami Kita Amalkanlah Zikir Ini Besar Manfaatnya

Agar Allah Jaga Anak Anak Dan Suami Kita Amalkanlah Zikir Ini Besar Manfaatnya

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 344 hits
Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara Kedua dua nama seakan akan sama maknanya jika dibaca selapis Namun apabila digabungkan ketika dalam doa ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia...
Ibu Bapa Sekarang Yang Sayang Anak Berlebihan Jom Baca

Ibu Bapa Sekarang Yang Sayang Anak Berlebihan Jom Baca

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 439 hits
Sekarang ini zaman Ibu bapa sayang anak berlebihan Putri Kucing comelSengaja aku tulis tajuk macam tu senang paham Siapa yang berminat pasal topik ni boleh klik baca Yelah aku rasa betul entah kenapa mentaliti Ibu bapa sekarang tak sama lag...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa