Jika Mahu Bergerak Bebas Sprm Perlu Nampak Bebas Azam


Afiezy Azaman, Astro Awani AZAM: Kalau semua ahli politik setuju mereka perlukan dana, buatlah satu bentuk yang rakyat nampak ada ketelusan. Bukan terima senyap-senyap dan cakap saya dah ada dana. - Gambar fail   KUALA LUMPUR: Jika mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bergerak bebas, kami perlu kelihatan bebas.

Demikian jelas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, dalam usaha membebaskan badan pencegah rasuah itu daripada pihak berkepentingan, termasuk kerajaan dan politik.  “Salah satu yang kami cadangkan sekarang ini, dipanggil pembaharuan undang-undang, yang mana pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah perlembagaan, memerlukan iltizam ahli-ahli politik, sokongan dua pertiga Dewan Rakyat.

“Yang kedua, mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM sendiri, membolehkan kita dapat penjawatan kita sendiri. 'We hire and fire,’ oleh SPRM.  “Ketiganya, mengambil contoh di luar negara, dana yang diperoleh SPRM itu bukan datang dari kerajaan.

"Maka, sekiranya perkara ini boleh dilakukan, kami akan bergerak dengan lebih baik tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya kepada Astro AWANI dalam Program Awani Pagi, pada Isnin.

Beliau ditanya bagaimana SPRM mahu memastikan pihaknya lebih bebas dalam menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Mengulas lanjut, Azam berkata undang-undang sedia ada sememangnya telah membebaskan SPRM daripada sebarang campur tangan, namun masyarakat perlu faham tentang adanya pembahagian kuasa.

“Tugas SPRM untuk menjalankan tindakan penyiasatan dan kuasa eksekutif sahaja. Manakala selebihnya diberikan kepada kehakiman dan perundangan,” jelas beliau.

BACA: [EKSKLUSIF] SPRM lucut hak rampas aset perasuah bernilai RM1.198 bilion tahun ini

BACA: [EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM

Dalam pada itu, Azam turut menyarankan kepada kerajaan agar disegerakan pindaan undang-undang berkaitan Akta Dana Politik kerana ketiadaannya boleh meningkatkan risiko rasuah dalam kalangan parti politik serta syarikat-syarikat besar.

“Nak jadi telus, maknanya dana diterima masuk terus ke dalam akaun parti. Banyak pihak akan susah untuk melaksanakan perkara itu.

“Mengikut pengalaman kami, jika RM100 diterima dana politik itu, RM70 masuk poket, RM30 saja pergi kepada rakyat. Ini ramai yang akan setuju dengan ayat saya. Sebab itu undang-undang perlu ada untuk memantau," tambahnya.

Pelaksanaan Akta Dana Politik akan memberikan ketelusan dalam proses politik di negara ini, katanya, sambil memetik contoh pengumpulan dana awam seperti Tabung Harapan dan Tabung Serambi Mekah yang dilaksanakan kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan.

“Kerajaan tubuhkan Tabung Harapan. Yang ini boleh. Kerana, ia masuk dalam satu akaun khas, kemudian digunakan untuk perbelanjaan umum, bukan masuk poket pihak tertentu. Dan akaun itu diaudit untuk tunjuk ketelusannya.

“Kalau semua ahli politik setuju mereka perlukan dana, buatlah satu bentuk yang rakyat nampak ada ketelusan. Bukan terima senyap-senyap dan cakap saya dah ada dana. Jika ada rundingan sulit dibuat, ini akan mendatangkan jenayah yang lain selain rasuah.

“Kerajaan Negeri Kelantan juga dah wujudkan Tabung Serambi Mekah sejak 1991 dan cara ia dikendalikan dipersetujui oleh semua pihak,” jelas Azam.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata kerajaan dijangka membentangkan rang undang-undang pembiayaan dana politik pada sesi Parlimen tahun depan
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/jika-mahu-bergerak-bebas-sprm-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skandal Pembelian Bot Fic Di Kementah Bawah Ph Sprm Mesti Siasat

Skandal Pembelian Bot Fic Di Kementah Bawah Ph Sprm Mesti Siasat

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 1004 hits
Kerajaan kepimpinan PH selalu cuba mempromosikan diri mereka lebih bersih dari kerajaan BN Dalam usaha desperate mereka untuk menonjolkan persepsi itu sudah beberapa kali terdedah beberapa skandal terpalit ke muka PH Antara nya skandal RM1 ...
Sprm Diminta Siasat Tender Bot Fast Interceptor Crafts Untuk Tldm Suara Tv

Sprm Diminta Siasat Tender Bot Fast Interceptor Crafts Untuk Tldm Suara Tv

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 357 hits
Beberapa coretan WhatsApps berjudul Penyelewengan Tender Bot Fast Interceptor Crafts untuk TLDM sedang tersebar mendakwa berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan tender bagi pembekalan 18 buah bot pemintas laju atau Fast I...
Mama Papa Kalau Nampak Anak Buli Adik Beradik Yang Lain Jangan Ambil Mudah

Mama Papa Kalau Nampak Anak Buli Adik Beradik Yang Lain Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 486 hits
Kita biasa mendengar kes buli yang berlaku melibatkan remaja dan kanak kanak Tetapi bagaimana pula dengan kes dibuli adik beradik sendiri adakah ia normal atau tidak Dibuli adik beradik Cabaran utama bagi penyelidik adalah untuk menentukan ...
Tak Lap Susu Meleleh Bahagian Hidung Bayi Diserang Tikus Sampai Nampak Tulang

Tak Lap Susu Meleleh Bahagian Hidung Bayi Diserang Tikus Sampai Nampak Tulang

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 490 hits
Bayi berusia tiga bulan di China terpaksa menanggung derita apabila dipercayai digigit tikus pada bahagian hidungnya Menurut laporan media tempatan bayi tersebut mengalami lebih daripada 100 luka diwajahnya terutama di bahagian hidung Sebel...
Kedah Terima Cadangan Sprm Letak Pegawai Di Pejabat Mb

Kedah Terima Cadangan Sprm Letak Pegawai Di Pejabat Mb

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 251 hits
Mukhriz Mahathir berkata peranan dan tanggungjawab pegawai kanan SPRM itu akan dibincangkan kemudian antara kerajaan Kedah dan agensi anti rasuah itu ALOR SETAR Kerajaan Kedah menerima cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menempa...
Rampas Harta Ahli Parlimen Hidup Mewah Melebihi Pendapatan Sprm

Rampas Harta Ahli Parlimen Hidup Mewah Melebihi Pendapatan Sprm

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 363 hits
PARLIMEN perlu mengambil tindakan susulan selepas mewajibkan pengistiharan harta dengan tindakan tegas bagi memastikan semua ahli parlimen tidak hidup mewah melebihi pendapatan kata Ketua Pengarah SPRM Latheefa Koya Menurut Ketua Pengarah S...
Kes Kepentingan Awam Akan Dibuka Semula Kp Sprm

Kes Kepentingan Awam Akan Dibuka Semula Kp Sprm

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 167 hits
Diterbitkan Hari ini 8 48 pagiBERITASuruhanjaya Pencegahan Awam Malaysia akan membuka semula beberapa kes lama yang melibatkan kepentingan awam pada awal tahun depan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata beliau telah mengeluarkan sat...
Haji Umrah Antara Pakej Rasuah Ditawarkan Kata Kp Sprm

Haji Umrah Antara Pakej Rasuah Ditawarkan Kata Kp Sprm

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 296 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya PETALING JAYA Amalan memberi dan menerima rasuah dalam kalangan penjawat awam tidak lagi terhad kepada pakej pakej membabitkan wang hiburan serta seks tetapi turut melibatkan pakej menunaikan ibadah haji...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint