Kes Kepentingan Awam Akan Dibuka Semula Kp Sprm


BernamaDiterbitkan Hari ini 8:48 pagi
BERITA

Suruhanjaya Pencegahan Awam Malaysia (SPRM) akan membuka semula beberapa kes lama yang melibatkan kepentingan awam pada awal tahun depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata beliau telah mengeluarkan satu arahan umum supaya kes berkenaan disemak semula dengan pihaknya memang ada menerima beberapa aduan yang melibatkan kes-kes itu.

"Saya tidak dapat maklumat jelas apa sebab ia (kes-kes lama ditutup), walaupun dikatakan ada bukti-bukti jelas dan penyiasatan yang lengkap.

"Di peringkat mana terdapat arahan untuk menutup kes dan sebagainya," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program 'Wanita Sebagai Pemimpin' di Bernama Radio, di Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya sama ada kes kepentingan awam berkenaan melibatkan pemerintahan kepimpinan kerajaan terdahulu, beliau berkata ia melibatkan pelbagai kes dan tidak semestinya melibatkan kes kepimpinan kerajaan terdahulu.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan lawatan SPRM di sempadan negara di Padang Besar, Perlis baru-baru ini, Latheefa berkata SPRM percaya semua pihak berkuasa yang berkaitan telah mengambil tindakan agresif untuk memastikan tiada kebocoran dan kebolosan di sempadan negara.

"Tetapi perkara menjaga sempadan negara ini bukan satu perkara yang boleh dibetulkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan kerana ia juga melibatkan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa.

"Di peringkat Padang Besar perlu ada fokus untuk menaikkan perniagaan di sana kerana nampak kelengangan. Maka di situ timbul persoalan, adakah peniaga ini juga berniaga di tempat lain? Atau mereka yang datang beli mencari kedai yang menjual barangan seludup yang lebih murah," katanya.

Latheefa berkata perkara berkenaan perlu diberi fokus dan mengesan punca salah laku yang mungkin berlaku di kawasan ekonomi Padang Besar.

"Pandangan saya secara peribadi mengenai ekonomi di Padang Besar, saya lihat memang fasiliti-fasiliti untuk membuat perniagaan di sana (Padang Besar) telah lengkap tetapi seolah-olah kekurangan pengunjung di sana walaupun banyak barang dijual.

"Saya berharap pihak berkuasa yang menjaga kawasan terlibat perlu membuat pemantauan dan apa yang menyebabkan orang ramai kurang membeli barangan di sana selain membantu ekonomi di Padang Besar," katanya.

Ditanya mengenai lawatan dan pemeriksaan SPRM di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah baru-baru ini, Latheefa mencadangkan pihak berkuasa terlibat untuk menaik taraf sistem iaitu mengurangkan masa pemprosesan keluar-masuk sempadan.

"Ini kerana saya melihat proses keluar-masuk sempadan di sebelah Thailand lebih teratur maka kita kena belajar daripada mereka," katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/kes-kepentingan-awam-akan-dibuka-semula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Akan Buka Semula Kes Kes Lama Latheefa

Sprm Akan Buka Semula Kes Kes Lama Latheefa

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 266 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Awam Malaysia akan membuka semula beberapa kes lama yang melibatkan kepentingan awam pada awal tahun depan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata beliau telah mengeluarkan satu a...
Ramkarpal Gesa Siasatan Semula Kes Bunuh Altantuya

Ramkarpal Gesa Siasatan Semula Kes Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1028 hits
Pada 17 Disember 2019 oleh portal berita Malaysiakini hari ini Menurut Ramkarpal pihak berkuasa boleh menggunakan SD berkenaan bagi membuka semula siasatan berhubung pembunuhan Altantuya Tidak perlu tunggu untuk laporan polis dibuat berhubu...
Azilah Mahu Kes Bunuh Altantuya Dibicara Semula Peguam

Azilah Mahu Kes Bunuh Altantuya Dibicara Semula Peguam

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1100 hits
BEKAS anggota unit tindakan khas Azilah Hadri yang sebelum ini disabitkan bersalah kerana membunuh Altantuya seorang penterjemah warga Monggolia pada tahun 2006 mahu kes itu dibicarakan semula Peguamnya J Kuldeep Kumar hari ini dilapor memf...
Kes Kematian Adib Polis Pamer Semula Gambar Perusuh

Kes Kematian Adib Polis Pamer Semula Gambar Perusuh

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 314 hits
Bagi bantu siasatan kematian anggota bomba berkenaanKUALA LUMPUR Polis akan mempamerkan semula gambar individu individu yang dipercayai berada di tapak Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 Subang Jaya pada malam kejadian rusuhan tahun lepas Penga...
Ltte Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar Tetapkan 12 Disember Sebutan Semula Kes

Ltte Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar Tetapkan 12 Disember Sebutan Semula Kes

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 405 hits
Bagi tunggu laporan SKMM pakar keganasanKUALA KANGSAR Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 12 Disember hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes juruteknik S Arivainthan dan pemandu teksi V Balamurugan yang dituduh memberi sokongan kepada kum...
Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun Oku

Lagi Pemandu Myvi Larikan Diri Langgar Kenderaan Awam Dipercayai Terbabit Kes Samun Oku

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 1215 hits
AdvertisementAdvertisementViral di laman sosial sebuah rakaman video yang memaparkan satu aksi pemandu kereta jenis Myvi berwarna biru KEB7975 yang memandu secara memberhaya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan orang yang lalu lalang did...
Azilah Mahu Perbicaraan Semula Kes Bunuh Altantuya

Azilah Mahu Perbicaraan Semula Kes Bunuh Altantuya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 630 hits
Mahkamah Persekutuan Putrajaya menetapkan April depan untuk mendengar permohonan bekas anggota Unit Tindak has Azilah Hadri untuk menyemak semula keputusan sabitkannya atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu Peguamnya J Kuldeep Kumar m...
Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

Tuntutan Bayaran Semula Insurans Persendirian Ke Luar Negara Oleh Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 366 hits
KETAHUI HAK ANDA Sekiranya anda adalah penjawat awam tahukah anda bahawa kerajaan memperuntukkan tajaan insuran perjalanan ke luar negara sekali setahun Jadi tuntutlah hak anda dan melanconglah setiap tahun Langkah langkahnya 1 Isi permohon...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Fitnah Senjata Tertua Didunia

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Overcoming The Funding Challenges


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai