Jika Mak Masih Ada Di Kampung Elok Baca Artikel Ni Sampai Habis




Mak ada lagi ka kat kampung?
Kalau masih ada, berapa kerap anda balik tengok muka suci bersih dia kat kampung?
Ketika PKP dilaksanakan sebab wabak Covid-19 tahun lepas, saya yakin anda juga macam kebanyakan orang lain. Sangat rindu nak balik tenguk orang tua kat kampung masa tu.
Kena pulak PKP dibulan puasa! Ingin sangat nak hadirkan diri buka puasa bersamanya sehari dua.
Paling diharapkan adalah agar dapat beraya sekali bila masuk syawal.
Masa semua ok, tak ada isu Covid-19, tak berapa nak fikir sangat semua tu. Rasa macam takkan ada apa-apa halangan kalau nak balik. Bila-bila saja boleh pergi tengok muka Mak kat kampung.
Kononnya, semua berada dalam kawalan.
Tapi tiba-tiba saja bila tak boleh sewenangnya bergerak balik, dah teringat dan rindu sangat pada Mak kat kampung. Kenapa?
Rindu Mak bila tak boleh balik kampungSebagai individu normal, salah satu dari sifat semula jadi anda adalah, cenderung untuk lihat pada perkara yang tak ada berbanding apa yang anda sedia ada.
Dari kajian yang saya baca, ia ada kaitan dengan cara berfikir primitif manusia sejak zaman purba lagi.
Masa tu manusia memburu untuk cari makan. Mereka masih belum bercucuk tanam dan masih tak ada kandang kambing atau ‘lau ayam’ di belakang rumah.
(Nota: Orang utara biasanya panggil tempat kurung bela ayam sebagai ‘Lau’ atau ‘Reban’)
Bila dia masuk hutan buru lauk, sudah tentu mata dan semua deria yang ada akan fokus pada apa saja kemungkinan bahaya yang bakal menerjah datang. Hampir 100% peka pada apa yang masih diluar kawalan dan tiada dalam pengetahuan.
Kalau dia leka fokus pada apa yang ada, alamat mati kena baham binatang ganas.
Kod genetik tu masih melekat dalam diri anda dan saya. Walaupun secara fizikal, dunia sudah terlalu jauh berbeza, kemajuan fizikal yang kita kecap sekarang masih tidak dapat ubah akal primitif yang melekat dalam otak tu.
Satu-satunya cara untuk atasi cara fikir semula jadi itu adalah dengan sentiasa berada dalam kesedaran yang sangat tinggi. Barulah anda tidak akan sentiasa kena culik dek akal primitif itu.
Fikiran melayang, cepat melenting setiap kali kena cuit dan seumpamanya adalah contoh tahap kesedaran diri yang sangat rendah.
Orang yang keluar kenderaannya setelah dilanggar, ambil senjata, lalu pukul orang yang langgar, adalah contoh ketara akal yang hidup tapi tidak sedar. Ia dikawal sepenuhnya oleh pemikiran autopilot primitif zaman kuno.
Saya terangkan semua tu di atas sebab nak kaitkan genetik cara berfikir anda kepada rasa ingin sangat nak ziarah Mak kat kampung.
Kalau anda biar fikiran primitif kuasai diri, memang akan sentiasa tangguh hasrat nak ziarah mak kat kampung tu.
Pasti akan ada saja halangan yang mendatang. Boss nak jumpa. Ada assignment penting nak kena siap. Tiba-tiba ada meeting berat .. seribu satu macam alasan lagi.
Akhirnya jadi kebiasaan setiap tahun. Balik kampung ziarah mak hanya pada hari raya. Paling hebat 2 kali setahun. Itupun kalau mertua satu kampung. Kalau kampung tak sama, alamat setahun sekali saja akan balik.
Jika anda sedar perkara itu sering berlaku saban tahun. Sampai dah lebih 10 tahun berulang, masih tak belajar juga. Maknanya anda dah kena tawan fikiran primitif tu. Dia kuasai diri walaupun anda rasa, andalah yang kuasai dia.
Hanya mereka yang buat jadual tetap saja yang akan selamat. Contohnya adakan sekali setiap bulan jadual untuk balik tengok mak kat kampung.
Patuhi jadual tu walau apapun yang terjadi.
Balik tengok mak kat kampung sebulan sekaliItulah yang saya buat sejak bangsat ke Lembah Kelang ini. Pastikan setiap bulan akan ada sekali balik ke kampung.
Tapi, rasanya masih tak cukup.
Masa dia sihat dalam keadaan normal dulu, tak terlintas bahwa apa yang saya dah buat masih tak cukup.
Saya akan balik kampung setiap bulan sekali untuk jumpa Mak. Juga untuk jumpa kawan-kawan lama. Juga untuk selesaikan urusan kerja yang biasanya sengaja saya cari supaya rasa ada sebab kena balik.
Masa tu rasa macam rugi kalau duit hanya keluar saja, tak ada yang masuk, dengan perjalanan dari KL ke Penang. Kos perjalanan. Kos makan minum dan semua belanja bila balik beli, itu dan ini dan hulurkan duit tambahan lagi pada mak kat kampung.
Jadi cari kerja yang boleh datangkan hasil duit. Sekurangnya balik modal.
Itulah cara saya fikir masa tu.
Tapi bila fikir sekarang, terasa betapa bodohnya.
Bila ada banyak urusan sekali gus macam itu, tumpuan menjadi lebih rendah kepada Mak kat kampung masa balik.
Biasanya saya akan beritahu mak sehari awal yang saya nak balik kampung. Jadi dia tahu lebih awal.
Bila dah tahu awal, dia akan buat macam-macam. Masak lauk kegemaran. Buat atau pesan kuih atau apa saja yang dia tahu saya suka. Sediakan tempat tidur saya dan semuanya serba lengkap. Kalau saya bawa satu keluarga, lain persediaannya dan kalau saya balik seorang diri lain pula caranya.
Biasanya saya lebih kerap balik seorang diri.
Bila dah atur macam-macam urusan, biasanya jadual banyak meleset. Saya akan lewat 3 atau 4 jam dari jangkaan.
Kalau saya balik sampai depan rumah lewat petang, setiap kali saya sampai, kelihatan mak sedang duduk seorang diri atas katil buruk bawah rumah tu.
Katil tu jadi tempat rehat kat luar. Macam tulah orang kampung. Kat situ juga jadi tempat duduk borak kawan-kawan mak bila datang jenguknya di rumah. Juga jadi tempat borak saudara mara yang datang sebentar singgah tanya khabar.
Sekarang, saya masih singgah kat rumah tu walaupun Mak dah tak duduk kat kampung.
Setiap kali singgah rumah kosong tu, sebaik saja sampai, parkir kereta depan rumah, saya akan jeling katil lama kat bawah rumah tu dari dalam kereta. Setiap kali itulah rasa bergenang air mata imbas kembali mak duk tunggu dengan sabar saya balik sebelum ini.
Rasa bersalah.Rasa bodoh. Rasa tak guna sebab saya tahu betapa selama ini dia buat perkara sama setiap kali tahu saya nak balik. Saya pula tak berusaha untuk sampai awal lebih dari pada jangkaan supaya dia tak tunggu berjam-jam seorang diri kat situ.
Baru saya nak rasa kesunyian yang dia rasa selama berpuluh tahun duduk kampung dan semua anak-anak ada hal dan ada keluarga masing-masing.
Mak dah tak macam dulu baru nak sedarMacam saya kata kat atas tadi. Benda yang dah tak ada barulah manusia akan fokus. Benda ada kat depan mata dia abaikan.
Perasaan sesal dan rasa apa yang dah dilakukan masih tak mencukupi timbul bila mak dah tak macam dulu.
Dia tinggal dengan adik sekarang kat Langkawi. Saya akan balik terus ke Langkawi setiap bulan untuk ziarah dia kat sana. Kadang-kadang memandu dan kadang-kadang naik kapal terbang. Yang penting sebulan sekali mesti pergi.
Masa mak kat kampung dulu, mak jatuh sakit secara tiba-tiba.
Satu hari dia berjalan kaki pergi ke rumah jiran tak jauh di depan jalan. Dia pergi rumah kawan baiknya kat situ. Masa pergi tu, mak tanya soalan-soalan pelik. Dia tanya pasal pokok pisang depan rumah tu sedangkan tak ada sebatang pokokpun kat rumah kawan baiknya itu.
Selepas dia balik, anak kawan baik mak telefon adik saya di Langkawi. Dia pesan suruh sesiapa balik tengok mak kat kampung. mak tinggal seorang diri masa tu. Dia ceritakan sikap pelik mak tadi.
Adik saya terus telefon bapa saudara, adik mak kat kampung yang tinggal dalam 20 kilometer dari rumah.
Minta dia pergi tengok mak. Adik ceritakan apa yang diberitahu pasal mak tadi. Tapi bapa saudara kata dua tiga hari sebelum ni dia ada pergi tengok mak tapi semuanya ok saja.
Bapa saudara saya terus pergi hari itu. Bila dia sampai rumah, mak terbaring seorang diri kat bawah tu. Dia nampak sangat lemah. Dia sendiri tak tahu kenapa. Bila bapa saudara selidik, baru tahu yang dia lansung tak makan.
Dia juga tak masak.
Mak berubah. Ingatannya tak sama macam dulu. Dia lupa semua benda. Dia dah tak tahu memasak. Dia ulang cakap perkara yang sama. Sejak hari itu bermulalah episod cerita baru dalam hidup mak.
Sejak dari hari itu baru saya sedar semua yang ada pada mak, yang saya kenal selama ini, sebelum ini, sudah ditarik balik.
Saya dah tak akan dapat rasa masakannya lagi. Saya dah tak akan dengar celoteh dan perkongsiannya lagi. Saya dah tak akan dapat lihat kelam kabut dia bersiap nak ke masjid lagi. Macam-macam ciri-ciri dirinya yang dan hilang.
Semua hilang sekelip mata.
Tapi nasib baik dia masih ada.
Hanya pengalaman lama kenangan balik kampung dia tunggu atas katil, dia masak kari ikan bawal, dia buat kuih lompat tikam, puteri berendam, karipap, lopis, lepat liat, lepat pisang … semua dah tak ada.
Terasa sangat dengan semua kehilangan itu.
Panjang cerita kalau nak kongsikan semua ini. Ini cerita yang bermula pada tahun 2014. Banyak yang saya dah lalui sejak itu.
Mak masih ada, sihat alhamdulillah tapi sudah tak macam dulu.
Pesan saya, bagi yang mak masih ada, masih ok tak ada perubahan, nikmati betul-betul saat anda bersamanya.
Jangan sia-siakan waktu dan kesempatan untuk berbakti yang ada sekarang ni sebelum semuanya ditarik kembali. Seelok mana yang pun yang ada rasa dah buat untuk dia, perasaan menyesal masih tetap akan ada satu masa nanti.
Benar kata seorang tua Taukeh berbangsa Cina yang saya kenal masa mula-mula berniaga dulu. Dia selalu datang bersembang dengan saya di pejabat buruk saya masatu. Setiap kali dia nak balik dia akan pesan ..
“Shubhi, you tak perlukan 1 juta untuk bahagia .. always remember that”“If my mother still alive, I will drive back from KL to Johor every week, just to see her face”, itu ayat penyesalan yang dia selalu ucapkan pada saya – “Jangan ulang kesilapan yang sama macam saya ..” pesan Mr Kwek sebelum dia beredar balik.Dan sekarang, saya nak pesan perkara yang sama pada anda.
“Jangan kejar duit macam orang gila. Tak perlu RM1 juta untuk bahagia. Balik tengok muka mak dan dengar semua ceritanya dengan setia sekerap mungkin”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/02/jika-mak-masih-ada-di-kampung-elok-baca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tak Sangka Rupanya Ramai Masih Keliru Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri Covid 19

Hiburan Tak Sangka Rupanya Ramai Masih Keliru Cara Sebenar Baca Keputusan Kit Ujian Kendiri Covid 19

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 163 hits
Peningkatan kes harian COVID 19 di Malaysia sejak minggu lalu sememangnya agak membimbangkan namun kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Noor Hisham di mana 99 5 kes adalah kategori 1 dan 2 barangkali membuatkan ramai yang menari...
Musisi Ini Tutup Usia Di Masa Jaya Patungnya Masih Berdiri Kokoh Di Kampung Artis

Musisi Ini Tutup Usia Di Masa Jaya Patungnya Masih Berdiri Kokoh Di Kampung Artis

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 154 hits
Nama Kampung Artis mendadak menjadi perbincangan di dunia maya Sebuah tempat yang berlokasi di Cipayung Jakarta Timur ini sebelumnya merupakan tempat syuting sederet artis ternama tanah air Namun kini terbengkalai Di lokasi ini juga masih a...
Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

Mesti Baca Must Read Satu Lagi Dasar Ekonomi Bunuh Diri Ruu Akta Sewa Bakal Huru Harakan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 291 hits
Tuan Tuan saya mulakan nukilan Sabtu ini dengan angkat diri sedikit Yang berikut adalah sedikit catitan oleh sdra Fauzi Kadir tuanpunya blog Permadu yang berkata Kalaulah blog saya ini yang paling berpengaruh di Malaysia saya harap Tuan Tua...
Sharifah Sakinah Tiba2 Naik Angin Bila Baca Satu Komen Dari Mak Cik Ini

Sharifah Sakinah Tiba2 Naik Angin Bila Baca Satu Komen Dari Mak Cik Ini

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 199 hits
Dituduh main wayang dan melabel dirinya berlakon mempunyai masalah mental pelakon Sharifah Sakinah memberi jawapan balas kepada seorang netizen
Terfikir Nak Refinance Rumah Baca Artikel Penting Ini

Terfikir Nak Refinance Rumah Baca Artikel Penting Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 174 hits
TERFIKIR NAK REFINANCE RUMAH BACA ARTIKEL PENTING INI Covid 19 yang melanda seluruh dunia membuatkan ramai dikalangan mereka yang berpendapatan terjejas akibat dari pandemik tersebut Ini menyebabkan ada diantara mereka yang terjejas teruk d...
Elok Juga

Elok Juga

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 101 hits
NOR ASHAALEZXANDER PTSUWAN ELOK JUGA RUMAH POMPUAN PELAQ TU
Dulu Elok Jer Bertudung Sempurna Kini Giliran Hannah Delisha Disek0lahkan Netizen Akib4t Bertudung Tapi Nampak Leher

Dulu Elok Jer Bertudung Sempurna Kini Giliran Hannah Delisha Disek0lahkan Netizen Akib4t Bertudung Tapi Nampak Leher

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 893 hits
Mana mana selebriti tidak akan pernah terlepas dari pandangan mata t4jam warga maya Sama ada lelaki atau perempuan isu yang sering dib4ngkitkan adalah berkaitan dengan aur4t mereka
Hiburan Yela Lepas Tu Makan Pasir Nak Elak Benda Tak Elok Netizen Kritik Pelajar Umur 16 17 Tahun Kahwin

Hiburan Yela Lepas Tu Makan Pasir Nak Elak Benda Tak Elok Netizen Kritik Pelajar Umur 16 17 Tahun Kahwin

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 242 hits
Memang betul jodoh itu rahsia Allah dan ia datang tidak kira usia Namun perkahwinan pada waktu seseorang itu masih mentah atau sangat muda seringkali menjadi perhatian ramai Seperti pasangan pelajar yang ini yang mendapat kritikan selepas m...
Demi Memastikan Bn Tewas Elok Pn Tidak Bertanding Dalam Prn Johor Kata Khalid

Demi Memastikan Bn Tewas Elok Pn Tidak Bertanding Dalam Prn Johor Kata Khalid

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 176 hits
February 15 2022 Bagi memastikan tidak diperalatkan oleh Barisan Nasional dan memastikan parti itu tewas dalam Pilihan Raya Negeri Johor Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mencadangkan agar Perikatan Nasional menarik diri Khalid berkat...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak