Jika Ph Mampu Kuasai Putrajaya Pru 15 Mengapa Tunggu Pru 16 Amin Ahmad




 
Strategi menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mungkin terbahagi kepada dua, sama ada bagi KEADILAN mahu pun Pakatan Harapan (PH).

Wujud pihak yang memilih untuk bertahan memandangkan kekalahan KEADILAN dan Amanah dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri baru baru ini.
Namun ada pihak yang berpendapat, selepas pemilihan KEADILAN keadaan pasti akan lebih baik kerana masuknya pimpinan yang pernah berjasa memenangkan PH dalam PRU 14 lalu.
Bagi Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad, strategi yang terbaik tentunya perlu diputuskan oleh kepimpinan selepas Pemilihan KEADILAN 2022.
Katanya, jika PH ada peluang menang pada PRU 15 maka mereka perlu menang demi menyelamatkan negara.
"Matriks dalam politik banyak dan pelbagai. Kita katakan personaliti Rafizi agak kuat dan popular tetapi tidak semestinya pandangan beliau bahawa PH atau KEADILAN perlu bergerak sendiri (diterima). Itu cukup untuk menggarap kekuatan untuk menang (sebagai pembangkang yang kuat dahulu).
"Tetapi jika beliau menyasarkan PRU 16 maka itu sesuai dengan kemenangan 80 kerusi itu (sebagaimana dinyatakan Rafizi sebelum ini).
"Tetapi ramai pimpinan lain saya percaya, bila kita mahu pergi PRU 16 tentunya kita melalui PRU 15. Kalau kita mampu melakukan yang terbaik dalam PRU 15 kenapa kita perlu tunggu PRU 16?" katanya dalam forum maya bertanjuk "Pemilihan: Ke Mana Hala Tuju PKR" terbitan Sumberkini, malam tadi.
Menyentuh isu pemilihan parti, Amin optimis pemilihan KEADILAN kali ini akan mengukuhkan parti meskipun ada pihak berkata mungkin akan berlaku perpecahan.
Kata Amin, hakikatnya pemilihan akan meletakkan pemimpin yang dipilih ahli pada tempatnya dan bukan yang dilantik sebagaimana selepas Langkah Sheraton yang lalu.
"Saya secara prinsip yakin persaingan ini perlu dipupuk.
"Inilah juga sifat KEADILAN yang menjadi sebab kestabilan dalam parti lebih sukar berbanding parti lain kerana KEADILAN ini ditubuhkan di jalanan.
"Mereka berani berhadapan pihak berkuasa yang keras. Dengan pihak berkuasa pun mereka berani berlawan, jadi apalah sangat kerana mereka anggap dalam parti mereka perlu berkeras dengan pilihan mereka.
"Bagaimanapun sekiranya anggota parti terlibat secara mendalam, kita berharap KEADILAN akan jadi kuat apabila selepasi pemilihan," katanya.
Selain itu, Amin juga telah membuat beberapa tinjauan, terutama di Twitter berkenaan hala tuju parti selepas kekalahan PRN Johor lalu
Katanya, meskipun tinjauan itu kurang positif namun kepimpinan baharu KEADILAN perlu merangka satu strategi yang meyakinkan untuk rakyat kembali mengundi PH dalam PRU 15.
"Desakan supaya parti pembangkang bersatu, saya pernah ambil pandangan umum secara ringkas di twitter yang mana jawapan telah diberikan oleh 2,000 orang apabila saya tanya mengenai masa depan pembangkang.
"Ada berpandangan PH boleh bergerak sendiri dan ini lebih 40% pengundi. Yang lain ada jawab PH perlu kerjasama dengan PN dan satu lagi pilihan perlu meraikan khemah besar
"Daripada jawapan saya terima, saya lihat dinamik kesulitan keputusan yang perlu dibuat kepimpinan. Kalau pimpinan ambil 60% ada 40% lagi pandangan berbeza," katanya lagi.
Mengenai soalan adakah KEADILAN akan menuju jalan sukar, Amin bagaimanapun menyatakan hal itu tidak tepat kerana detik parti berada di kedudukan terbawah seperti selepas PRU 2004 telah berlalu, dan kini parti lebih besar serta berpengaruh.
Katanya, sekiranya strategi yang dirangka lebih sesuai dan memenuhi hasrat rakyat maka parti akan melakukan kejutan dalam PRU 15
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/jika-ph-mampu-kuasai-putrajaya-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kau Tunggu Aku Cari Kau Tular Gambar Bersama Wanita Seksi Chubb E Mahu Cari Tukang Sebar

Hiburan Kau Tunggu Aku Cari Kau Tular Gambar Bersama Wanita Seksi Chubb E Mahu Cari Tukang Sebar

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 213 hits
Penyanyi dan pelakon menerusi instastory bersuara untuk mencari dalang yang menyebabkan namanya hangat diperkatakan di media sosial Semuanya bermula apabila beberapa keping gambar menunjukkan dia bersama seorang wanita seksi tular Advertise...
Guan Eng Letak Jawatan Tunggu Keputusan Mahkamah

Guan Eng Letak Jawatan Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 139 hits
Pendirian DAP adalah untuk menunggu keputusan mahkamah sebelum membuat keputusan berhubung nasib pengerusinya Lim Guan Eng kata naib pengerusi parti itu Chow Kon Yeow Chow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengula...
Tunggu Terima Dan Akur

Tunggu Terima Dan Akur

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 223 hits
TUNGGU TERIMA DAN AKUR Assalammualaikum wbtDi dunia bila disuruh tunggu itulah satu hal yang kurang digemari Lebih lama menunggu lebih tidak tentu arah jadinya Lebih lebih lagi perlu menunggu lama yang macam sengaja dilewat lewatkan Boleh m...
Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

Sabar Menunggu Pendedahan Tentang Sapura Najib Tunggu Formula Dari Rafizi

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 219 hits
Sabar aku menanti Rafizi dedahkan kisah Sapura ni Dulu lagi aku dah dengar macam macam tentang syarikat ini Cuma tak mampu nak buktikan je Kalau betul apa yang aku dengar dulu maka aku tak hairan kenapa Najib menggelabah sangat Rafizi sentu...
Najib Jangan Sembang Saya Tunggu Surat Cinta Anda Kata Chegubard

Najib Jangan Sembang Saya Tunggu Surat Cinta Anda Kata Chegubard

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 166 hits
freemalaysiatoday com March 29 2022 10 33 AMJumaat lalu Chegubard dalam catatan di Facebook mendakwa Najib Razak menipu dalam satu majlis di Pulau Pinang bahawa beliau tidak pernah menyebut Apa lagi Cina mahu PETALING JAYA Pemimpin Bersatu ...
Nak Beli Apa Apa Tunggu Rosak Dulu Bukan Mak Ayah Berkira Tapi Niat Didik Anak

Nak Beli Apa Apa Tunggu Rosak Dulu Bukan Mak Ayah Berkira Tapi Niat Didik Anak

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 181 hits
Isu memaakai beg berjenama ke sekolah biarpun hanya Darjah 1 menjadi topik perbualan hebat di media sosial Ada mak ayah yang bersetuju jika berkemampuan namun sebahagian besarnya menolak mentah mentah kerana merasakan ia langsung tidak perl...
Lirik Tunggu Lama Aman Aziz

Lirik Tunggu Lama Aman Aziz

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 248 hits
dah ku beritahu memang aku rindusabar menunggu itu yang selalutapi siapa mahutggu lama2tidak aku berpatah arang walau seribu satu dirundum halanganrasa sudah separuh jalan apa la lagi separuhtetapkan aku laksanakanrancangan mutuk mendapatkk...
Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

Zahid Beri Bayangan Ismail Calon Pm Pru15 Minta Jangan Tunggu Lama Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan Ismail Sabri Yaakob akan terus dicalonkan menerajui kerajaan jika UMNO Barisan Nasional memenangi PRU15 Pada masa sama Zahid menggesa Ismail jangan tunggu lama lama bagi ...
Hiburan Dah Macam Ada Protes Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

Hiburan Dah Macam Ada Protes Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 180 hits
Setelah sekian lama semalam menjadi salah satu detik kebahagian buat ibu bapa apabila anak anak sudah mula bersekolah seperti biasa kembali Untuk minggu yang pertama ini sudah semestinya ibu bapa tidak mahu melepaskan peluang menghantar ana...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco