Jika Kongres Pkr Secara Maya Pun Tak Dibenarkan Mkn Jangan Mimpilah Sidang Parlimen Hibrid Jadi Kenyataan


 
Dalam satu perkembangan yang dianggap mengejutkan dan di luar jangkaan, PKR telah menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara atau MKN dan makluman lisan Pendafrar Pertubuhan (ROS) agar menangguhkan Kongres Nasional parti itu yang dijadual berlangsung esok, 6 Jun 2021.

Arahan daripada MKN itu diterima pada jam 6.21 petang semalam, 4 Jun 2021.

Arahan terbaru MKN ini adalah bertentangan dengan surat mereka bertarikh 27 Mei lalu yang menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional PKR yang akan diadakan sepenuhnya dalam talian itu.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya merakam bantahan keras terhadap tindakan saat akhir MKN itu, namun akur untuk menangguhkannya ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Begitu pun, tambah beliau, butiran keputusan itu akan diumumkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang akan muncul secara langsung dalam Amanat Khas melalui laman Facebook PKR pada jam 11 pagi esok, Ahad 6 Jun 2021.

Anwar juga katanya, akan turut menyentuh isu-isu lain seperti Covid19, ekonomi dan perkembangan politik semasa dalam amanat khasnya itu nanti.

Langkah MKN mengarahkan penangguhan ini memang mengejutkan, janggal dan di luar jangkaan kerana Konges Nasional kali ini memang dirancang diadakan sepenuhnya dalam talian melalui applikasi Zoom.

Tambahan lagi, semalam dan hari ini telah pun selesai diadakan Kongres Wanita dan AMK PKR yang juga dilangsungkan secara dalam talian.

Apa alasan sebenar MKN dan ROS mengarahkan penangguhan itu?

Jika Covid19 alasannya, sejak bila virus itu boleh merebak melalui talian internet atau mampu menembusi aplikasi Zoom?

Dalam hal ini, bagaimana dengan murid-murid sekolah yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR sepanjang tempoh pandemik ini?

Apakah MKN tidak mahu mengeluarkan arahan yang sama kepada Kementerian Pendidikan?

Atau arahan ini lebih bertujuan politik untuk mengelakkan kerajaan daripada terdedah kepada teguran dan kritikan?

Melangkah lebih jauh pula, jika Kongres Nasional PKR yang sepenuhnya dalam talian pun tidak dibenarkan oleh MKN, bagaimana dengan sidang Parlimen hibrid yang kononnya dalam kajian kerajaan untuk melaksanakannya sebagaimana dimaklumkan oleh Takiyuddin Hassan semalam?

Sidang Parlimen hibrid adalah cantuman antara fizikal dan maya di mana sebahagian Ahli Parlimen perlu hadir ke Bangunan Parlimen, manakala sebahagian yang lain akan menyertainya secara maya.

Kalau sepenuhnya melalui maya tidak dibenarkan oleh MKN, di mana logiknya MKN akan membenarkan sidang Parlimen secara hibrid?

Lagi pun, Pengerusi MKN adalah Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin yang memang diketahui takut Parlimen dibuka demi bimbang kehilangan jawatannya.

Ternampak munasabahkah Mahiaddin akan tiba-tiba bertukar menjadi berani membenarkan sidang Parlimen secara hibrid?

Akhirnya, yang boleh tanpa halangan barangkali hanya menanam pokok atau membela ikan hibrid sajalah!!! 
(ShahbudinHusin 05/06/2021)

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/jika-kongres-pkr-secara-maya-pun-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

Tangguh Kongres Pkr Kerajaan Takut Rakyat Mahu Sidang Parlimen Maya

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 291 hits
Tangguh Kongres PKR kerajaan takut rakyat mahu sidang Parlimen maya Oleh June 06 2021Arahan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN oleh Majlis Keselamatan Negara terus dipertikaikan Terbaharu Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Media Kongres Na...
Pkr Siap Sedia Sidang Parlimen Akhir Jun

Pkr Siap Sedia Sidang Parlimen Akhir Jun

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 330 hits
Parlimen perlu dibenarkan kembali bersidang sebagai strategi terbaik untuk merumus dasar baharu melawan jangkitan wabak Covid 19 yang semakin membimbangkan Ketua Whip KEADILAN di Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul berkata rakyat menuntut ketel...
Mkn Arah Kongres Nasional Pkr Esok Ditangguhkan

Mkn Arah Kongres Nasional Pkr Esok Ditangguhkan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 207 hits
June 5 2021 PETALING JAYA Majlis Keselamatan Negara mengarahkan Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan Dalam kenyataan Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata parti ...
Mkn Arah Pkr Tangguh Kongres Nasional

Mkn Arah Pkr Tangguh Kongres Nasional

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 364 hits
KEADILAN terpaksa menangguhkan Kongres Nasional tahunannya atas arahan Majlis Keselamatan Negara Menurut Pengarah Kongres KEADILAN Nik Nazmi Aik Ahmad parti telah menerima sepucuk surat daripada MKN serta pemakluman secara lisan daripada Pe...
Adakah Kerajaan Pn Benar Benar Mahu Sidang Parlimen Secara Hibrid

Adakah Kerajaan Pn Benar Benar Mahu Sidang Parlimen Secara Hibrid

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 219 hits
Oleh Hassan Abdul Karim ULASAN Menteri menteri Perikatan Nasional tidak sekata dalam isu bilakah Parlimen akan dibuka semula Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin tidak bersetuju Parlimen dibuka sekarang sehinggalah dicapai imuniti kelompok ...
Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 299 hits
NORA JAMILAHPerghhhh sedas orangtua ni kena oleh YB Fuziah Apec pun bersidang atas talian Negara negara maju seperti UK pun buka parlimen atas talian Malaysia saja yang tak boleh Sebabnya jelas supaya mereka bebas menjarah simpanan wang neg...
Pkr Dakwa Ada Gerakan Kumpul Sd Ahli Parlimen Sedang Berjalan

Pkr Dakwa Ada Gerakan Kumpul Sd Ahli Parlimen Sedang Berjalan

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 215 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Jun 2021 9 35 pmDikemaskini 10 36 pmPKR mendakwa ada gerakan pihak tertentu sedang cuba mendapatkan perakuan berkanun daripada ahli ahli parlimen untuk mendapat jawatan dalam kerajaan pusat Pengarah Komunikasi...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up